13.3.15

Sephora .. Buat aku termimpi-mimpi...

13.3.15,Friday, March 13, 2015

Sape suka mekap? Cuba angkat tangan... Mesti ramai kan? Salah sorangnya mesti la aku... I love mekap... Tiap-tiap bulan mesti ada peruntukan untuk beli mekap walaupun kekadang tak pakai pun.. hihihi...

Pada pendapat sesetengah wanita solekan yang baik dan bersesuai dengan wajah dan kulit mereka dapat menonjolkan sisi personaliti mereka ketika berada di luar. Malah ada yang menganggap solekan itu mampu memberikan lebih keyakinan untuk keluar dan berhadapan dengan orang ramai. Dengan erti kata lain make up yang baik itu mampu menaikkan self-esteem seseorang.

Wanita mana yang tidak suka bersolek? Semua wanita di luar sana pasti suka bukan? Hari anda pasti tidak akan lengkap tanpa mengenakan walau sedikit solekan sebelum keluar dari rumah. Make up membuatkan seorang wanita kelihatan lebih menarik dan menonjolkan sisi yang lebih cantik. Bayangkan anda keluar dari rumah tanpa mengenakan walau sedikit solekan, pasti wajah anda akan kelihatan agak dull dan tidak bermaya.


Di luar sana terdapat begitu banyak jenama make up. Namun jika anda hendak tahu jenama make up wanita Sephora Malaysia adalah antara yang paling popular dalam kalangan wanita masa kini. Mengapa? Ini kerana Sephora telah diketahui ramai sebuah jenama yang sentiasa hadir dengan koleksi solekan paling mendapat sambutan dalam pasaran. Permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran telah memberi ruang buat mereka untuk mempunyai begitu banyak butik kecantikan di seluruh dunia. Hanya di bawah satu bumbung yang sama anda boleh dapatkan semua yang anda mahukan dan perlukan. Bukankah itu kedengaran sangat mudah dan menyenangkan?

Dengan begitu banyak pilihan yang ada di tempat yang sama memberikan pilihan untuk anda go around cari apa yang hendak dibeli. Butik Sephora Malaysia online menyediakan banyak produk dan keperluan solekan untuk wanita, semuanya dalam tempat yang sama.


Bestkan? Aku tau.. mesti ramai yang setuju dengan aku.. Mekap jenama Sephora antara yang terbaik... Banyak pilihan tau... Ni antara mekap Sephora yang aku dok ushar... Macam best jer.. nak kena beli jugak ni.. buat aku ngigau jer sebab teringat...





Kat sana banyak lagi koleksi Sephora yang best-best.. Kini anda sudah tahu apakah jenama dan butik kecantikan yang anda perlu dapatkan! Happy shopping uolls. J


4 comments:

  1. Hany skrg tgh cari lipstik.tak reti sgt nk beki lipstik yg sesuai.la ni duk tenyeh terlajak laris punya je hadeihhh....nak kena cari lipstik yg kekal lama sket...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pun baru nak try lipstik sephora ni.. nnt kalau ok, eyza buat review yer.. :)

      Delete
  2. Assalam eyza,
    he3
    inila kalo orang minat mekap2 ni kan3 he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. eyza ni mekap ikut mood..

      Delete