22.12.15

Aiskrim sedap di FRESHY FREEZE ICE CREAM!

22.12.15,Tuesday, December 22, 2015

 Aku ni memang la penggemar desert.. lebih-lebih lagi kalau Aiskrim.. kalau dapat tu rasa macam.. . bestnya....

Sape kat sini suka Aiskrim gak? Kita geng ye.. hihihi..

Baru-baru ni aku sempat la try Aiskrim kat Freshy Freeze Ice Cream... Mula-mula tu aku ingatkan Aiskrim ni sama je dengan Aiskrim yang aku dah biasa makan.. tapi.. bila sampai sana.. baru aku tau.. yang Aiskrim ni lain sikit... 

Kat sini, diaorang akan buat Aiskrim yang kita pesan live depan mata tau.. kalau korang nak try buat pun bole.. nampak simple je.. tapi bila dah masuk semua perisa.. erm.. yummy...


Kena ada kuali ais macam ni untuk menggoreng Aiskrim.. tapi bukan la pakai api.. tapi pakai ais tau untuk goreng...


Masukkan campuran untuk buat Aiskrim..


Kacau dan uli dia atas kuali khas ni..


Buat sampai jadi bentuk Aiskrim...


Masukkan perisa..


Mixkan.. dan siap...


Ada macam-macam jenis Aiskrim kat sini.. bole try dan aku rasa mesti korang tak menyesal sebab Aiskrim ni sedap sangat...


Ni adalah Aiskrim yang bole dikira Signature Dish kat sini... aku pun suka sangat Strawberry Cheese Cake ni.. rasa lemak berkrim dan rasa masam dari Strawberry tu memang gandingan serasi.. makan plak dengan cheese cake yang super lembut tu.. memang melting sangat... Sepinggan ni cuma RM 25 dan bole share 2 orang. Untuk aku yang penggemar Aiskrim dan Cheese cake ni memang rasa tak cukup.. hahaha...


Ni plak Minty Chocolate (RM 25) .. kalau korang tengok rupa mesti ingat Aiskrim ni just rasa coklat kan? Eh.. tak la.. walaupun nampak coklat tapi Aiskrim ni adalah gabungan Coklat dan Mint.. rasa sejuk dan berangin je... makan plak ngan strawberry tu.. memang terangkat la.. terliur plak bila kenangkan aiskrim ni...


Banoffi (RM 25) ni macam ada 3 lapisan.. lapisan bawah ada Oreo Crush, lapisan kedua ada pisang dan lapisan ketiga Aiskrim karamel.. ditambah pulak dengan krim vanila dan serbuk koko... gandingan pisang dan karamel memang tak dapat disangkal lagi.. sedap amat...

kredit : Sally

Ni plak, Belgian Chocolate .. Belgian Chocolate RM20 medium RM24.50 large, with almond & oreo .. yang ni ada rasa coklat oreo dan ada kacang badam dalam tu... sambil makan aiskrim sambil kita bole rasa kerangupan kacang tu...

kredit : Sally

Kat mana nak dapatkan Aiskrim sedap ni? Ala.. tak susah pun.. kat NU Sentral je pun.. sambil-sambil nak tunggu train tu.. apa kata singgah je kat NU Sentral dan makan Aiskrim dulu.. hilang stress tunggu train kan?

kredit : Sally

kredit : Sally
Untuk tengok keterangan lanjut, korang bole terjah kat sini:



2 comments: