22.9.15

Ayam Goreng bercitarasa Korea Di Restoran Pelicana Chicken

22.9.15,Tuesday, September 22, 2015

Sape kat sini Peminat Makanan Korea? Ha.. ni aku nak bagitau ni.. Baru-baru ni aku sempat la merasa Ayam Goreng dari Restoran Pelicana dekat Atria Shopping Gallery.


Restoran Pelicana ni dah lama bertapak kat Negara Korea. Dari tahun 1982 lagi tau... Dah 33 tahun.. Sebaya ngan aku.. hihihi... Restoran ni mula dengan memperkenalkan ayam goreng terbaik style Korea dengan disalut sos istimewa. Sekarang ni, dah tak perlu susah-susah ke Korea sebab Pelicana Chicken dah bukak Francais kat Malaysia khas untuk peminat makanan Korea.


Hidangan terbaru yang diperkenalkan oleh Pelicana Chicken ialah Garlic YangNyeom Chicken...




Kami jugak ditunjukkan demo macam mana ayam tu disalut.. nampak senang je... tapi hakikatnya.. jenuh jugak nak salut satu-satu.. hihihi..

Rasa Bawang putih segar yang dimasak dengan sos unik menambahkan rasa sedap ayam tu.. dan untuk menyerlahkan rasa bawang putih, hirisan bawang putih kecil ditabur atas hidangan..


Ni la hasilnya selepas disalut dengan sos bawang putih...
Selain dari Perisa Garlic YangNyeom Chicken ni.. ada banyak lagi perisa... Ayam yang juicy disalut dengan pelbagai perisa unik.. erm.. sedapnya...


Ada 5 jenis hidangan ayam Peli YangNyeom Chicken ni:

~ Peli NyangNyeom Chicken Original
~ Garlic YangNyeom Chicken
~ Peli NyangNyeom Chicken Hot n Spicy
~ Peli NyangNyeom Chicken Charcoal BBQ
~ Peli NyangNyeom Chicken Spring Onion

Harganya pulak sangat berpatutan iaitu RM9.50 untuk 4 ketul ayam , RM18.90 untuk 8 ketul dan RM32.90 untuk 14 ketul ayam.


Peli NyangNyeom Chicken Original
~ Hidangan ni tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.. rasa sos yang sedikit manis memang sesuai untuk orang yang tak gemarkan makanan pedas..


Peli NyangNyeom Chicken Hot n Spicy
~ Hidangan yang pedas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.. Bagi penggemar makanan pedas macam aku.. aku rasa yang ni memang kena ngan tekak aku..pedas yang agak terasa la.. hahaha.. ramai yang tak tahan makan yang ni.. tapi aku suka... baru 'kick'..


Peli NyangNyeom Chicken Charcoal BBQ
~ Hidangan ni sesuai untuk yang suka pedas tapi tak terlalu pedas.. kiranya pedas light2 la.. ala.. ala2 pedas Blackpepper je...


Peli NyangNyeom Chicken Spring Onion
~ Hidangan ni pun sesuai untuk kanak-kanak.. tak pedas dan sosnya manis2 gitu..



Ini pula ialah Pelicana Ramen... Yang ni harganya cuma RM13.90... Tak pedas... kuahnya rasa berlemak tapi kalau x silap aku pakai susu.. so, kiranya ni menu sihat jugak la... Kuah Ramen ni mempunyai rasa masam manis dan set ni dihidangkan bersama Ayam crispy Pelicana.


Pure Chicken Breast Salad yang berharga RM 12.90.. ni memang aku recommed sangat untuk penggemar sayur dan sesiapa yang berdiet dan tak nak makan berat.. Salad ni memang mengenyangkan sebab ada tomato, daun salad, ayam goreng, telor rebus, mayonis dan sos khas Pelicana.


Ni pulak antara pilihan air yang ada... 

Chocolate Frappe
Manggo Frappe
Pina Colada (campuran nenas & Kelapa) memang sedap yang ni.. Wajib try kalau makan kat sana...

Untuk keterangan Lanjut boleh layari:


Alamat:

Pelicana Chicken
Atria Shopping Gallery
Level 3, Lot T23A,
Damansara Jaya,
Petaling Jaya,
Kuala Lumpur.

Tel: 03-77334300


6 comments:

  1. ok tengok ayam pon dah nmpk sedap...suke tengok korea and makan-makan die...hahaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat makan ayam ni tiap2 hari kan
    haha, see you next round! ;)
    www.tommytongmy.com

    ReplyDelete
  3. I suka salad Pelicana tu. Sos Pelicana ngan ayam dia sedap sekali! :D

    ReplyDelete
  4. Pina Colada looks good, probably my next try!

    ReplyDelete
  5. sedap sekali bila makan Korean Fried Chicken

    ReplyDelete
  6. Pelicana Chicken best memang sedap sekali

    ReplyDelete