26.10.15

Suka Sucre Bistro

26.10.15,Monday, October 26, 2015
Tiap-tiap kali lalu mesti rasa nak singgah je kat Suka Sucre ni.. tapi.. asyik la dok tangguh-tangguh.. padahal dekat giler ngan umah.... Bila aku dapat jemputan event ni.. baru la merasa jejak ke sana...


Aku antara orang terawal yang sampai.. Disebabkan blom ramai.. bole la aku dok tangkap gambar dalam tu...


Kedai ni tak lah besar sangat.. Just nice.. deko dia cantik.. tapi kalau tak silap aku ada 2 tingkat.. so, kalau nak buat besday party atau bridal shower ke.. bole la buat kat atas...










Selain dari deko yang cantik.. ramai jugak cakap makanan kat sini sedap... Betul ke? ok.. mai kita try....


Memandangkan majlis petang tu bertemakan Perancis.. harus la ada bendera Perancis kan.....


Mula-mula kami dihidangkan dengan 2 pembuka selera ke pencuci mulut pun aku tak sure.. sebab kalau pencuci mulut selalunya last.. ni awal2 dah dapat desert.. tapi.... sedap habaq hang... aku suka sangat.. sangat.. sangat... ha... banyak sangat tu maknanya aku memang betul2 in love la.. 


Mini donut ni lembut sangat.. rasa setanding ngan Big Apple.. ke sedap lagi ek... ntahla.. tapi so far.. aku suka sebab sedap dan gebu...


Pisang ni lagi best.. dikaramel ngan gula perang kut.. pastu ada biji kuaci ngan Aiskrim Vanila dari King's.. Ya Allah.. nikmat betul rasa.. Tak cukup 1 tau.. nak minta lagi malu la plak...


Pisang dicicah aiskrim.. Best...


Petang tu kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan... tapi.. yang menjadi sebutan dan yang teringin sangat aku nak rasa bila datang Suka Sucre ni dah tentu la Spagethi daging Salai Masak Lemak yang manjadi specialty Dato' Fazley...

Sedap... cuma aku rasa tak bole makan banyak sebab aku dah kenyang makan desert sebelum tu..hihihi...


dan lagi satu yang aku teringin sangat nak rasa kat sini mesti la Macaroon Dato' Fazley... Imelda yang Masterchef tu cakap.. Macaroon Durian sedap... Apa? Durian? tak pernah plak aku try perisa durian..


Tengok rupa pun aku tau sedap... kemas dan cantik je Macaroon ni..




First aku rasa, Macaroon Durian tu memang sedap.. penggemar durian mesti suka.. tak tau nak bgtau macam mana.. kalau nak kena la try...

dengan Imelda Masterchef.. friendly giler.. rasa macam dah lama kenal je..
selfie ngan dato' Fazley trs gigil.. sampai gambar pun goyang.. hahaha...
Aku memang puas hati makan kat sini.. pasni nak ajak hubby plak la makan kat sini.... mana tau dapat jumpa Dato' fazley lagi...

Nak try: Bole terjah kat sini:

Suka Sucre Bistro,
81, Jalan 2/90,
Wisma RYU,
Taman Pertama,
56100 Cheras, KL

03-92017750


4 comments:

  1. betul sedap sangat macaron die! harga sebulan sekali je boleh pergi kan hahahhhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Eida..Harga tu tgk kat blog Eida.. telan ailio gak la.. hahaha..

      Delete
  2. amboii..terliur tgk pisang karemel tu!!!

    ReplyDelete