7.12.15

4Fingers Crispy Chicken kini dibuka di Mid Valley

7.12.15,Monday, December 07, 2015

Sape tau tentang Restoran 4Fingers Crispy Chicken? Restoran ni sebenarnya baru je dibuka di Malaysia dan ianya bertempat Mid Valley Megamal. Sebenarnya Restoran ni memang dah terkenal di Singapore sejak dari tahun 2009 lagi... Tak hairan la kalau tanya membe di singapore dia orang bole suggest apa yang best dan menarik kat sini..


Ada pelbagai jenis makanan berasaskan ayam.. pilih je mana yang berkenan... Kalau tengok menu memang rambang mata.. tak tau nak order yang mana.. semua nampak sedap...



Serentak dengan pembukaan kedai baru di Mid Valley ni, 4Fingers baru saja menyambut ulangtahun yang keenam..



Ketua Pegawai eksekutif 4Fingers iaitu Mr Steen Puggaard berkata dalam industri F&B pengguna menumpukan pada jenama yang menawarkan makanan yang jujur, lazat dan sihat.


 4Fingers telah berjaya memenuhi selera para pelanggan sejak ianya dibuka di ION Orchard pada November 2009.Fokus utama mereka adalah kualiti iaitu dengan menghidangkan ayam yang segar dan bebas dari bahan pengawet serta MSG.


Pelanggan akan sukar membuat pilihan dengan pelbagai menu yang disediakan...

Chicken Drumstick 6pcs RM 39.50

Crispy Calamari RM 17.90 (ala carte) / RM 22.90 (set)

Mushroom & Tofu Salad RM 14.90 (ala carte) / RM 19.90 (set)

Battered Shrimp RM 17.90 (ala carte) / RM 22.90 (set)

Kimslaw (House made kimchi coleslow) RM 6.90

Nak try kelainan rasa ayam goreng? bole la cuba 4Fingers...

LG-074A, 
Lower Ground Floor Mid Valley Megamall Lingkaran Syed Putra, 
59200 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Daily, 10am to 10pm
Website: www.4fingers.com


No comments:

Post a Comment