23.12.15

FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 1

23.12.15,Wednesday, December 23, 2015

Sape suka Jalan-Jalan Cari Makan? Tak kisah la kat mana. Aku ni bole dikategorikan jenis yang macam tu. Bila dengar je ada satu kedai tu baru bukak atau sedap, aku mesti akan pergi try.

Sebab tu la bila Ruby letak kat FB pasal Food Trail Putrajaya aku terus nak join. Tapi, masa mula-mula nak join tu ada konflik gak.. ye la, hari kerja.. Tapi demi kerana nak menerjah tempat makan best kat Putrajaya. Aku sanggup tau ambik cuti 3 hari. hihihi.


Selama 3 hari iaitu pada 16 hingga 18 Disember 2015 kami geng blogger dan media berkampung kat Putrajaya. 
Kalau sape follow Instagram aku mesti nampak macam-macam makanan yang aku upload. Maaf ye kalau buat korang terliur.

First time aku join event dengan Gaya Travel ni. Memula macam segan, tapi bila dah lama kenal.. semua dah macam family.. happening giler.


Food Trail Putrajaya bermula di Putrajaya Sentral. Kami semua kena berkumpul kat sana. Tapi, bukan saja-saja tau jumpa kat sana. kami ada task. Kami diberi RM 10 oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours dan kami perlu membeli sarapan pagi dengan duit tu. Sape kata tak boleh makan sedap dengan RM 10? Kat Putrajaya Sentral ni ada macam-macam jenis makanan. Pilih je. semua murah dan kebanyakannya adalah bawah RM 10.



Untuk pagi tu, aku teringin nak makan western. Aku makan kat Kiosk 23rdHotdog. Aku ambik set Formaggio (Double sausage & Creamy Cheese), air teh bunga dan Fun Fries. Satu set cuma berharga RM 9.90. Alhamdulillah kenyang.



Selain dari kiosk 23rdHotdog.. ada banyak lagi kiosk kat sana.. semua menarik dan nampak sedap..





Bila semua dah kenyang, kami pun turun ke tingkat bawah untuk naik Bas Nadi Putra nak ke hotel. Tapi sebelum tu, ada satu kiosk yang nak blanja kami makan. Yeay.. Kiosk Enakkk. Kat sini kami diberi rasa Hotdog, Pizza dan Bun. Yang bestnya pizza kat sini guna sos rendang. Memang bercitarasa Malaysia. Dah la roti pizza dia lembut. Aku siap makan 2 slice pizza. 1 pizza ayam, satu lagi pizza seafood. Dua-dua sedap. Sebelum balik tu, owner Enakkk siap bekalkan kami dengan roti lagi.. aku dapat roti chicken floss.. sedap.Kalau korang lalu atau singgah Putrajaya Sentral, jangan lupa singgah kisok ni. gerenti x menyesal.Lagipun semua roti dan pizza dibuat sendiri oleh tuan punya kiosk ni tau.. Dijamin bersih dan halal...








Dah selesai makan, perut pun dah kenyang. kami semua menaiki Bas Nadi Putra untuk ke Hotel Everly Putrajaya. Penginapan Rasmi kami kat Putrajaya sepanjang 3 hari 2 malam ni.



Hotel The Everly ni terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di sebelah Pusat membeli-belah Alamanda. Dari hotel, bole jalan kaki je nak ke sana.


Kalau korang nak menempah hotel last minit, jangan lupa download apps Hotel Quickly. Korang bole booking melalui apps ni. walaupun booking last minit, tetap ada diskaun tau. Tak caya? Try la ..


Sampai je kat hotel, bilik blom siap lagi untuk kami check in. So, kami tinggalkan bag kat lobi hotel dan naik semula ke Bas. Untuk Lunch, kami semua ke PICC Putrajaya. Sebelum ni aku pernah datang sini untuk ambik exam tapi tak pernah makan kat sini.Ni kira first time la nak merasa. 

Tapi sebelum lunch tu, kami ada beberapa aktiviti yang best iaitu demonstrasi masak lala Berlada oleh Ketua Chef PICC dan menghias roti Jala.









Dan yang menariknya kat sini, kami semua diberi task untuk deco pinggan roti jala kami dengan sos vanila dan jam yang dah diwarnakan dengan warna hijau dan merah. bagi aku yang tak kreatif ni, ni je la hasilnya. Bole la kan. hahaha.. dah hasil cam tu, tentu-tentu la aku tak menang kan.. takpe la, at least aku ada pengalaman. dah selesai mendeco, tiba la masa untuk Makan... Macam-macam jenis makanan ada.. rambang mata dibuatnya.. yang pastinya, Lala Goreng Berlada memang best...








Selesai makan, kami semua dibawa jalan-jalan sekitar PICC. Besar betul kawasan tu. letih jugak la berjalan pusing satu bangunan tu. masa kami kat sana, pihak PICC tengah buat persiapan sebab PM kita datuk Seri Najib nak datang. Tapi, kami tak sempat jumpa pun sebab masa kami habis pusing tu PM blom sampai.






Dah habis pusing-pusing di PICC, kami semua pun balik ke Hotel Everly.. Aku dapat tingkat 7. Bestnya.. dapat katil sorang satu.. aku sebilik ngan blogger comel n pemes Fatin Bella ...




Dah puas mandi dan berehat, dalam pukul 6 petang tu kami semua dibawa ke Medan Selera Presint 9. Dah lama aku tak datang sini. dah banyak perubahan. Macam-macam makanan ada sampaikan tak tahu nak makan apa. Jalan punya jalan, aku nampak gerai jual Kacang Pool dan  gerai ni adalah Cawangan dari Kacang Pool yang Pemes kat Balai Bomba Larkin tu. Kacang Pool tu sekali dengan roti bakar. Aku baru kali kedua makan kacang Pool ni dan bagi aku yang ni lagi sedap dari yang aku makan sebelum ni kat tempat lain. Kalau korang ke Medan Selera Presint 9, jangan lupa try tau.





kami semua beli benda berbeza.. so, bole la kami rasa mana yang sedap.. tapi serius cakap kacang pool memang sedap... yang lain-lain pun not bad.. char koay teow, sate, nasi kukus ayam dara, mee rebus... bole kata semua best la.. tak caya? cuba try.. gerenti puas hati..





kat sini kami diberi tugasan untuk buat video tentang makanan kat medan selera Presint 9.. kalau ikutkan lawak je video aku.. nak tengok? bole tengok kat Instagram aku.. @eyzamiel

Kat Medan selera ni jugak ada disediakan kemudahan tandas dan surau. So, korang jangan risau terlepas solat ke apa. Bole je solat kat sini.

Dah habis makan, kami pusing-pusing kat Dataran Putrajaya lepas tu balik ke hotel. Lega dapat baring-baring kat hotel sambil tengok TV. Ni baru hari pertama. hari kedua dan ketiga aku citer kat next entry ye..

#EatTravelWritePutrajaya
#GayaTravel
#PPJ
#PerbadananPutrajaya

kredit :

4 comments:

  1. Ya Allah sedapnyaa semua makanannnn... Terliur dah ena tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina.. apa lagi.. Misi mencari makanan best kat Putrajaya plak pasni.. hihihi

      Delete
  2. Wah bestnye....makan-makan, jalan-jalan....memang terbaik lah....terliur tengok pic makanan yg disediakan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. best sebab tak sempat lapar makan lagi.. hihihi..

      Delete