20.8.15

Driver teksi kurang ajar!

20.8.15,Thursday, August 20, 2015


Hati aku tengah PANAS! MENDIDIH! MENYIRAP! semua ada la... aku geram ngan satu teksi ni... Macam biasa la pagi-pagi aku kuar umah nak gi opis... disebabkan opis aku kat Area Bukit Aman.. aku plak dari Muzium Negara... aku kena lalu satu bulatan depan KTM ni... aku dah dalam bulatan.. dah bagi signal nak ke kiri.. tup..tup.. aku dengar bunyi berdentum... teksi dari susur kiri nak masuk bulatan tu dah hentam belakang kereta aku... Ya Allah... Buta ke apa... Dah tu yang paling aku bengang.. dia bole pusing stereng n  blah camtu jer... WTF!

Aku selalu geram ngan driver teksi... bawak macam jalan dia sorang.. suka hati dia jer nak berenti ambik penumpang.. tak kira kat mana.. dah la tak bagi signal.... 

Nasib baik aku sempat toleh n ambik no plat dia.. aku tanya pandangan membe2.. ada yang kata patut report.. ada yang kata tak perlu sebab teksi ni memang susah claim insuran.. alih-alih kita balik yang kena.. erm... buntu aku wei... tak tau nak buat camne.. patut la driver teksi KL ni kurang ajar.. rupanya diaorang kebal camtu... pihak berkuasa patut kena pantau diaorang ni....

tapi aku ada baca kat blog ni.. dia kata teksi memang susah nak claim.. nak tak nak kena keluar duit sendiri la.. dah la keta laki aku..  nangis!

*Tapi bukan semua pemandu teksi kurang ajar, ada yang baik n berhati-hati bawak kereta.. cuma sebahagian je bawak macam jalan bapak dia...


1 comment: