2.6.15

Wak Doyok: Personaliti Fesyen Ikon yang berbeza di Jombali Citta Mall

2.6.15,Tuesday, June 02, 2015

Syzgium Aromaticum, nama saintifik untuk bunga cengkih yakni lambang logo kepada sebuah restoran yang baru dibuka di Citta Mall, Ara Damansara. Jombali, sebuah restoran yang menjadi kegemaran untuk Malaysia ditambah dengan persekitaran restoran yang mesra keluarga, yang menjanjikan pengalaman kulinari yang unik dari pelbagai menu terdiri daripada sarapan, menu tengahari dan menu makan malam. 


Menu yang terkenal di Jombali ialah Nasi Goreng 3 Rasa, Nasi Goreng Chicken Chop, Silang Beef Kueh Teow, Mee Hoon Siam, dan Cheesy Fish n’ Chips. Selain itu juga, masa untuk menyediakan hidangan tersebut dibuat kurang daripada 10 minit, dialun dengan bahan- bahan yang dipilih secara terperinci menjadikan para pelanggan dapat menikmati rasa, aroma, dan tekstur Jombali.


Wak Doyok, salah seorang fesyen ikon Malaysia yang sukakan makanan, merasmikan pembukaan cawangan baharu Jombali di Citta Mall. Sebagai seorang individu yang sukakan makanan dan fesyen, beliau suka dengan konsep restoran Jombali, tidak kira dari persekitaran restoran sehingga ke menu yang akan diubah setiap 3 hingga ke 6 bulan sekali. Beliau mengklasifikasikan ia sebagai ‘eating with style’.
‘Saya sudah melancong ke Korea dan menjamah banyak makanan pelbagai rasa tetapi tiada makanan yang boleh mengalahkan makanan tempatan; nasi goreng.


Wak Doyok gemarkan menu Jombali yang terdiri daripada Nasi Goreng Telur Masin, Cheesy Baked Rice, Dry Wantan Noodles, Michellin inspired fried rice dan Sotong Kangkung. Walaupun dengan status sebagai seorang selebriti, orang awam akan berprasangka bahawa Wak Doyok hanya meluangkan masa di tempat yang elit tetapi sebenarnya beliau suka meluangkan masa di cawangan Jombali di Mutiara Damansara. Sifat Wak Doyok yang rendah diri sekali gus mendefinisikan makna sebenar jenama Jombali.


 

Pada masa yang sama, Wak Doyok turut turun padang untuk memberikan baucar percuma kepada pelanggan bertuah.



Jombali adalah sebuah restoran yang berpegang teguh kepada konsep memberikan pengalaman kulinari yang tidak boleh dilupakan dan berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan. Restoran Jombali sesuai untuk diadakan majlis seperti berkonsep kekeluargaan ataupun majlis koperat. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Jombali:

4 comments:

  1. Assalam eysa,
    laa
    memola tadi hengatkan restoran tu wak doyok punya he3

    ReplyDelete
  2. pernah makan kat cawangan di selayang... sedap juga... cuma jom western ank syarikatnya juga, dekat aeon wangsamaju bad service.. lambat sngt..

    ReplyDelete
  3. assala..salam perkenalan..nice blog :)

    ReplyDelete