6.7.15

CHEMBOJA BERSINAR DI PENTAS PERAGAAN HIGH TEA DI SINGAPURA

6.7.15,Monday, July 06, 2015
Chemboja, satu-satunya jenama dari Malaysia yang  memperagakan  koleksi  jubah  dan  wanita  mereka  di  pertunjukan fesyen  antarabangsa  “Dare  to  Dream”,   di  Katong  Village,  Singapura.Chemboja menampilkan 3 koleksi iaitu koleksi jubah dari Amin Idris, HarissAliff by Chemboja, dan satu koleksi daripada koleksi wanita Ready to Wear. Pentas  peragaan  ini  diadakan  di  salah  sebuah  hotel  terkemuka  di Singapura dan ia terkenal  kerana baru-baru ini  Victoria  Beckham telah memperkenalkan  koleksi  terbaru  beliau  di  hotel  yang  sama.  ‘Dare  toDream’,  adalah  tema untuk  pertunjukan fesyen yang mengetengahkan konsep kesederhanaan dalam berfesyen.


 

Koleksi  jubah  dari  Amin  Idris,  merupakan  satu  koleksi  yang  menitikberatkan  seni  kontemperari  dan  kesederhanaan  dengan  elemen keselesaan  dari  pilihan  fabrik  dalam  koleksi  jubah  tersebut.  Potongan jubah  ini  lebih  kepada  mengikut  bentuk  badan  dan  ia  terlalu  ketat mahu pun terlalu longgar. Koleksi yang mampu membuat anda kelihatan menarik  di  pagi  lebaran  nanti.  Harris  Aliff  by  Chemboja,  adalah  satu koleksi  dimana  pilihan  fabriknya  menjadi  pilihan  ramai  pereka antarabangsa  seperi  Burberry  London.  Ia  adalah  satu  koleksi  yang menampilkan  keselesaan  tanpa  memandang  enteng  untuk  kelihatan bergaya. Dengan padanan seluar vigro dan rekaan tshirt yang bersahaja,ia  mampu  memberi  kelainan  untuk  hari  lebaran  nanti.  Koleksi  Wanita Ready  to  Wear  pula  satu  koleksi  yang  menggalakkan  konsep bersederhana dan longgar untuk memenuhi citarasa hijabista di luar sana.





Raja Nur Shahzam selaku pengurus jenama itu berkata:
“Ia  merupakan  satu  penghargaan  untuk  Chemboja  dijemput  dan membawa  jenama  ini  ke  peringkat  antarabangsa  sekaligus  membawa nama Malaysia di luar Negara. Kami berharap dengan peluang yang diberi oleh Chemboja ini, mampu membuka peluang untuk jenama- jenama lain di Malaysia untuk memperagakan hasil rekaan mereka.”


Pertunjukan  fesyen  ini  dianjurkan  oleh  M  & Z  Empowerment  Institute dengan  koloborasi  dengan  Wayan  Retreat  Wellness  Spa  dan  MODENA Events  by  Aly  Rizq.  Penganjur  akan  menderma  sebahagian  daripada keuntungan ke Harun Ghani Education Fund, yang merupakan satu badan yang membantu pelajaran anak- anak yang ibu bapa mereka menjalani hukuman di penjara.

Untuk Keterangan lanjut, bole layari:

No comments:

Post a Comment