18.9.15

Mata lebih cantik dengan Contact Lens Lacelle Jewel dari Bausch + Lomb

18.9.15,Friday, September 18, 2015
Sebelum ni aku tak pernah pakai contact lens.. Dah lama teringin nak pakai.. tapi takut... masa kawen pun.. dah beli... tapi tak pakai.... hahaha.. memang membazir....


Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk Pelancaran Kanta Lekap Berwarna Lacelle Jewel dari Bausch + Lomb Di Sunway Piramid... Tapi aku tak dapat datang waktu pelancaran.. aku pegi waktu Roadshow... 


Sampai sana.. dah nampak meriah.. wow... Tunggu geng #Einaangelnetworks n jalan-jalan dulu kat situ...


Untuk sesiapa yang pergi masa Roadshow tu.. korang akan dapat borang macam kat atas ni utk redeem sepasang Contact Lens Berwarna Baush + Lomb...


Untuk aku yang tak pernah pakai Contact lens ni... aku rasa contact lense ni bagus sebab warna-warna yang ditampilkan tidak terlalu menonjol dan tak buat kita nampak pelik.



Rekaan kanta yang nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada si pemakai kanta lekap ini.. Bahan kanta ini dengan  kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik..

Kanta lekap ini mempunyai 7 warna yang boleh pilih yang membawa makna tersendiri..

Antaranya ialah:

MELANITE BLACK -> Memberikan rupa pemalu kepada si penggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated.

TOPAZ BROWN -> Gemerlap asli yang menjadikan mata lebih menyerlah mengikut naluri. Serta mudah didekati.

CRYSTAL GREY -> Memberikan aura misteri dengan gaya beriluminasi. Keseimbangan diantara dramatik dan kemeriahan.

AMBER BROWN -> Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan. Kelihatan bergaya dan mewah dengan kilauan itu.

AMETHYST VIOLET -> Memberikan sinaran mata yang signifikan melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Meninggalkan kesan yang penuh kemewahan.

SAPPHIRE BLUE -> Untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan kristal yang memberikan personaliti yang ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.

PERIDOT GREEN -> Hebat dipadankan dengan sebarang warna kulit dan memberikan sinar mata yang menenangkan. Aura yang jelas menyegarkan.

Kanta Lacelle Jewel telah dibuktikan tiada toksik dan tidak merengsakan mata kerana Lacelle kerana Lacelle hanya mempunyai warna tambahan yang selamat untuk mata.


Masa aku pergi tu ada Elizabeth Tan.. Friendly n tak sombong.. Nyanyi live pun sedap.. cantik plak tu...



Balik rumah.. tak sabar nak try...



Aku pilih kaler PERIDOT GREEN. Mula2 takut jugak nampak ketara sgt hijau tu.. tapi bila dah pakai.. eh..eh.. nampak natural je..


Atas : Tanpa Contact Lens
Bawah : Dengan Contact lens PERIDOT GREEN

Mata aku nampak besar kan? aku suka kaler ni.. Jenama Bausch + Lom ni selesa dan tak pedihkan mata untuk aku yang baru 1st time pakai Contact Lens.

Nak tau lebih lanjut? Contact je:

BAUSCH + LOMB (M) Sdn Bhd
Vivian Hoong, Pengurus Jenama (Penjagaan Penglihatan)
Email: vivian.hoong@bausch.com
Tel: 03-7680 8830

PENGHUBUNGAN AWAM - EverQuest Sdn Bhd
Jay Nee Chuah, Pengarah Pemasaran
Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: 012-201 2088


4 comments:

  1. Perghh cantik kak kaler yang akk pilih tu... sesuai dengan akk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. K.eyza tak pernah pakai Contact lens sebelum ni.. pastu tengok hijau ni.. terus nak cuba...

      Delete
  2. mcm best jea.. sbb kdg2 seriau nak guna lens yg murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.eyza mmg jenis seriau pakai lens.. ni pun jenuh la kawan2 ajar cara pakai..hihihi..

      Delete