17.1.15

First time aku sampai ke Felda Chemomoi, Pahang

17.1.15,Saturday, January 17, 2015
Ni citer sebulan yang lalu..  macam biasa la.. aku kan ratu peram entry.. so, paham-paham je la yer.. hihihi..

Korang pernah pergi Felda Chemomoi? Aku ni baru pertama kali sampai.. tu pun sebab membe opis aku kawen kat sana.. kalau tak, memang tak sampai la jawabnya...

Kami pergi ramai-ramai.. semua geng opis.. naik sebiji van jer.. senang.. lagipun perjalanan jauh kan.. pergi ramai-ramai ni best.. happening sikit...

Pagi-pagi semua dah berkumpul kat opis..parking jer kereta masing-masing kat situ.. dah tau mmg selamat...Dalam pukul 10 lebih baru gerak ke sana.. Perjalanan ke Felda Chemomoi lebih kurang 3 jam... ramai gak la ahli rombongan yang pening dan mabuk sebab jalan yang berbengkang bengkok.. aku Alhamdulillah.. still maintain..  aku dok ralit tgk pemandangan kampung.. sejuk je rasanya..

Sampai sana dalam pukul 1 lebih.. jumpa pengantin dulu.. pastu makan.. yang bestnya kat kampung ni.. diaorang masih lagi amalkan gotong royong... Tuan rumah tumbangkan sekor kerbau... macam-macam jenis lauk.. sampai tak tau nak makan yang mana.. semua lauk pauk sedap plak tu... dan ada sesuatu yang aku rasa agak unik dan best..... Tuan rumah sediakan 10 jenis air minuman.. ada cendol, air jagung. teh bunga, milo n macam2 la.. sampai tak tahu nak pilih air mana.. semua nampak best..

bila dah kenyang.. borak-borak jap sementara tunggu pengantin lelaki datang.. Masa pengantin bersanding, aku n gang pun sibuk nak menepung tawar gak.. hihihi.. lama tak buat tu.. best tau sebab dapat bunga telur...

Habis pengantin bersanding, apa lagi.. acara bergambar la.. kitaorang jer yang dok penuhkan kawasan pelamin tu.. xde can orang lain.. riuh rendah dibuatnya...





Dah habis kami dok ber'photo' gediks.. kami pun gerak la balik KL.. tapi, dah alang-alang sampai.. kami balik ikut Kuala Pilah sebab nak beli daging salai... Memang terbaik la daging salai Kuala Pilah.. lembut jer.. berbaloi... :)

7 comments:

  1. pstime dgr nama felda tu... byknye air dia sedia.rjn membuatnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. eyza pun kalau xde member dr sana mmg tak tau jugak.. ;) gotong royong ramai2.. tu yg jadik banyak kut..

      Delete
  2. Salam perkenalan sis eyza.... jemput singgah blog eija yea... :)

    ke felda chemomoi one way ke felda pekampungan eija jugak... hihi... byk nya air.. xpnh jmpa lagi kalu kenduri kat felda2 ni... eija mcm kenal la kwn sis yang tudung hijau muda tu... org phg juga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Salam Perkenalan... tu la eyza pun 1st time gak... a'ah.. orang jengka.. dia kata dia kenal awak.. kawan adik dia kan? :)

      Delete
  3. kg datuk nenek saya di sini hehe. .bila ada kenduri kahwin memang meriah di sini n masih amalkan bergotong royong :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum salam perkenalan sy nia owg chemomoi terima kasih sudi dtg ke Felda kami. Owg Felda sini mmg masih amalkan gotong royong cuma bila dh xde lg owg2 tua dyowg lebih pilih catering...ada juga yg amik separuh catering separuh rewang bg mnjaga hati owg kg. Jemput la ke blog sy Hati Seorang Perindu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam perkenalan sy nia owg chemomoi terima kasih sudi dtg ke Felda kami. Owg Felda sini mmg masih amalkan gotong royong cuma bila dh xde lg owg2 tua dyowg lebih pilih catering...ada juga yg amik separuh catering separuh rewang bg mnjaga hati owg kg. Jemput la ke blog sy Hati Seorang Perindu.

    ReplyDelete