10.4.15

Movie Animation Park Studios (MAPS) yang pertama di Asia akan dibuka di Malaysia.

10.4.15,Friday, April 10, 2015


Sape suka tgk Kartun BoboiBoy? Yeay.. aku sure ramai yang suka kan.. Bukan setakat budak-budak.. Aku pun suka tengok gelagat Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Fang.

Hari Rabu tempohari, aku sempat la pergi event yang ada kena mengena jugak dengan Boboiboy ni.. Excited tau..  Maunya tak excited...  Dapat jumpa Boboiboy kut.. hihihi... Event ni kat e-Curve Damansara .... Event start pukul 2.30 .. pukul 1.30 aku dah sampai... Alhamdulillah jalan ok.. tak jammed.. nasib baik waze ada.. kalau tak.. memang sesat barat la jawabnya.. :)

Sampai je sana, perkara pertama mesti la bergambar... sebab awal kan.. sempat dok posing merata... nasib baik jumpa ngan Ayue.. takde la segan sangat sorang-sorang..



So, dah sampai awal.. kita makan la dulu.. sedap plak makanan kat sini... meriah.. ke sebab aku yang lapar?.. ye la.. tak sempat lunch, trs gerak ke sini...








Kat sini aku dapat tengok Kokotiam Tok Aba.. Nak juga rasa.. apa yang bestnya Koko Tok Aba sampai jadi rebutan dalam Kartun Boboiboy tu.. ;)


Bila dah rasa... Amboi.. sedapnya.. Rasa Hot Coklat yang memang sedap.. aku ni dah la hantu coklat.. memang kena dengan tekak la... Kalau korang nak rasa jugak pun bole.. ada jual kat Pasaraya... kalau tak silap aku, kat Tesco ada... Bab harga.. tak sure la plak...

Pukul 2.00 petang dah makin ramai jemputan yang datang.. pelakon kanak-kanak Mia Sara dan Raikal pun ada... 2.30 petang.. majlis pun start.... Yasmin Hani jadi pengacara.. Ya Allah.. Cantik sangat dia ni tau.... Putih melepak gitu... suka tengok dia.. Masjlis dimulakan dengan Ucapan dari En. Ramelle Ramli ...



Satu lagi kejayaan tercatat dalam sejarah MAPS seiring dengan pengumuman kerjasama di antara MAPS dan siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.


 Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu MAPS? Ok.. lupa plak nak bagitau...

Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia. Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarikan yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.


“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.


Berlangsung sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS. Pada majlis tersebut, jemputan media turut dipertontonkan video dan ilustrasi seni tentang sedikit bayangan terhadap BoBoiBoy 4D Ride kelak.





Aku yang baru tengok lakaran MAPS ni pun dah rasa teruja.. memang tak sabar nak tunggu Taman Tema ni dibuka.. Macam-macam ada dalam ni.. Macam tak sangka ianya akan dibuka di Ipoh, Perak. Tak perlu passport dah kalau nak melawat tempat best ni sebab cuma dalam Malaysia saja.


Yeay.. akhirnya.. acara yang paling aku tunggu-tunggu.. kemunculan Boboiboy, Gopal , yaya dan Ying. Siap menari lagi.. kiut sangat.


Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak  boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D.  Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam.

Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi pertama Asia, MAPS.






Aku sebagai rakyat Malaysia memang berbangga sangat.. Lepas ni.. kita dah tak perlu ke negara orang untuk pergi Taman Tema yang hebat-hebat.. Dalam negara pun dah ada pasni...

Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com / Facebook www.facebook.com/mapsperak.

Last but not least.. terimalah aksi berpeluk dari aku.. hihihi.. jangan mare...



2 comments:

  1. Assalam aiza,
    ni kalo my boboboy dapat pi ni mesti sooookaaaaaaaaa sangat he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan boboiboy awak.. eyza pun teruja..hihihi...

      Delete