30.6.15

Setan kena ikat, diaorang ni pulak jadi SETAN!

30.6.15,Tuesday, June 30, 2015


Ya Allah.. Berderau darah aku bila baca whatsapp adik bongsu aku kat group family tadi... Dia baru lepas kena samun... Allahahuakbar.. selepas kejadian umah family aku kena rompak dulu.. aku harap sangat kejadian buruk macam ni takkan jadi lagi kat family kami... Tapi, hari ni jadi lagi kat adik bongsu aku...

Adik aku kerja Cikgu Tadika dan memang dia akan keluar awal sbb tadika tu ada Nursery sekali.. Kena datang awal sebab ada parent yg hantar anak pagi-pagi sebelum diaorang pergi kerja.. Dekat je rumah sewa dia dengan Tadika... bole jalan kaki je.. selalu tak ada apa2.. hari ni, benda nak jadi... selalunya dia jalan berdua ke tadika tapi pagi ni dia terlewat sikit.. yg lain dah pergi.. terpaksa dia jalan sorang2.. Tak sangka plak penyamun tu dok ada kat situ... Adik aku kata, 2 orang naik motor.. n diaorang letak parang kat leher dia... n adik aku pun terpaksa serahkan barang-barang dia semua.. dari nyawa melayang, baik la bagi...

Sekarang ni dia kat Balai Polis.. Buat report.. nasib baik adik ipar aku ada.. terpaksa la adik ipar aku el.. bawak adik bongsu gi settle semua...

Dan kat balai tu jugak, ada sorang abg ni pun buat report.. rupanya dia terlanggar penyamun tu... dan penyamun tu trs keluarkan parang dan hentak-hentak van suruh abg tu keluar... Abg ni takut trs gi Balai.. Beraninya diaorang.. Dah la menyamun di Bulan puasa... Adik aku kata Melayu yang samun.. Buat malu jer.. orang hari baik bulan baik ni buat amal ibadat.. diaorang pulak buat jahat.. setan kena ikat, manusia plak jadi setan.. kalau nak cari duit raya pun, jangan la dengan cara macam tu..

Zaman sekarang ni memang tak boleh percaya.. patut la ramai orang belasah je kalau dapat peragut atau penyamun ni.. memang buat kita geram je... aku kalau tgk orang naik motor n nampak mencurigakan aku dah mula risau dah.. moga polis dapat tangkap penyamun tu dan kenakan hukuman yang setimpal... 


27.6.15

Noni AlQurma LivYoung makanan tambahan yang sedap dan menyegarkan

27.6.15,Saturday, June 27, 2015
Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari ke sepuluh kita berpuasa... dan Syukur jugak tahun ni walaupun panas tapi aku still bertenaga untuk buat aktiviti-aktiviti luar... 

Korang ada ambik apa-apa Supplement tak untuk Ramadhan ni?... Aku ni jenis yang malas nak makan ubat-ubat bagai... tapi.. aku suka yang jenis minuman.. senang.... selalunya aku minum Pati Delima tapi untuk Ramadan kali ni aku teringin plak nak try Pati Kurma... Dan Pati Kurma yang jadi pilihan aku dah tentu la NONI ALQURMA dari LivYoung... Ala.. yang Dafi jadi Duta tu.... Produk ni halal dan terjamin bersih.. sebab tu la aku minum...


LivYoung Noni Al-Qurma ni adalah campuran khas yang menggunakan 2 jenis buah yang paling berkhasiat di dunia iaitu Noni dan Kurma. Bahan Utama terdiri daripada enzim Noni 100% Tulen dan LivYoung yang mengandungi lebih daripada 150 jenis nutrien penting termasuk kandungan antioksidan yang paling tinggi, Scopoletin dan SOD (Superoxide Dismutase).


Banyak tau kelebihan NONI ALQURMA ni...Antaranya ialah dapat mendetoksifikasi,anti-flamasi,mengimbangkan Hormon (ini yang aku paling suka), meningkatkan sistem imun dan meningkatkan tahap tenaga. Lagipun ianya sesuai untuk ibu-ibu mengandung... Ia dapat memastikan susu ibu sentiasa cukup untuk dibekalkan kepada bayi dan kualiti susu juga terjamin supaya bayi dapat membesar dengan sihat.


Cara nak bancuh pun senang sangat.. aku suka guna air sejuk dari peti ais... 


Tuang air sejuk ke dalam gelas..


Masukkan 2 sudu NONI ALQURMA..


Pastu kacau n sedia diminum...


Sedap tau.. rugi kalau korang tak try...


Maintain segar je walaupun cuma sahur dengan segelas NONI ALQURMA.. ;)

Dengan Pembelian Produk NONI ALQURMA ni korang akan dapat RM50 baucer tunai disini http://www.livyoung.com/redeem-cash-voucher/  untuk membeli Produk LivYoung... dan berpeluang untuk menang penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Hard Rock Penang... 

Wah...  aku pun memang dah lama teringin nak menginap kat hotel ni.. kalau nak bayar sendiri memang tak la.. Harap-harap la aku menang.. hihihi... kalau korang pun nak menang, beli la NONI ALQURMA...

Untuk keterangan lanjut, korang bole klik


26.6.15

KIDZANIA buat aku teruja!

26.6.15,Friday, June 26, 2015
Hari tu Event CARRIE BAC BUSTER ni buat kat dalam Kidzania.. First time aku masuk sini.. ye la, aku mana ada anak.. kalau saje2 nak masuk mmg tak la. ;)

Masuk je dalam tu, aku dah macam teruja.. Betul-betul macam satu Bandar yang cantik.... 


Dalam ni ada CIMB Bank.. So, budak-budak kat sini boleh keluarkan duit dari sini la..


Kedai HONDA pun ada... bole beli keta sebijik...


Sepanjang kat dalam tu, asyik dengar siren kereta bomba je.. Banyak betul bangunan terbakar....


Ni la hotel yang terbakar tu.. Nasib baik bomba datang cepat untuk padamkan kebakaran.. ;)


Tol pun ada.. nak lalu kena bayar tau...


Dah masuk highway, minyak habis pulak.. isi la kat Stesen BHP ni...


Syarikat TNB pun ada.. hensem bebudak dalam tu.. ;)


Ni paling best kat sini... Supermarket... maybe ni untuk sesapa yang nak jadi surirumah atau nak ajar kanak-kanak cara membeli barang...


Comelnya cashier ngan cust tu...


Poslaju pun ada.. bole la aku pos BB Cream kat sini nnti...

Best o dalam tu... banyak lagi bidang kerjaya dalam tu.. tapi tak larat nak ambik semua.. penjara pun ada tau....

Untuk info lanjut bole layari:


23.6.15

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia Tahun 2015

23.6.15,Tuesday, June 23, 2015
Dah Bayar Zakat Fitrah? Aku belum lagi.. Sebab hubby blom bayar.. InsyaAllah hujung minggu ni baru bayar.. Mesti ramai yang nak tau kan Kadar Zakat Fitrah untuk tahun ni.. Ha.. Jom tgk ni...

 Negeri(RM) Tahun 2015(RM) Tahun 2014
Bendera Perlis Perlis6.506.50
Bendera Kedah Kedah7.007.00
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang7.007.00
Bendera Perak Perak7.007.00
Bendera Selangor Selangor7.007.00
Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan6.506.50
Bendera Melaka Melaka6.706.70
Bendera Johor Johor* 5.00 / 8.00* 5.00/8.00
Bendera Pahang Pahang7.007.00
Bendera Terengganu Terengganu* 7.40 / 6.80 /4.60* 7.60/7.00/4.50
Bendera Kelantan Kelantan7.007.00
Bendera Sarawak Sarawak7.007.00
Bendera Sabah Sabah7.007.00
(WP) Bendera Kuala Lumpur Kuala Lumpur/Bendera Putrajaya Putrajaya/Bendera Labuan Labuan7.007.00
Nota: (*) Kategori kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan.

Sumber: Sini

Jangan lupa bayar tau..hihihi..

22.6.15

CARRIE BAC BUSTER menghalang anak anda dari Bakteria Jahat

22.6.15,Monday, June 22, 2015


Disekeliling kita terdapat banyak bakteria.Golongan kanak-kanak la yang sangat mudah terdedah dengan bakteria.Ini disebabkan kanak-kanak suka mencuba sesuatu yang baru dan suka bermain di tempat-tempat yang banyak terdedah dengan bakteria dan pencemaran.Bakteria tidak elok untuk kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka cepat terdedah dengan penyakit seperti selsema dan radang kulit.


Kita sebagai seorang yang dewasa, haruslah menjaga serta mengajar kanak-kanak ini cara untuk mencegah bakteria dengan baik. Dalam mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan selalu adalah salah satu langkah yang berkesan bagi menghalang bakteria.Pencuci tangan dan mandian yang digunakan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kebersihan kanak-kanak dan dapat menghalang bakteria dari mengganggu mereka.



Ibu bapa selalu bimbang sama ada anak mereka telah mencuci dengan betul dan adakah produk yang digunakan juga sesuai untuk kanak-kanak dan adakah produk tersebut mempunyai anti-bakteria. Untuk penyelesaian atas keraguan ibu bapa, Carrie sebagai salah satu jenama premium penjagaan peribadi kanak-kanak telah memperkenalkan CARRIE BAC BUSTER Antibakteria Super Pembersih Badan dan AntiBakteria Super Pencuci Tangan yang dirumus khas untuk kanak-kanak.


CARRIE BAC BUSTER mendidik kanak-kanak cara untuk memerangi Bakteria berbahaya ini. Kanak-kanak selalu berimaginasi bahawa bakteria adalah raksasa jahat yang selalu mengancam kesihatan mereka.Penggunaan CARRIE BAC BUSTER memberi kuasa kepada mereka untuk mengambil peranan sebagai Captain BAC BUSTER dalam menyingkirkan raksasa jahat iaitu bakteria yang berbahaya.


Di pelancaran CARRIE BAC BUSTER, para media juga telah ditayangkan iklan komersial yang menceritakan tentang penentangan CAPTAIN BAC BUSTER dengan menggunakan kuasa BAC BUSTER terhadap bakteria dalam tiga versi bahasa iaitu Bahasa melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


"Pada WIPRO UNZA kami sentiasa melakukan inovasi dan membangunkan produk yang sesuai dengan keperluan yang berkaitan ibu bapa hari ini. Melalui penyelidikan kami mendapati bahawa ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk tidak hanya kekal bersih tetapi juga dilindungi dari bakteria yang berbahaya. Mereka juga mahu produk yang sesuai untuk kulit halus anak-anak mereka. Rangkaian baru produk Carrie BAC BUSTER anti-bakteria akan memberi ibu bapa jaminan bahawa anak-anak mereka akan terus dilindungi pada setiap masa dari bakteria berbahaya," kata Encik Sriram Krishnamurthy Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd


CARRIE BAC BUSTER dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.Sebagai sebuah jenama yang prihatin tentang kebersihan kanak-kanak, Carrie melancarkan rangkaian baru demi untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan sentiasa sihat.


Sabun Pembersih CARRIE BAC BUSTER ini didatangkan dalam pembungkusan botol yang sangat menarik dan menyerupai kapal angkasa Super Hero.Ianya boleh didapati dengan 2 perisa buah-buahan yang wangi dan segar iaitu Smashing Strawberry dan Blusting Blueberry.

Smashing Strawberry
Blusting Blueberry


CARRIE BAC BUSTER Antibakteria Super pembersih badan dijual pada harga RM 4.45 SM / RM 4.65 SS untuk 90gm , RM 10.20 SM / RM 10.70 SS untuk 280gm dan RM 22.55 SM / RM 23.70 SS untuk 700gm. Manakala untuk CARRIE BAC BUSTER antibakteria pencuci tangan pulak ianya dijual dengan harga RM 8.15 SM / RM 8.55 SS untuk 250gm.Harga yang dinyatakan dah termasuk gst tau. So, korang boleh dapatkan produk ini di Pasaraya Besar, Pasar Mini atau kedai-kedai runcit yang berhampiran.

Sebab kat umah aku takde kanak-kanak, aku la tukang pakai.. Best o.. bau sweet jer.. Rasa cam kanak-kanak plak.. hihihi...