11.6.15

Perfecto Popcorn teman sejati ketika menonton wayang

11.6.15,Thursday, June 11, 2015
Aku kan.. kalau tengok wayang mesti kena ada Popcorn.. sebab kalau takde kang aku ni cepat ngantuk.. mesti nak kunyah-kunyah... Tak lengkap tau kalau tengok wayang tanpa Popcorn.. Popcorn dan wayang memang tak dapat dipisahkan...


27 Mei tempohari telah diadakan Pelancaran untuk memperkenalkan PERFECTO POPCORN di Cathay Cineplex, E-Curve .. aku dah 2,3 kali gak nampak kat 7eleven.. tapi tak jugak beli.... hihihi..


Bila dapat jemputan untuk Tengok wayang sambil makan Perfecto Popcorn ni.. mesti la aku happy...  Dapat buat 2 benda dalam satu... aku gi event ni ngan Nad n Emi.. selalu gi sorang.. kali ni ada gang.. best o.. ada gang nak merambu-ramba...

Popcorn merupakan snek klasik yang digemari semua, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak. 

PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.


Aku paling suka Perisa Chocolate in Love.. memang betul2 buat aku rasa In Love.. hihihi.. gatai....

Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi  canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.


Ramai jugak artis yang hadir masa pelancaran ni...
Sebelum majlis Pelancaran bermula aku sempat la bergambar dengan diaorang..






Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya.

Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”.  Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.




Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa  yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.

PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g). 

Untuk keterangan lanjut, layari  Facebook rasmi PERFECTÒ di www.facebook.com/PerfectoSnacks.

5 comments:

  1. Seriously perfecto popcorn ni sekali makan tak boleh stop...

    ReplyDelete
  2. baru makan yg coklat tu minggu lepas..sedap jugak..yg lagi dua belum try lagi

    ReplyDelete
  3. Assalam eyza,
    emmmm
    kat penang ada kaaaaaaaa????
    he3

    ReplyDelete
  4. dengar citer memang pop pop pop dalam mulot ye... xpernah try lagi...tetibe terase caramel dalam mulut

    ReplyDelete