29.5.15

U-Cafe Wangsa Walk pilihan pencinta makanan!

29.5.15,Friday, May 29, 2015

Sape suka makan sedap-sedap tapi Murah? Angkat Tangan... hihihi.. aku pun suka.. mahal atau murah bukan penentu kesedapan makanan tu tau.. aku pernah makan murah.. tapi rasa sedapp sangat... Kat mana nak dapat? Ha.. meh sini aku citer..


Kat U-Cafe Wangsa Walk ada.. so, sesiapa yang berdekatan atau kebetulan pergi sana.. apa kata try makan kat U-Cafe...


Aku pun tak tahu yang U-Cafe ni ada sediakan makanan yang murah.. tengok dari luar pun aku cam gerun nak masuk.. aku pikir.. mesti harga kat cafe ni mahal...


Baru2 ni aku dijemput oleh Eina untuk join Food Review kat U-Cafe ni.. Masa ni la baru aku tau makanan kat sini semua best..


U-Cafe di Wangsa Walk ni ada 2 tingkat.. kalau sukakan suasana rilek dan santai.. boleh lepak kat atas... 


Ha.. tadi aku ada bagitau kan yang U-Cafe ni ada jual Menu yang murah dan sedap.. Nak tau tak apa menu tu? Nasi Kukus Ayam Berempah ... Sepinggan cuma berharga RM 3 sahaja ... Tak percaya? Percaya la kerana ianya benar... hihihi...


Dengan RM 3 korang boleh dapat Nasi + Ayam Berempah + Ulam Timun + Sambal Belacan ... Nasi pulak dihidangkan atas daun pisang.. Ya Allah.. wangi jer bau nasi tu...







Sambal belacan dia memang pedas terangkat.. tapi sedap... Promosi Nasi Kukus Ayam Berempah ni bermula dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang.. 


Dah dapat Nasi Ayam Kukus, aku pun naik ke tingkat atas... Cantik weh deko kedai ni... Santai jer...



Nasi kukus tu aku makan dengan menu baru yang diperkenalkan sempena Bulan Ramadan nanti...


Ada Sup Daging campur suhun dan sayur-sayuran.. sedap.. kalau orang diet.. makan sup ni je bole kenyang...


Belacan Chicken Boxing ... Mula-mula dengar aku macam pelik jer.. tapi bila dah makan.. ok la.. sape yang suka belacan, mesti akan suka dengan Chicken Boxing ni..


Kurma pun ada untuk berbuka puasa nanti..


Kerabu Tauge.. ada campuran tomato dan isi ikan.. sesuatu yang baru jugak untuk aku...


Air ni sedap.. campuran Mint n Lemon.. sejuk jer..



Banyak menu kat U-Cafe ni.. Rambang mata bila tengok kat Buku Menu.. rasa macam nak order semua...




Aku ingat tu je makanan untuk hari tu.. aku pergi Bantai Makan Nasi Ayam Kukus tu sampai habis licin...  Tapi... rupa-rupanya.. ada menu lain sekali yang dihidangkan lagi..


Seafood Platter  
~ ada Salmon, Udang Tempura, Calamari, sotong dan mash potato.. paling banyak aku makan mestila Udang Tempura.. rangup sangat...



Combo Platter
~Set ni ada fries, wedges, ayam goreng ala KFC, Fish Fillet dan Spring Roll.. Spring roll tu lain dr spring roll biasa tau.. sedap.. rugi tak try...


Deconstructed Caesar Salad
~Ni memang sesuai untuk orang yang diet... kiranya ni macam salad gak la.. sedap... tapi kalau untuk aku yang tak diet ni memang tak kenyang la..hahaha...


Italian Beef Carbonara With Egg Yolk
~Ni memang aku rekomen sangat-sangat... sedap.. rasa creamy n sesuai sangat ngan tekak aku.. Yummy.. Next time nak repeat order yang ni la..


Lamb Rack
~Penggemar kambing memang suka yang ni.. Juicy n lembut isinya.. Yummy..


Signature Combo Mix Grill
~Dalam set ni semua ada.. lengkap... Ada Lamb Grilled, Chicken Chop, Bacon, Mashed Potato n sayur... Kenyang...


Flying Fish Rice With Soy Sauce
~Aku paling suka makan ikan goreng, nasi panas n sambal kicap.. terangkat beb!


Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice
~Butter Chicken dia sedap.. n kombinasi ni memang sesuai...


Fried Asparagus and Prawn
~Penggemar sayur mesti suka yang ni!


Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf
~Nasi goreng yang dimasak dalam daun teratai.. Unik.. 


Nasi Lemak with Kari Ayam
~Penggemar Kari? Must Try!


Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry
~Rasa Green Curry dia manis-manis sikit.. macam rasa masak lemak pun ada...


Penang Curry Laksa
~Kari dia sedap.. banyak plak tu... bole share berdua...


Kantonis Koay Teow with Seafood
~seafood tu yang buat koay teow ni best.. x pedas.. sesuai untuk kanak-kanak...


Fried Vermicelli with sambal sauce and mussel
~yang ni ala-ala bihun goreng seafood la..


Asam Laksa
~Yang terbaik mesti akan keluar waktu last.. n bagi tekak aku.. Asam Laksa ni la yang paling win.. maybe sebab aku orang Penang.. sebab tu aku paling suka dengan Asam Laksa ni.. kombinasi masam, pedas manis semua ngam..

Restoran U-Cafe ni memang menyediakan makanan dengan harga yang sangat berpatutan.. So, untuk anda yang berdekatan dengan Wangsa Walk.. apa kata try makan kat sana... sedap tau...


Alamat U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No9 Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 4131 9686
019 3133 668 Rachel
FB : U-Cafe

3 comments:

  1. Replies
    1. Asam Laksa ngan Spagetti sedap.. bila nak repeat? ;)

      Delete