9.1.15

Fenomena Goreng Pisang Cheese

9.1.15,Friday, January 09, 2015
Korang perasan tak.. sekarang macam ada satu musim.. macam dulu.. orang selalu kata musim buah rambutan la.. buah durian la... buah cempedak la.. tapi sekarang ni, orang dah tak heran ngan musim buah sebab sekarang ni trend makanan bermusim...

Ha.. paham dak? Macam ni.. dulu kan, masa demam Pavlova.. bole kata semua orang teringin nak rasa.. ramai jugak penjual yang sebelum ni jual benda lain, sanggup belajar buat pavlova sebab permintaan yang tinggi.. selain tu, ada demam macaron la, demam red velvet la.. cheese leleh la.. mangga asam boi la... sekarang ni pulak, tengah musim goreng pisang cheese... boleh kata ada jer orang jual.. penjual yang sebelum ni hanya jual goreng pisang jer pun, sanggup jual goreng pisang cheese jugak sebab permintaan yang tinggi dari 'peminat' ...

Sebenarnya. Pisang goreng cheese ni mmg dah terkenal kat Indonesia sana.. kat malaysia pun sebelum ni dah ada.. cuma kebelakangan ni jer semakin ramai yang suka dan jual.. tu yang jadi femes tu.. mungkin jugak sebab adanya teknologi macam fb ngan instagram buat produk ni makin laku..

Contohnya, aku beli Pisang Cheese... masukkan dalam insta.. kawan2 tanya beli kat mana.. pastu kita bagitau.. esok kawan gi beli.. dia plak masukkan dalam insta atau fb.. kawan dia plak tanya.. ha.. kan dah jadi berangkai kan... kira tu jugak salah satu promosi untuk kedai tu.. hihihi...

Aku pun dok asyik tengok jer orang update, mesti la terliur jugak.. nasib baik la kat Area Umah aku ni ada orang jual.. try berenti beli.. Aku beli dua jenis, satu Pisang Cheese dan satu lagi Pisang Cheese Coklat..

Pisang Cheese

Pisang Cheese Coklat
Dua-dua sedap..  Puas hati la... yang Pisang Cheese tu sebekas RM 5.00 dan Pisang Cheese Coklat sebekas RM 6.00 .. 

Kalau ada yang duduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, dan nak try jugak.. korang bole try kat gerai Goreng Pisang Cheese ni.. berdekatan dengan Parking Pasaraya HERO Bandar Sri Permaisuri.. Selamat mencuba.. :)

15 comments:

  1. betul betul.. macam virus tol tersebar trend makan pisang cheese hehehe..
    dapnye kalo grated cheese tu baaanyak2.. miahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? eyza pun suka yang cheese banyak.

      Delete
  2. hmmm dapnyer dapppnyerr... mesti buat esok ni.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dappppp... dah buat nnt hantar eyza sikit yer.. ;)

      Delete
  3. dah 2 tahun kawan sebut benda ni, dr indo sampailah dah kat msia entah kenapa x merasa lagi. kena cari juga ni.

    btw, tkasih kak. baru dpt hadiah gA td. nanti sy bg link entri ya kalau dah publish. tkasih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni banyak tmpt dah jual.. cuma ada yang sedap ada yang kelaut..hihihi..

      ok. harap awak suka la yer.. :)

      Delete
  4. kat BSP ada pasaraya Hero?? Oooo kat maybank tu yer... kat sana ada ker pisang chis nih... nice... lama dah tak ke bahagian sana... asyik ke bahagian QBistro jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kat area tu.. gerai ni kat tepi jalan besar tu jer.. sederet ngan orang jual Putu Bambo n coconut shake.

      Delete
  5. Memang sedap, tambah-tambah lagi yang ada coklat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. eyza pun suka yang coklat sebab dia pakai coklat Hershey.. memang best la..

      Delete
  6. kat bangi pun sedap gak. pisang cheese jakarta.. terbaek ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. hari tu baca kat entry Cik Lily.. bila2 gi Bangi nak try la yang tu.. :)

      Delete
  7. sekarang nie dah ada orang jual pisang bakar cheese jugak...
    cer tengok kat facebook pisang kawaii.... tak pernah orang buat lagi...

    ReplyDelete
  8. Sy adalah tuan empunya gerai goreng pisang cheese yang berdekatan parking hero ingin memberitahu kami akan berpindah di taman mirharja berdekat sek men.mirharja..

    ReplyDelete
  9. Gerai goreng pisang cheese yang berdekatan parking hero akan berpindah ke tmn mirharja berdekatan sek men mirharja

    ReplyDelete