3.11.15

i-Pro Dental Surgery, Klinik Gigi Muslim di Bandar Mahkota Cheras

3.11.15,Tuesday, November 03, 2015
Aku ni kan.. kalau diberi pilihan antara Doktor Perubatan dengan Dr Gigi.. aku lebih rela jumpa Doktor Perubatan.. sebab aku ni dari kecik takut ngan Doktor gigi.... Tapi bila dah makin dewasa ni.. aku dah tak takut.. cuma seriau.. hahaha... kalau aku tak sakit gigi jangan harap la aku nak menyerah ke klinik gigi...

Tapi... bila hubby sakit gigi baru ni.. terus perspektif aku kat Doktor gigi berubah..  Sebab apa? Sebab aku dah jumpa klinik gigi yang buat aku rasa selesa dan rasa macam berada di rumah jer...

Hubby pun jenis cam aku gak.. penakut jumpa Doktor... tapi sebab dah sakit dia pun redha jer bila aku ajak pg Klinik gigi...


Masuk je dalam klinik aku dah rasa cam dalam rumah.. bersih dan tenang jer.....







Untuk 1st time datang... mula-mula kena isi borang kat bawah ni dulu...


Dah habis isi..Doktor pun panggil masuk dalam bilik rawatan...

Mula-mula Doktor akan check dulu... tengok apa masalah gigi... macam hubby.. gigi dia dah pecah sebelah... pastu dah start sakit.. better la dia cabut...


Selalukan kalau cabut gigi.. time cucuk ubat kebas la yang sakit kan? tapi, kat klinik ni.. hubby kata x sakit.. just rasa sikit jer.. pastu dah kebas.. Doktor pun lembut jer... sambil borak sambil cucuk.. sedar-sedar dah settle...

Bila ubat dah berfungsi.. hubby pun dah rasa kebas baru la Doktor cabut.... Nampak lembut je tapi Alhamdulillah.. x ada yang tertinggal kat gusi.. semua tertanggal... 

Hubby pun puji... selalunya lepas cabut dan ubat bius dah habis sakit giler... tapi kali ni hubby kata x sakit... gusi pun tak bengkak.... Yeay...


Lepas ni kalau sakit gigi... mesti kena datang sini... lagipun klinik ni kepunyaan Orang Melayu kita.. Islam.. Doktor pun cantik.. lembut n soft spoken je..

sempat aku bergambar ngan Dr Norashikin Hassim.. sporting giler..
Klinik ni terletak dekat Bandar Mahkota Cheras... dekat sangat dengan AEON Cheras.... senang je nak cari.. Kawasan ni memang ada klinik gigi yang lain.. tapi kepunyaan Chinese... kiranya i-Pro adalah satu-satunya klinik orang Islam kat situ... Siap ada kemudahan surau kat klinik....

Kat sini ada banyak services yang disediakan... Antaranya ada:
pemeriksaan gigi
scalling (cuci gigi)
filling (tampal gigi)
extraction (cabut gigi)
teeth whitening (pemutihan gigi)
braces
crown
bridge
veneers
implant

Sekarang ni tengah ada promosi kalau nak buat whitening.. cuma RM 850 je dari harga RM 1200.. Murah kan?...memang berbaloi la... InsyaAllah.. kalau cukup bajet aku pun nak buat whitening ni...


Kalau ada yang masih tercari-cari klinik gigi yang bersih dan kepunyaan Muslim.. Bolehla singgah ke Klinik Gigi I-Pro.. memang puas hati... Harga pun sangat berbaloi dengan servis yang kita dapat...


Alamat:
Klinik Pergigian i-Pro (Dental Surgery)
No. 16-1,
Jalan Temenggung 29/9,
43000 Mahkota Cheras,
Selangor.

Waze:
i-pro Dental Surgery

Waktu Operasi:
Weekdays ~ 9.30 pg hingga 8.30 malam
Sat ~9.30 pg hingga 6.00 petang
Sun ~ 10 pagi hingga 1.00 petang
tutup setiap hari SELASA

No. Telefon :
016-4449795

Email :
iprodentalsurgery@gmail.com

Instagram :
iprodental

Facebook :
Klinik Pergigian i-Pro


No comments:

Post a Comment