17.8.15

SkinSoul Skin Shield Range

17.8.15,Monday, August 17, 2015
Selain dari C-Jello dan Ultra Soft Facial Towelettes ni.. SkinSoul juga ada Produk Skincare dan Make Up tau... Rangkaian Produk Skincare ni diberi nama Skin Shield ... 


Skin Shield ni adalah rangkaian penjagaan kulit yang diperbuat daripada Ashitaba Organik Tulen dan gabungan ekstrak botani lain yang berharga dan berkesan untuk kulit.

 Ianya terdiri dari 5 benda asas untuk penjagaan kulit supaya bersih, cantik dan bersinar.

[ Hydra-Purifying Cleanser ]


Diperkaya dengan vitamin dan mineral dari organik tumbuhan Ashitaba dan diperkaya dengan ekstrak bunga Daisy, ianya membersih secara sempurna sambil melembapkan dan mencerahkan kulit bak mutiara.


Cara Guna:
 Basahkan muka.. Titiskan di tapak tangan beberapa titisan.. kemudian gosok hingga berbuih dan sapu kat muka... aku ada ambik gambar aku sapu kat muka.. tapi buruk bebenor.. terpaksa kansel letak kat sini.. hahahah....



[ Hydrating, Energizing & Pore Refining Lotion Mist Spray ] 


Lotion ni sangatlah ringan dan dapat membersihkan kotoran di muka dengan lembut . Ianya mengembalikan keseimbangan serta kelembapan kulit selepas membersihakn muka . Terdapat Witch Hazel Extract yang dapat membantu untuk mengurangkan kulit gelap dan liang roma tersumbat serta mengembalikan kesihatan kulit kepada PH semulajadi.


Cara Guna:
 Ambil kapas muka...  Titiskan di kapas (kalau ada) kalau tak kat tapak tangan pun tak pe.. beberapa titisan.. kemudian sapu kat muka...  kiranya fungsi dia sama macam toner la...


[ Lift & Bright Serum ]


Serum yang dapat menyerap nutrien ke dalam lapisan kulit serta memulihkan dan memberikan keanjalan kepada kulit.Polifenol aktid dan flavanoid dalam Ashitaba memainkan peranan penting dalam mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.Ia menggabungkan bahan-bahan semulajadi bio dan kolagen yang penting untuk menambah kelembapan kulit.


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. serum kena sapu ke atas tau.. sebab kalau ke bawah takut kedut.. ;)


[ 12-in-1 Suncare Day Cream (SPF50) ] 


Day Krim 12 dalam 1 ni boleh dipakai ketika dirumah atau sebagai asas solekan... warna day krim ni akan blend dengan warna kulit kita... 

Ianya mempunyai 12 manfaat :
1. menghidrat dan melindungi kulit
2. mencerahkan kulit
3. menyamaratakan tona kulit
4. menyembunyikan dan menutup cela diwajah
5. melawan tanda-tanda penuaan
6. mencantikkan kulit
7. melindungi kulit dari sinaran UV
8. menyihatkan kulit
9. Melegakan kulit yang bermasalah
10. Mengurangkan kesan Radikal bebas
11. Merangsang kulit supaya muda remaja
12. Membuatkan wajah berseri


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. ratakan ke seluruh wajah... kalau nak keluar, boleh la pakai bedak.. kita buat macam foundation la Day Cream ni...


[ Night Cream ] 


Dengan vitamin dan mineral dari bahan organik Ashitaba ianya dapat mencerah dan menganjalkan kulit secara-perlahan-lahan.


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. ratakan ke seluruh wajah... pastu bole tido.. ;)

Muka sebelum pakai set ni..

Muka selepas tanpa mekap... just pakai Day Cream je...

Muka pakai Day Cream + Bedak Kompak Maybelline...

So, korang rasa macam mana? Ada perubahan tak? :)

Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Like Facebook SkinSoul..  Pegi mana-mana outlet SkinSoul, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)


2 comments:

  1. salam perkenalan...jom kita sama2 cantik dengan SkinSoul... :)

    jemput singgah http://www.lyzafisol.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan.. Soft Facial SkinSoul best kan.. ;)

      Delete