26.9.15

Pertama kali naik Langkawi Duck Tours

26.9.15,Saturday, September 26, 2015
Sape pernah naik Langkawi Duck Tours? Sebelum ni aku dok tengok jer.. tak pernah teringin nak naik.. tapi sebab percutian kami kali ni bertema kan santai.. Aku pun masukkan la Langkawi Duck Tours ni dalam Tentatif program kami.. Bole duduk-duduk dalam tu sambil nikmati keindahan alam.. ;)


Duck Tours ni terletak dekat Oriental Villoage.. ala... kat tempat Skyway tu.. betul-betul kat pintu masuk.. 



so, sebelum masuk untuk naik Skyway, bole la cuba naik Duck Tours.. dan kalau nak masuk 3d Museum baiklah korang ambik pakej kombo... Aku cuma naik Duck Tours je.. tak masuk pun museum art...


Harga untuk Langkawi Duck Tours ni ialah RM 38.00 seorang. Sama je harga untuk orang Malaysia dan Pelancong.. Takde keistimewaan.. 


Teringin nak merasa naik bolehla beli tiket... Masa aku pergi tu tak ramai pun naik.. cuma ada 7 orang jer... kami je satu2nya couple Malaysia.. lain semua pelancong....


Ok la tak ramai.. santai je dalam tu...

Ok.. Jom naik.. nak jalan dah ni...



Mula-mula kami dibawa melalui jalan darat.. suka tengok kehijauan alam dan suasana tenang kat sana... Kami dibawa sampai ke satu tempat untuk kita nak masuk ke dalam air plak..


Ni la tempat untuk Kapal Itik ni turun... 


sebelum turun tu...pemandu pelancong dah suruh kami semua pakai jacket keselamatan dan duduk kat tengah-tengah sikit sebab nanti air akan terpercik... 


Alhamdulillah aku ngan hubby tak basah.. tapi ada sorang pelancong ni dia tak dengar sebab dok pakai ipod... last-last.. masa masuk je dalam air... terus air tu terpercik kena kat dia.. banyak jugak la... dah la seksi.. basah lencun.. lagi seksi n seksa nak tengok.. sian dia...


Cantik betul Ciptaan Allah ni.. teruja aku dok tengok keindahan alam ni...






Eksited aku tengok kapal-kapal mewah kat sini.. Bestnya la kan pemilik kapal ni...




Dah selesai dok menikmati keindahan alam... dah naik kat darat.. la.. tak puas lagi dok pusing-pusing dalam air...



Naik ke darat.. Bot ni akan berhenti sebab diaorang cuci dulu dengan air paip biasa.. ye la.. air laut kan banyak garam.. kalau tak dibilas nnt cepat berkarat...


Nanti diaorang akan hantar kita semula ke oriental Village... Kalau ada anak, mesti lagi seronok naik Duck Tours ni.. So, kalau gi Langkawi.. Try la naik.. satu pengalaman yang berbeza tau...


No comments:

Post a Comment