2.10.15

Pertama kali menginap Di Resort World Langkawi

2.10.15,Friday, October 02, 2015

2 malam kat Amzar Motel.. dan malam last kami kat Langkawi kami dah tukar Hotel yang best sikit... Aku pilih Resort World Langkawi.. Dulu hotel ni dikenali dengan nama Awana Porto Malai.. 


Tak jauh pun dari Jetty nak Island Hoping... Hotel ni agak privacy sebab satu-satunya hotel kat kawasan tu...

Sampai je.. hubby turunkan aku kat Lobi Hotel.. aku dah biasa angkat bag sendiri letak tepi sementara tggu hubby parking kereta.. tetiba, terperanjat aku.. ada budak hotel ni cepat2 datang nak angkat bag aku ke bilik... kita siap cakap tak payah leh bawak sendiri.. hihihi....

Aku tinggal je bag kat situ.. Gi Check in dulu.. cepat je dah siap... Pekerja kat Front Desk tu pun very Soft Spoken.. aku suka... :) dapat kunci bilik aka kad access..... hubby datang bawak bag trs naik bilik... letih amat dah rasanya.. padahal naik Duck Tour je kut....

Kad Access bilik...
 Naik je bilik.. teruja aku sebab ada 2 katil queen... Yeay.. leh ambik sorang satu.. takyah berebut... muahaha.. Honeymoon apa tido asing-asing kan.. kuang-kuang-kuang...


Bilik pun ok... luas jugak la..


TV pun besar..


Ada tempat nak bersantai...


Ada cerek elektrik.. bole je nak bancuh nescafe atau teh sebab diaorang sediakan sekali yang dalam peket tu..


Air minerel pun ada 2 botol.. sorang satu.. takyah berebut..


Dalam bilik air pulak diaorang dah sediakan berus & ubat gigi (2 pek) - so, kalau x bawak dari rumah pun x pe . sabun, shower cap, syampoo & Body Wash.. Bilik air pun bersih...


n lagi satu yang best.. Ada Bath tub.. bole berendam.. nak mandi kat swimming pool tak bole sebab kena pakai pakaian mandi je.. so, aku ngan hubby tengok je la orang mandi.. nasib baik bole berenang-renang dalam Bath Tub walaupun kecik je.. jadi la kan.. hahahah...


Aku ngan hubby sempat la jalan-jalan sekitar kawasan hotel.. Cantik.. Tempat pun Privacy.. sesuai kalau nak HoneyMoon..




Ada gazebo.. bole berehat sambil tengok laut *abaikan model berbaju kuning tu.. hahaha






Nak booking? Bole terjah 


Online booking lagi murah rasanya.. Nak tau berapa rate aku dapat dan tempah kat mana? Nanti aku update ye.. Bye..

12 comments:

  1. WAHHH .. KEMAS .. BERSIH N PEMANDANGAN PUN SANTEKK ..

    SONOKNYE .. DEQ TERINGIN SGT NK KAT HOTEL .. TP XDPT2 LG .. HEHE .. TGGU BBY BESAU DULU LA KOT .. EKEKE .. DA MARK RESORT NI .. KOT ADE REZEKI .. LEH PEGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Tunggu baby besar sikit.. nanti bole bawak.. :)

      Delete
  2. cantikkkk..
    sy penah spi cni..tp bkn dok hotel tu tp dok begambar kt tmpt sis amik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? eyza dah lama teringin nak duduk sini lepas tgk Romantika Faizal Ismail yang lama tu.. hihihi..

      Delete
  3. boleh gtau x apa nama bilik nie? igt nk cari bilik yg ada bath tub... n berapa hrga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni eyza ambik Deluxe Garden View.. kalau yang Sea View mahal sikit tapi lagi ohsem la sbb leh tgk laut.. Eyza beli kat Booking.com semalam cuma RM200 tanpa breakfast. tapi kalau beli kat web Resort World ada breakfast.

      Delete
  4. Replies
    1. Ada. Peti ais kecik dalam kabinet.

      Delete
  5. harga semalam berapa sis? tgh wt budget nk g honeymoon nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza beli kat Booking.com. Semalam dapat RM200 tapi tanpa Breakfast. kalau beli kat web Resort World ada breakfast.

      Delete
  6. dh lama target nk hotel ni utk hnymoon nnt.. thankz sis wt review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best. memang sesuai utk Honeymoon sebab suasana kat situ tenang dan tak bising.

      Delete