13.6.15

Review Filem Spy

13.6.15,Saturday, June 13, 2015



Sinopsis
Filem Spy mengisahkan Susan Cooper yang merupakan seorang agen CIA yang bertugas di pejabat sebagai pembantu kepada agen lapangan Bradley Fine. Beliau yang tidak pernah bekerja dilapangan mendapat peluang tersebut apabila agen Fine telah dibunuh oleh penjual senjata di pasaran gelap, Raina Boyanov dan kebanyakan nama agen CIA di lapangan telah didedahkan.
Kini beliau ditugaskan untuk mengintip dan mendapatkan maklumat mengenai senjata nuklear yang telah dicuri sebelum ia jatuh ke tangan pengganas. Dapatkah beliau menghalang penjualan senjata nuklear itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Mula-mula aku tgk sedutan Filem Spy ni.. aku dah rasa cam best jer.. aku terus rasa nak gi tengok... Bila dapat jemputan untuk event Perfecto Popcorn sambil tengok filem ni, harus la aku pergi kan.. bukan senang nak dapat tengok free..

Dari mula citer ni start sampai habis... aku tak henti-henti gelak.. kelakar betul.. tapi, ada jugak adegan yang sedih.. tapi, elemen kelakar lagi banyak.. dan kelakar tu bukan jenis lawak yang ntah apa-apa.. ni jenis lawak yang best...


Tapi sayang, citer ni tak sesuai untuk kanak-kanak sebab 18 PL.. lagipun banyak sangat adegan mencarut dalam ni...


Dari segi jalan cerita dan sound effect memang bagus.. lagi satu, filem ni mengangkat darjat orang gemuk supaya tak rasa rendah diri.. sebelum ni kalau filem yang berkisar penyiasatan mesti orang yang kurus kan? tapi untuk filem Spy, ada pembaharuan.. Spy wanita yang lebih berisi dipilih.. dan sepanjang dia menjadi Spy, banyak adegan lucu yang jadi...


Untuk filem ni aku bagi 4.5/5 bintang... Serius best... ;)


3 comments:

  1. Salam perkenalan dari follower yang ke 530 :)

    Lama betul tak gi tengok wayang....tengok sinopsis macam best je...suka citer2 macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan.. Best.. try tgk.. mesti suka nnt..

      Delete
  2. Assalam eyza,
    citer lawak memang syiok
    release tensen

    ReplyDelete