24.2.15

Safi Balqis Cerah Sempurna Master Class bersama Hanis Zalikha

24.2.15,Tuesday, February 24, 2015
Hai semua... Yeay.. hari ni mood rajin kita dah datang.. so, apa lagi.. cepat-cepat la update sebelum mood terjun gaung semula.. hihihi...

Hari tu aku dah bagi teaser kan? Ha.. ni baru aku nak tulih story mory pasal jumpa Hanis Zalikha tu.. 13 Februari hari tu, aku dapat jemputan untuk event "Safi Balqis Cerah Sempurna Master Class" kat The Cooking House, Bangsar. Memandangkan event tu start pukul 3 pastu dekat plak ngan opis.. so, aku ambik half day jer.. jimat cuti.. ;)

Aku sampai awal la jugak.. masa aku sampai, aku nampak blogger Ayue Idris jer yang ada.. Nasib baik aku kenal.. tak la terkulat-kulat sorang2 kat situ.. Disebabkan kami antara orang terawal yang sampai, apa lagi.. posing la dulu sebelum majlis start... Aku suka sangat ngan dekorasi Majlis ni... Cantik.. Warna pun segar jer.. Simple but Nice...




Majlis ni adalah untuk Duta Safi Balqis White Trilogy iaitu Hanis Zalikha berkongsi resepi kecantikan cerah sempurna beliau.Majlis yang mengenengahkan konsep "Masterclass" kecantikan ni terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi bersama Chef Lin kemudian disusuli dengan Bengkel Kecantikan Safi Balqis White Trilogy yang dikelolakan oleh Hanis Zalikha dan Pengurus Kumpulan Produk Safi-Puan Mahsuri Sulaiman.





Untuk sesi pertama  Semua kena naik atas sebab ianya adalah sesi masak-memasak.. yeay.. Chef Lin dan pembantu dia ajar untuk buat Puding Parfe Limau Gedang dan Kiwi... Tapi sebelum tu, ada kata-kata aluan dulu dari Puan Mahsuri... Lepas kata-kata aluan, majlis diserahkan pada Hanis Zalikha dan Chef Lin.. semua kusyuk dok dengar.. ye la.. sebab lepas tu kami plak kena buat.. siap ada pertandingan lagi.. kena buat yang terbaik ni.. ;) 

Sepanjang demonstrasi masakan berlangsung, para peserta telah dijelaskan oleh Chef Lin berkenaan manfaat Kiwi dalam mencerahkan kulit, dan limau gedang untuk keperluan khususnya kulit berminyak dan sensitif melalui pandangan pakar seorang tukang masak.






Cantik tersusun jer Puding Parfe Chef Lin... Selesai jer demonstrasi dari Chef Lin.. kami plak yang kena buat.. susun bagi cantik.. tapi susah jugak nak susun sebab kami kena buat dalam balang kaca.. berlekuk-lekuk.. bahan-bahan semua dh disediakan.. cuma tinggal nak tunjuk skill jer.. kreatif atau tak.. satu stesen ada 5 orang.. tapi stesen aku cuma 4 orang jer. aku satu geng ngan Ayue, Nad ngan Kak Ayu Rafikah...





Lawak jer masa potong buah limau gedang.. org lain potong tebal-tebal.. aku potong jadi nipis2.. x cantik.. dah la ada kiraan masa.. memang gelabah la takut tak siap...




Setiap orang kena buat 2 puding parfe.. pastu kena pilih yang terbaik untuk chef tengok.. yang aku buat.. dua-dua comot.. hahaha.. tapi letak la jugak salah satu walaupun.. hancuss....

Ni la Puding Parfe aku...

Hanis Zalikha kena pilih Puding Parfe sape yang layak menang...

Akhirnya... Puding Parfe Ayue Idris menang.... Tahniah...

Dah habis sesi masak memasak.. kami semua turun plak ke bawah untuk sesi kecantikan plak.... Setiap meja dah disediakan Barangan untuk facial... dan yang paling penting mesti la ada barangan Safi Balqis White Trilogi...


Sesi kali ni dikendalikan oleh Hanis Zalikha pulak... Hanis ajar cara-cara mencuci muka dengan betul.. lepas tu step by step cara penggunaan Produk SBWT.. Banyak tips yang aku dapat dari Hanis...



Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M Safi Balqis White Trilogy beliau iaitu "Membersih-Menyegar-Memelihara-Melembap-Menyerikan".

Menurut Keknis lagi, 5 langkah ini merupakan elemen yang penting dan utama dalam memastikan kulit sentiasa cerah sempurna. Hanis Zalikha juga berkata. “penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian”.


Safi Balqis White Trilogy ni wangi sangat.. aku suka betul cium tangan sendiri lepas cuci dengan produk2 SBWT.. Bau wangi.. tangan plak Rasa lembut jer... Aku tak buat kat muka sebab sayang mekap.. hahaha.. so, aku buat kat tangan je la..

SAFI Balqis White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah sempurna seawal 3 hari. Hasil ini boleh diperolehi dengan penggunaan berterusan rangkaian Safi Balqis White Trilogy.

Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam  produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:

3 Minit                  - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan                                 secara semulajadi   
                                                    
3 Hari                   - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

3 Minggu              - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan                                kulit    

Banyak ilmu yang aku dapat sepanjang program ni... n yang best bila dapat jumpa Hanis Zalikha secara depan-depan.. memang dia langsung tak sombong.. asyik senyum jer.. cantik plak tu.. memang bertuah la Hairul dapat Keknis.. Cantik luar n cantik peribadi...




Yeay.. akhirnya semua balik dengan muka happy... :)


6 comments:

  1. wah.. jeles... :( nak jugak.. haha.. yaya memang pengguna setia produk ni.. samua ada.. dari pencuci muka samai serum.. suka sgt pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. memang lengkap satu set.. Alhamdulillah, serasi ngan awak...

      Delete
  2. Bestnyaaa main masak masakkkk. Sedap tengok dessert tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Aina.. dh lama nak masuk Master Class camni... Sedap sebab ada rasa masam2 manis.. nnt akak share resepi yer..

      Delete
  3. Waaa.. untung laa jumpa hanis zalikha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..hi..hi.. Yo la tu.. Orang tu lagi untung.. Banyak Event.. :)

      Delete