8.12.15

Mamee Cool Tea menyegarkan

8.12.15,Tuesday, December 08, 2015
Sape suka makan Mamee? Aku tahu ramai yang suka kan.. dari aku kecik lagi Mamee dah ada.. Kiranya, Syarikat Snek yang terbesar di Malaysia iaitu MAMEE Double-Decker (M) Sdn. Bhd (‘MAMEE’) telah lama bertapak dan makin berkembang maju di Malaysia.



Baru-baru ini, aku sempat ke RUYI & LYN kat Bangsar Shopping Centre untuk event MAMEE… MAMEE Double-Decker (M) Sdn. Bhd telah bekerjasama dengan DyDo DRINCO, INC (‘DyDo’) , salah satu pengeluar minuman tanpa alcohol yang terkemuka di Jepun untuk mengubah landskap perniagaan minuman . 

Ucapan dari Tan Sri Pang Tee Chew, Group CEO of Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd

Ucapan dari Mr Tomiya Takamatsu, Group CEO of DyDo DRINCO, Inc.


Mamee telah mengukuhkan kedudukan sebagai pengeluar   makanan ringan di Malaysia. Antara produk yang menjadi kegemaran ialah MAMEE Monster Snack, Mister Potato Chips dan MAMEE CHEF.
Kerjasama antara MAMEE dan DyDo ini merupakan kejayaan untuk kedua-dua syarikat besar ini. 




Pada majlis ini,MAMEE  telah melancarkan MAMEE DyDo Cool Tea iaitu minuman herba untuk membantu mengekalkan tubuh secara semula jadi sejuk dari cuaca panas dan makanan pedas.MAMEE DyDo Cool Tea digabungkan dari 8 ekstrak semulajadi herba yang berasal dari Mesona Chinesis, Liquorice Root,Daun Lotus, Bunga Honeysuckle,Bunga Chrysanthemum ,Daun Mulberry, Selfheal dan Grosvenor Momordica yang amat sesuai untuk menyejukkan badan.


Pada majlis tu jugak, kami dihidangkan makanan yang sangat pedas dan minuman Cool Tea… Memang kombinasi yang menarik. Dengan rasa pedas dalam mulut, air Cool Tea memang sangat-sangat menyegarkan dan menghilangkan rasa pedas dan panas dalam mulut.


Rasa air Cool Tea ni pun sedap.. aku paling suka Cool Tea yang warna kuning.. Teh Herba + Chrysanthemum… lepas minum memang rasa lega sangat kat tekak..

2 hari lepas, badan aku panas macam nak demam.. nasib baik stok Cool Tea ada lagi kat rumah.. bukak setin, minum… Alhamdulillah, panas badan turun n tak jadi demam.. memang berkesan…
Apa kata korang cuba.. gerenti puas hati.. sedap tau..







Nak dapatkan kat mana? La..Banyak kedai yang jual.. kat 7e, Supermarket, Hypermarket, Kedai runcit dan stesen minyak… korang gi je cari kat sana.. mesti ada.. ok.. lepas ni kalau makan durian ke, makan pedas ke ataupun panas hati sebab sangkut dalam jammed bole la minum Cool Tea.. Gerenti korang Cool.. hihihi…


2 comments:

  1. PERGHHHH! dia dah up entry...kahkah...tapi serius laaa...mmg air herba ni elok utk panas dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mood rajin tengah datang..

      Delete