28.1.15

Dinner bertemakan Bollywood di Kampung Pengantin

28.1.15,Wednesday, January 28, 2015
Yeay... akhirnya mood aku nak update blog dah sampai.. hihihi... sori sangat... dah lama terbengkalai blog ni macam tak bertuan.. :)

Ha.. kali ni aku nak citer pasal Dinner Opis aku... Tapi................ Sebenarnya kan... Event ni dah lama... lamaaaaaaa sangat.... tapi ok la kan.. janji aku up jugak kat blog picisan aku ni...

Dinner ni sekali dengan Majlis Jasamu Dikenang.... Buat sekali harung.. ok la tu... Yang bestnya.. tema kali ni.. adalah BOLLYWOOD.. 

Mula-mula masa tau tema ni.. garu kepala gak la kami.. takkan la nak beli sari plak.. pas dinner sape plak nak pakai...Nasib baik la... masa tu dah dekat-dekat dengan Deepavali.. so, banyak la barang2 bertemakan Bollywood ni tengah sale... Tapi.. dok pikir jugak... baju apa yang aku nak beli? ada ke plusize.. macam-macam dok pikir.. kalau pakai baju biasa macam x best plak.. x ikut tema..

Dalam tengah dok buntu tu.. tetiba ada membe bagi cadangan yang bernas... TING! dapat idea.. apa la yang kami dok susah-susah... baik kami pinjam jer kat akak India kat opis ni.. dia mesti banyak sari kan... bila tanya kat dia, dia kata boleh.. banyak koleksi sari... Yeay.. selesai satu masalah... esoknya, dia bawak sari macam-macam kaler... pilih je mana yang berkenan..ada yang dah siap jahit, ada yang kena lilit sendiri... masa tu baru aku tau, sari pun ada instant gak.. senang jer kan sekarang ni.. semua dah mudah... aku mesti la kena ambik yang blom jahit, sebab akak tu kecik jer.. kalau ambik yang instant mmg tak muat la.. :)

Aku pilih sari kaler pink.. walaupun kaler pink tu agak berkilau-kilau n agak over.. tapi, disebabkan kaler pink.. aku redha jer pakai... untuk aksesori, kami gi shopping kat Jalan Masjid India.. pilih jer.. macam-macam aksesori ada.. mahal ke murah ker.. pilih je kat situ..nasib baik dekat ngan opis..

Majlis tu buat hari Jumaat malam... hari bekerja... so, semua siap kat opis jer.. senang.. bawak barang-barang mandi  n mandi dulu kat opis.. nasib baik la membe kami, Ekin tu pandai mekap.. semua orang tadah muka jer kat dia.. tapi kesian gak la kat dia.. semua dah cantik, baru la dia terkocoh-kocoh nak mekap muka sendiri... Pas dah siap semua.. kami pun gerak la ke Kampung Pengantin.. wah.. bole tahan happening jugak la... setiap Bahagian wajib buat persembahan.. Ada yang buat tarian, nyanyian , fashion show.. macam-macam la.. bahagian kami buat nyanyian jer.. tapi bukan la kami yang menyanyi.. geng-geng budak lelaki.. kami ni semua pemalu.. *uwek*














Alhamdulillah.. majlis memang happening.. Pengarah pun sporting.. siap menari-nari sekali bila dengar lagu.. Maklumla lagu hindustan.. penghujung majlis.. semua orang naik atas pentas.. menari ramai-ramai.. memang fun la...


Last but not least.. mesti la ada gambar heroin hindustan ni kan... hihihihi...

17.1.15

First time aku sampai ke Felda Chemomoi, Pahang

17.1.15,Saturday, January 17, 2015
Ni citer sebulan yang lalu..  macam biasa la.. aku kan ratu peram entry.. so, paham-paham je la yer.. hihihi..

Korang pernah pergi Felda Chemomoi? Aku ni baru pertama kali sampai.. tu pun sebab membe opis aku kawen kat sana.. kalau tak, memang tak sampai la jawabnya...

Kami pergi ramai-ramai.. semua geng opis.. naik sebiji van jer.. senang.. lagipun perjalanan jauh kan.. pergi ramai-ramai ni best.. happening sikit...

Pagi-pagi semua dah berkumpul kat opis..parking jer kereta masing-masing kat situ.. dah tau mmg selamat...Dalam pukul 10 lebih baru gerak ke sana.. Perjalanan ke Felda Chemomoi lebih kurang 3 jam... ramai gak la ahli rombongan yang pening dan mabuk sebab jalan yang berbengkang bengkok.. aku Alhamdulillah.. still maintain..  aku dok ralit tgk pemandangan kampung.. sejuk je rasanya..

Sampai sana dalam pukul 1 lebih.. jumpa pengantin dulu.. pastu makan.. yang bestnya kat kampung ni.. diaorang masih lagi amalkan gotong royong... Tuan rumah tumbangkan sekor kerbau... macam-macam jenis lauk.. sampai tak tau nak makan yang mana.. semua lauk pauk sedap plak tu... dan ada sesuatu yang aku rasa agak unik dan best..... Tuan rumah sediakan 10 jenis air minuman.. ada cendol, air jagung. teh bunga, milo n macam2 la.. sampai tak tahu nak pilih air mana.. semua nampak best..

bila dah kenyang.. borak-borak jap sementara tunggu pengantin lelaki datang.. Masa pengantin bersanding, aku n gang pun sibuk nak menepung tawar gak.. hihihi.. lama tak buat tu.. best tau sebab dapat bunga telur...

Habis pengantin bersanding, apa lagi.. acara bergambar la.. kitaorang jer yang dok penuhkan kawasan pelamin tu.. xde can orang lain.. riuh rendah dibuatnya...





Dah habis kami dok ber'photo' gediks.. kami pun gerak la balik KL.. tapi, dah alang-alang sampai.. kami balik ikut Kuala Pilah sebab nak beli daging salai... Memang terbaik la daging salai Kuala Pilah.. lembut jer.. berbaloi... :)

16.1.15

REALASH EYELASH SERUM : Berkesan atau tidak?

16.1.15,Friday, January 16, 2015

Maaf sangat sebab lambat nak cerita tentang Realash Eyelash Serum ni.. Mesti ramai yang nak tau samada produk ni berkesan atau tak.. Ok..ok.. meh sini aku citer...  Tapi sebelum tu, korang kena la baca entry sebelum aku guna produk ni ...  klik sini : Realash .... 


Ramai yang tanya aku kat komen dan email tentang produk ni... Ok, memandangkan aku tak sempat nak jawab email sorang-sorang.. aku tulis la review aku kat sini yer.. senang untuk korang rujuk...

Ada yang tanya.. Berkesan ke produk ni? Ada perubahan tak? Aku puas hati tak? Macam mana nak beli produk ni? Sabaq ya.. jap-jap.. aku tulis kat sini satu-satu...

Aku tau.. ramai yang bulu mata tak lentik kan? bukan setakat tak lentik.. ada tu bulu mata tak berapa ada sampaikan kkdg ingatkan dia xde bulu mata.. ada sebenarnya cuma pertumbuhan dia tak berapa menggalakkan... So, untuk sesiapa yang ada masalah macam tu.. aku memang rekemen Realash Eyelash Serum ni.


Alhamdulillah.. aku serasi ngan produk ni.. Bulu Mata pun makin panjang dan lentik gitu... tu pun aku jarang pakai, kalau selalu pakai, maunya lagi panjang dan lentik... kalah bulu mata pelakon Bollywood nanti.. hihihi...


Cara nak pakai pun senang jer.. memandangkan serum ni dalam bentuk cecair, korang sapu2 je kat bulu mata macam pakai maskara tu.. pastu biar je la...

Setakat aku guna, aku memang puas hati sangat-sangat.. Bulu Mata aku makin panjang , lebat dan lentik... dah tak payah pakai maskara.. semulajadi gitu...

Ada juga yang tanya aku macam mana nak beli produk ni.. ha.. meh sini aku terangkan step by step...

1. Mula-mula, masuk web page Realash ... klik sini  . Kat situ korang boleh pilih nak English atau BM..


2. Pastu klik kat Order Now ..


3. Pilih Pakej mana yang berkenan dihati.


4. Dah pilih, Isi detail kat borang yang disediakan.


5. Pilih cara pembayaran dan tekan ORDER NOW. Pastu, dia akan bagitau step by step.. follow jer.. dan pastu tunggu barang sampai depan rumah.. 



So, apa tunggu lagi.. kalau nakkan bulu mata yang cantik dan melentik jangan lupa order yer.. Selamat Mencuba..

14.1.15

River Island Online Kini di Malaysia

14.1.15,Wednesday, January 14, 2015
Jika anda merupakan seorang penggemar fesyen yang tegar dan gemarkan gaya British, pastinya River Island bukanlah sebuah jenama yang asing bagi anda. Jenama dari UK yang cukup popular ini buat pertama kalinya melebarkan legasi di Asia Tenggara dan memilih ZALORA Malaysia sebagai platform yang pertama.

Koleksi pakaian kasual untuk lelaki dan wanita yang cukup trendy ini boleh anda miliki secara online dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Selain koleksi pakaian, River Island online juga membariskan koleksi beg dan kasut yang berkualiti serta pelbagai pilihan aksesori yang terkini!


Naik taraf citarasa anda dengan memiliki koleksi kemeja dan t-shirt River Island yang semestinya diperbuat daripada fabric-fabrik berkualiti untuk pemakaian yang selesa sepanjang hari. 





Bagi wanita pula, River Island menawarkan koleksi tops, blouse dan dress yang cukup trendy dan pastinya akan menyerlahkan lagi gaya serta penampilan anda.





Tunggu apa lagi? Layari laman web ZALORA Malaysia sekarang juga untuk koleksi street wear dari River Island dengan tawaran harga yang cukup berpatutan serta nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda.



9.1.15

Fenomena Goreng Pisang Cheese

9.1.15,Friday, January 09, 2015
Korang perasan tak.. sekarang macam ada satu musim.. macam dulu.. orang selalu kata musim buah rambutan la.. buah durian la... buah cempedak la.. tapi sekarang ni, orang dah tak heran ngan musim buah sebab sekarang ni trend makanan bermusim...

Ha.. paham dak? Macam ni.. dulu kan, masa demam Pavlova.. bole kata semua orang teringin nak rasa.. ramai jugak penjual yang sebelum ni jual benda lain, sanggup belajar buat pavlova sebab permintaan yang tinggi.. selain tu, ada demam macaron la, demam red velvet la.. cheese leleh la.. mangga asam boi la... sekarang ni pulak, tengah musim goreng pisang cheese... boleh kata ada jer orang jual.. penjual yang sebelum ni hanya jual goreng pisang jer pun, sanggup jual goreng pisang cheese jugak sebab permintaan yang tinggi dari 'peminat' ...

Sebenarnya. Pisang goreng cheese ni mmg dah terkenal kat Indonesia sana.. kat malaysia pun sebelum ni dah ada.. cuma kebelakangan ni jer semakin ramai yang suka dan jual.. tu yang jadi femes tu.. mungkin jugak sebab adanya teknologi macam fb ngan instagram buat produk ni makin laku..

Contohnya, aku beli Pisang Cheese... masukkan dalam insta.. kawan2 tanya beli kat mana.. pastu kita bagitau.. esok kawan gi beli.. dia plak masukkan dalam insta atau fb.. kawan dia plak tanya.. ha.. kan dah jadi berangkai kan... kira tu jugak salah satu promosi untuk kedai tu.. hihihi...

Aku pun dok asyik tengok jer orang update, mesti la terliur jugak.. nasib baik la kat Area Umah aku ni ada orang jual.. try berenti beli.. Aku beli dua jenis, satu Pisang Cheese dan satu lagi Pisang Cheese Coklat..

Pisang Cheese

Pisang Cheese Coklat
Dua-dua sedap..  Puas hati la... yang Pisang Cheese tu sebekas RM 5.00 dan Pisang Cheese Coklat sebekas RM 6.00 .. 

Kalau ada yang duduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, dan nak try jugak.. korang bole try kat gerai Goreng Pisang Cheese ni.. berdekatan dengan Parking Pasaraya HERO Bandar Sri Permaisuri.. Selamat mencuba.. :)

8.1.15

GIVEAWAY : SAYA NAK L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

8.1.15,Thursday, January 08, 2015
Nak join? klik Banner kat atas ni.

kali ni aku nak join lagi satu GA, syarat-syarat penyertaan sangat mudah, you alls just follow je. jom intai apa yang u alls kena buat :

1. FOLLOW blog mama lynn ni  (wajib tunjukkan bukti) - DONE

2. FOLLOW FB mama lynn (Lynn Kamarul)  - DONE

3. Buat entri bertajuk GIVEAWAY : SAYA NAK L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM - DONE

4. tempek banner di atas dalam entri u alls, - DONE
5. Lengkapkan slogan "SAYA NAK L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMMING SERUM KERANA saya nak kurus macam zaman bujang dulu. Sekarang ni baju semua dah tak muat, tak tahu la samada baju yang makin mengecil atau eyza yang makin mengembang. Lagipun dah lama teringin nak try L'AROME ni sebab banyak testimoni yang berkesan dan berjaya kurus.Nak jugak cantik untuk suami. :)

Notakaki: Ok.. semua syarat dah dipenuhi.. Harap-harap ada la rezeki untuk GA kali ni..

5.1.15

Pertandingan Boling di U-Bowl, One Utama

5.1.15,Monday, January 05, 2015
Ya Allah... banyak lagi citer tahun lepas yang masih tak habis aku update.. hahaha.. I'm sorry.. nak update.. tapi kadang2 penyakit 'M' datang.. tu yang pending lama tu.. :)

Ok.. Untuk Tahun Baru ni.. aku berazam nak lebih aktif berblogging.. hihihi.. harap-harap la tercapai.. *matakeatas*

20 Disember hari tu.. Opis aku ada buat Pertandingan Boling untuk staf n family.... Pertandingan ni dibuat hanya untuk suka-suka..kiranya ni macam mini family day la.. Kami buat kat U-Bowl, One Utama.Ala.. shopping mall yang kat sebelah TV3 tu..


Aku n gang pun masuk jugak tau.. Nama group kami "Girls Power".. hahaha.. Girl la sangat.. saja masuk suka-suka.. best ramai-ramai ni.. meriah..

Aku, achik, Ekin ngan Hariz naik satu kereta sebab hubby tak pergi.. kena kerja.. xper.. no hal la.. pukul 8.30 pagi si Hariz tu dah memekak suruh cepat sebab dia dah lapar.. nak ajak makan dulu.. ok, fine.. kami gi makan dulu, baru gerak gi One Utama..

Sampai sana, pihak U-Bowl tak habis bersihkan lagi Lane.. boring plak dok saje.. nampak bebudak laki main Snooker.. Kami pun x nak la ketinggalan.. nk main jugak... walaupun tak pandai..hihihi.. Murah jer.. 1 game 5 hinggit.. bole la.. isi masa..


Tak pandai main xpe.. yang penting gaya mesti ada.. hihihi..


Nasib baik ramai sifu yang bagi tunjuk ajar.. walaupun ada yang aku main terjah jer tolak kayu...






Dalam pukul 10 lebih baru la Boling start... kami dapat lane no 10..


Masa game pertama ngan kedua, group kami macam ada harapan jer nak menang.. tapi... masuk jer game ketiga.. semua merudum.. tangan dah sakit...


Ni la team "Girls Power".. agak-agak power tak?

Keputusan akhir... team kami tak menang.. tapi Maira dapat no 2 untuk jatuhan pin terbanyak (wanita).. ok la tu kan.. dan yang paling tak bole blah.. ada hadiah untuk peserta yang masuk longkang terbanyak.. dapat hamper besar lagi.. kalau aku tau ada hadiah, baik aku bagi masuk longkang jer... hahaha...

Lepas kitaorang habis main... team TV AlHijrah pulak ada Tournament.. tak sangka plak Faizal Ismail ada sekali.. sempat la bergambaq dengan orang Kampung Ceq ni... :)







Kebetulan plak malam tu ada Final Bola.. Malaysia vs thailand.. membe aku tolong belikan tiket... nasib baik la dapat... balik main boling sepatutnya aku gi tgk bola ngan hubby.. tapi, last minit.. adik aku datang umah.. aku tak dapat la join.. hubby pergi ngan kawan dia je la..




Happening n Fun giler.. harap tahun depan bole buat yang lagi kebabom.. :)