14.8.15

Senang sangat Cuci mekap dengan adanya SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes

14.8.15,Friday, August 14, 2015
Hari tu aku dah makan C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul.. Kali ni aku nak cerita pasal satu lagi produk yang best jugak dari SkinSoul ...

Aku kan.. kekadang suka mekap.. takde la heavy.. Tapi BB Cream Seqy Beauty , Blusher ngan Lipstik adalah benda wajib aku pakai... kalau nak heavy sikit, aku sapu bedak, pakai eyeliner n pakai maskara.. dah siap... Tapi kan.. masalah jugak kalau dah bermekap ni.. nak kena cuci muka betul-betul.. tambahan pulak kulit aku ni memang kategori yang senang sangat cik jerawat nak singgah...

Selalunya, aku akan cuci mekap dengan mekap remover ataupun minyak zaitun.. memang la mekap tanggal.. tapi.. ada satu yang tak best bila pakai 2 jenis barang ni.. muka jadi berminyak.. tak syiok...  kena pakai pencuci muka plak nak hilangkan minyak tu... So.. x best camtu.. aku ni agak malas nak banyak step sangat.. kalau boleh.. guna satu benda.. dh cukup... hahaha... 


So, Dah alang-alang try Collagen dari SkinSoul ni... aku pun teringin la nak try Soft Facial Towelettes dia sekali... sebab tengok demo cam best.. 


SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni memang berkesan menangkalkan mekap.. tak kisah la korang pakai mekap tebal camne pun.. tanggal maskara pun senang tau...Ianya PARABEN FREE dan LANOLIN FREE serta tiada pewarna dan pewangi tiruan dan takde bahan kimia yang memudaratkan kulit.. Bau pun wangi.. macam bau baby...





Nak guna pun senang tau... Ambik sehelai.. tekapkan dekat muka untuk beberapa saat.. pastu lap la seluruh muka sampai hilang semua kekotoran yang ada... 




First time try pun dah sukaaaa sangat.... muka jadi lembut... pastu kotoran pun senang tanggal... 


aku try cuci sebelah je dulu (kiri) , kanan masih ada mekap.. nampak beza tak? 


Ni pulak muka yang dah dicuci semuanya.. just pakai tisu ni je.. best o.. dah takyah sibuk nak pakai pencuci muka semua.... lap ngan tisu.. muka dah bersih n lembut...

Nak bawak ke mana-mana pun senang.. pasni, kalau nak solat kat luar.. dah tak perlu bawak pencuci muka pakai.. cukup je bawak Ultra-Soft Towelettes ni... senang... serbaguna dan praktikal...

Macam mana nak dapatkan produk ni? Senang sangat.. Korang bole terjah mana-mana outlet SkinSoul  .. 

Untuk keterangan lanjut, bole layari:
Laman Web : SkinSoul
Facebook : SkinSoul

Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Like Facebook SkinSoul..  Pegi mana-mana outlet SkinSoul, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)


3 comments:

  1. tadi nampak kedai ni kat MIDV, tapi x singgah pun.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Safurara.. kita suka barang mekap dia... best..

      Delete
  2. ini memang best... thanks for sharing...

    ReplyDelete