21.9.15

PELANCARAN DASHING MCFC EDISI TERHAD ~ HARUMAN BARU UNTUK PEMINAT SEBENAR

21.9.15,Monday, September 21, 2015
Sejak tahun 1980, Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio jenama yang luas bagi penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai Ibu pejabat di Singapura, Kumpulan WIPRO UNZA menjadi pengeluar dan memasarkan jenama di seluruh 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China.
WIPRO UNZA mempunyai 24 rangkaian jenama bersama 6 jenama yang menjadi fokus utama. Jenama peneraju Wipro Unza ialah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan VITALIS dalam penjagaan keperibadian diri dan VIGOR dan MAXKLEEN dalam pasaran untuk seisi rumah.
Pelbagai produk WIPRO UNZA menjadi peneraju pasaran disebabkan jenama dan produk yang direka khusus untuk pengguna di Asia. 
Dilancarkan pada 25 tahun yang lalu, jenama Dashing telah diiktiraf sebagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki yang terunggul di Malaysia dengan mempelbagaikan produk penjagaan diri, menjadikan mereka peneraju pasaran utama dalam kalangan lelaki. 


Dengan portfolio produk yang terdiri daripada EDT, deodoran anti-peluh, mandian badan, pembersih wajah, gel rambut & bedak talkum, Dashing kini menetapkan tumpuan kepada sukan kegemaran negara iaitu bola sepak. 


Dashing & Manchester City Football Club telah menjadi rakan kongsi selama hampir setahun. Selepas mencipta beberapa pengalaman bola sepak yang menarik musim lalu, Dashing berbangga untuk melancarkan koleksi baharu yang terdiri daripada EDT dan  Deodoran bertaraf antarabangsa. Koleksi edisi terhad yang berinspirasikan MCFC ini dapat dilihat pada pembungkusan premium yang menggunakan warna jersey tuan rumah dan tempat lawan. Rumusan istimewa wangian ini memberi kesan tahan lebih lama dan kesegaran berpanjangan sepanjang hari untuk setiap jejaka aktif. Terdapat 2 variasi iaitu “Ultimate Kick” dan “Hattrick”. 

1)    Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.
2)    Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber 

Memahami keperluan seorang jejaka untuk kekal segar dan fokus pada aktiviti seharian, Dashing memperkenalkan Dashing MCFC Deodoran Spray dan Roll-on anti-peluh yang memberikan kebaikan 6 dalam 1. Ia bukan sekadar memberikan perlindungan yang berpajangan, malah berupaya menyingkirkan bau badan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kotor pada pakaian. Dengan formulasi “quick-dry”, rangkaian ini menghalang pembentukan bakteria dan membawa kesegaran berpanjangan.  

Dengan Dashing-MCFC Deo Spray & Roll-On anti-peluh, kini si jejaka tampil lebih yakin untuk mengharungi apa sahaja dan kekal fokus pada sepanjang masa.
Menambah kegembiraan setiap peminat bola sepak, DASHING menganjurkan peraduan yang memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk memenangi pakej pelancongan 6 hari dan 5 malam percuma ke Manchester, UK. Pemenang berpeluang menyertai kem bola sepak selama 3 hari di Akademi Latihan MCFC dengan jurulatih rasmi MCFC, berjumpa dengan pasukan pertama dan merasai pengalaman menyaksikan perlawanan langsung Manchester City FC menentang Manchester United pada 19th March 2016. Peraduan ini berkongsepkan SMS dan menang, yang memerlukan peserta untuk membeli produk Dashing atau Elite kemudian hantarkan SMS untuk menyertainya. Peraduan ini akan berakhir pada 31 Disember 2015.


“Inovasi Dashing sentiasa diutamakan dan kami berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia membawakan rangkaian wangian dan deodoran bersama pasukan Manchester City Football Club, pasukan terulung dalam Liga Premier ” kata Mr Rishi Pahwa, Pengurus Pemasaran Dashing.
“Kolaborasi antara Dashing dan MCFC yeng diserlahkan dalam bentuk pembungkusan produk menyerlahkan status antarabangsa jenama ini justeru menaikkan Dashing pada tahap yang lebih baharu. “ kata Mr Sriram Krishnamurthy, COO di Wipro Unza (M) Sdn Bhd dalam ucapan pembukaan pada majlis pelancaran Dashing MCFC Edisi Terhad.

Majlis pelancaran yang diadakan di The Score, Bandar Utama bermula dengan aksi bola sepak gaya bebas oleh pemain bola sepak gaya bebas no 1 di Malaysia, Ariff Karim sebagai gimik pelancaran koleksi edisi terhad itu. Dashing turut memaklumkan bahawa DASHING MCFC edisi terhad ini telah dilancarkan di Etihad Stadium pada majlis pengumuman perlawanan musim baru di Manchester, baru-baru ini.

Rangkaian Dashing-MCFC Edisi Terhad boleh didapati di dalam dua variasi menyegarkan iaitu Ultimate Kick dan Hattrick. Dashing MCFC EDT 50ml berharga RM20.90 termasuk 6% GST. Sementara Dashing MCFC Deodoran Spray berharga RM11.45 termasuk 6% GST dan Dashing MCFC Roll-On anti-peluh berharga RM5.90 termasuk 6% GST. 


No comments:

Post a Comment