28.12.15

FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 3

28.12.15,Monday, December 28, 2015
Untuk hari terakhir kat Hotel Everly ni, kami sarapan dulu kat hotel.


Kali ni aku ambik jugak Nasi Lemak sebab ramai yang cakap sedap. Nasi lemak memang sedap cuma sambal pedas sikit. Tapi aku ok je sebab aku ni memang penggemar pedas.


Selesai makan, dalam pukul 10 pagi kami semua check out dari hotel dan terus ke destinasi berikutnya, Only Mee . Restoran Only Mee ni terletak Di Marina Putrajaya dan baru beroperasi selama lebih kurang 3 bulan.



Kat sini, 4 dari 6 mee yang dijual dibuat sendiri di Only Mee. Kami juga dapat tengok demonstrasi buat Mee live depan mata.

mesin yang digunakan untuk membuat mee..


acuan yang digunakan untuk buat wantan mee
mee dah keluar

Annahita volunter nak belajar buat mee..

4 jenis mee yang diproses sendiri kat sini ialah Ramen, Wantan Mee, Pan Mee dan Spagethi. Untuk laksa, Only Mee ambil dari pembekal.


Ada pelbagai pilihan kuah kat sini.. Antaranya ada tomyam, sup dan kari.

Memandangkan Hari Jumaat, kami yang perempuan ni menunggu je kat Restoran Only Mee sampai la budak lelaki balik dari sembahyang. Selesai semua tu, kami pun gerak ke Pasar Tani Putrajaya di Presint 2. Awal diaorang bukak gerai. Pukul 3 dah ramai yang bukak.



Macam-macam gerai ada kat sini. Dah la harga murah.. rambang mata kami... Tapi, kat sini kami diberi task untuk cari gerai yang menjual cekodok... Finally jumpa, terus semua orang serbu gerai Nadjimi Peneram. Glamer kejap abang tu. hihihi..


Mengikut kata owner gerai, selalu diaorang buat 10 jenis cekodok. Tapi hari tu cuma buat 6 je. Banyak kan? Ada Cekodok Durian, Labu, Pisang, Jagung, Udang dan Bilis. Aku sempat beli cekodok ni. Campur2 perisa. Memang sedap lebih-lebih lagi cekodok labu ngan pisang. mabeles.

Selain dari gerai cekodok, aku sempat jugak gi satu gerai yang jual lemang dan rendang tok. Owner dia siap letak sample untuk kita rasa. Sedap tau. Aku sempat jugak beli lemang, rendang tok dan rendang ayam.






Selesai di Pasar Tani, kami menuju pulak ke Monumen Alaf Baru. Dengar kata, kat sini la TUN MAHATHIR simpan kapsul wawasan 2020.


Kat sini juga, ada tertulis sejarah Malaysia yang tertulis di cermin sebelum kita naik ke Monumen ni.



Kawasan kat sini hijau dan sesuai untuk photoshot. Kami apa lagi, terus je berbaring atas rumput. hihihi..

Selesai berphoto gedik kat situ.. kami pun terus menuju ke lokasi terakhir untuk Food Trail ni.. iaitu di Spring Garden Restaurant yang terletak di Taman Botani Putrajaya.. Kat sini lokasi untuk kami Dinner dan Majlis Penyampaian hadiah untuk setiap task yang kami buat selama 3 hari kat Putrajaya ni..










Kat sini juga aku dapat pengalaman gaul Yee Sang.. selama ni kalau Chinese New Year je aku akan nampak orang ramai-ramai akan sepakat dengan gaul Yee Sang ni.. Sekarang dah x perlu tunggu Tahun Baru Cina, Kat Spring Garden ni sentiasa ada.. Sedap jugak sebab ada campuran buah-buahan dalam tu...



Alhamdulillah. aku menang 2 task.. Task kat Taman Botani dan Task kat Spring Garden.. Alhamdulillah...

Selesai Majlis penutup, kami semua gerak balik ke Hotel Everly untuk ambil barang dan balik rumah masing-masing. 

Dengan uncle Mat Salleh.. Pemandu Pelancong kitaorang selama 3 hari kat Putrajaya.. Sporting..
Happy sangat sebab dapat pengalaman best dan tak ternilai sepanjang Food Trail ni.. Dapat kawan baru dan pengalaman baru. Kalau ada lagi program macam ni memang aku akan join sebab pengalaman macam ni bukan senang nak dapat dan tak bole dijual beli.. Bye..

#EatTravelWritePutrajaya
#GayaTravel
#PPJ
#PerbadananPutrajaya

kredit :














4 comments:

  1. bestnya eyza dapat jalan-jalan..yang paling best sebab dapat makan sedap-sedap tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekali release stress dengan makan. hihihi. Rupanya banyak tempat best kan Putrajaya ni. kalau tak join program ni eyza pun tak tau.

      Delete
  2. Replies
    1. Masa makan buah tu paling best. fresh dari pokok. hihihi

      Delete