30.11.15

RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN KESEGARAN YANG NYATA

30.11.15,Monday, November 30, 2015
Baru-baru ni aku sempat ke  Glasshouse Seputih  untuk Majlis Pelancaran produk baru dari Safi.Teruja aku bila dapat tahu yang SAFI keluarkan produk untuk lelaki.


Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.



SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.


Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas  serta muka yang bersih dan segar. Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk piruk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.



Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”


Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan, “Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”.


3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.



SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri.

Katanya lagi, “Menurut kajian yang dijalankan pihak penyelidikan & pembangunan SAFI, kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku. Atas kesedaran inilah kami tampilkan satu solusi buat kaum adam.”


Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta  produk SAFI Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.



“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi Fattah kepada tetamu yang hadir.




3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri...

Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay
Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.
Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif.

Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak! Raut wajahmu kini sihat tanpa kilat muka yang berlebihan.



Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster
Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat
Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat.  

Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami. Kini potensi dan keyakinan dirimu tiada batasan! 

Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White
Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam. 
Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin  yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati

Ayuh mengorak langkah penuh berani dengan kulit cerah dan segar bermaya! Cerah semula jadi, barulah “ori”!

Hubby la yang paling happy sebab aku bagi dia pakai produk SAFI Men ni... Alhamdulillah.. sesuai dengan dia.. dah nampak perubahan... ye la sebelum ni muka dia berminyak pastu gelap.. maklum la kerja kat site.. tapi, Alhamdulillah la SAFI Men ni dapat hilangkan masalah hubby tu.. Asyik dok tanya aku.. Hensem ke tak dia sekarang.. hahaha...




Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

24.11.15

Hari kedua di Gold Coast Morib

24.11.15,Tuesday, November 24, 2015

Esoknya.. kami lambat sikit turun untuk breakfast.. bagi peluang orang lain makan dulu... 8.30 pagi baru kami turun.. orang ramai time ni.. tapi takde la sesak.. masih senang nak ambik makanan.. rezeki kami jugak sebab dapat meja dekat dengan tempat Buffet.. takde la jauh nak berjalan ambik makanan....

Banyak jugak pilihan makanan kat sini... Ramai yang suggest suruh try pancake.. aku dah la memang suka pancake.. breakfast kali ni aku langsung tak ambik nasi... untuk 1st round aku ambik pancake dengan puding roti.. dua2 favourite... Pancake tu mmg win.. sedap.. tak menang tangan chef tu nak buat.. cepat je habis...




Dah kenyang sarapan... kami jalan-jalan kejap kat pantai.. pastu terus nak gi waterpark...  gelang yang kita dapat untuk masuk waterpark tu jangan bukak.. so, bole la kita mandi 2 hari berturut-turut... tapi, memandangkan hari pertama aku tak mandi kat sini, kami masih simpan elok la gelang tu.... sampai kat pintu masuk, akan ada pekerja kat situ yang akan pakaikan gelang tu kat kita.. dah pakai gelang.. masuk dan bole la mandi-manda dengan riang gembira... 


Tengok dari atas pun aku dah teruja.. bila masuk dalam lagi la best... lagipun kat sini tak perlu pakai swimming suit.. pakai t-shirt pun bole masuk.. aku suka kolam renang konsep macam ni.. kalau yang pakai swimming suit tu rasa cam menyampah sebab aku takde.. hahahah..



Hubby Layankan je la kanak-kanak ribena ni nak mandi la.. bergambar la.. ye la.. besday girl women..





Aku tengok ramai orang naik gelongsor ni.. aku pun teringin la nak try...


Ready nak turun...


Masa ni dah nebes...


Gelongsor turun.. ada gaya tak?


Sampai je bawah.. terus berdebush.... sakit bontot aku.. dah macam dugong terdampar..  Tapi best... rasa nak buat lagi.. cuma kesian orang lain nak main dah tak boleh sebab banyak sangat air terpercik keluar... hahaha... *alasan sangat*





Dah puas berendam... naik bilik sambung berjakuzi plak.... pukul 11.50 baru kami keluar untuk check out.. sebelum tu sempat la bergambar dulu kat kawasan Hotel..


kat sini ada gambar untuk aktiviti yang pernah dibuat kat sini.. ada jugak shooting drama....


Hubby dah tunggu kat kereta time ni.. terpaksa la selfie je dengan si merah...


Alhamdulillah.. Best sangat sambutan Besday kali ni.. walaupun simple.. tapi best... setakat yang aku menginap kat sini.. memang tak mengecewakan.. semua aku puas hati kecuali tekanan air yang agak kecik.. tapi takpe.. kalau tak puas mandi.. terjun je kat pool.. gerenti cukup air...

InsyaAllah aku akan repat lagi datang sini... dan kalau korang nak pakej murah.. rajin-rajin la ushar kat groupun .. takpun korang direct je ngan hotel.. kekadang hotel pun ada buat promo... memang berbaloi..

Gold Coast Morib
PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.



23.11.15

Sambut Birthday di Gold Coast Morib

23.11.15,Monday, November 23, 2015
Alhamdulillah.. tahun ni sekali lagi aku diberi kesempatan untuk celebrate Besday... Tahun lepas aku dah Candle Light Dinner kat Bora Ombak.. (klik sini) .. tahun ni.. hubby ajak pegi bercuti plak.. memandangkan hubby agak busy.. so, kali ni cuma celebrate dekat-dekat jer... kami cuma ke Gold Coast Australia Morib.. Beli Pakej Besday kat groupun...2 hari 1 malam...  Pakej ni cuma berharga RM 284 je.. tapi bagi aku sangat la berbaloi... Dalam pakej ni lengkap.. ada bilik, 2 baucer dinner, 2 tiket waterpark, sijil, hadiah, kek dan 2 baucer breakfast.


Memandangkan Pakej Besday ni kita cuma bole ambik sama ada sehari sebelum, hari besday atau sehari selepas besday.. so aku pun decide ambik sehari selepas besday sebab jatuh hari Jumaat... saja je aku ambik cuti hari Jumaat tu.. leh lepak dulu kat rumah.. selepas hubby balik sembahyang Jumaat baru kami gerak ke Morib... ni adalah kali kedua kami ke Morib.. sebelum ni kami stay kat Rumah Peranginan Kerajaan.. (klik sini)... kali ni nak ubah angin plak... dah lama teringin nak stay sini...

Kalau tengok review dari Blogger lain banyak yang Bad Review.. takut gak mula-mula nak stay kat sini.. tapi bila baca blog Zana dia kata best... hubby cakap tawakal je.. mana tau diaorang dah upgrade servis lepas ramai yang komplen.. aku ok je.. sebab hubby yang sponsor.. sebagai Besday Girl.. i happy je... hahahah...

Hari kami check in tu memang ramai.. sebab banyak Jabatan Kerajaan yang buat kursus.. aku dah risau takut tempat akan jadi crowded..tapi nasib baik tak..  Masa check in memang ambik masa sikit.. tapi xde la sampai sejam... aku tak salahkan staff kat kaunter sebab budak tu layan aku ok... cuma, masa dia dok sibuk uruskan tempahan aku.. ramai plak yang datang.. komplen bilik la.. tinggal kunci la.. nak tanya la.. so, urusan check in aku banyak kali terganggu... kesian jugak aku tengok budak yang uruskan aku tu.. terkejar-kejar.. staff yang sorang lagi pun ada customer yang dia perlu layan.. tapi, aku tak kisah.. janji budak tu layan aku ok.. aku pun ok... aku paham.. hujung minggu kan.. memang ramai orang... Dapat kunci.. terus naik bilik.. kami dapat tingkat 7.. masa buat reservation memang aku minta menghadap water park.. Alhamdulillah dapat.. Yeay...


Bila masuk jer bilik... aku happy sangat.. bilik besar.. bersih dan semua berfungsi dengan baik... sebab ada blog yang aku baca aircond rosak la.. jacuzi tak berfungsi la.. tapi, untuk aku.. semua tip top.. no complain...



Dari bilik bole mengendap orang mandi kat bilik air sebab ada tingkap kat sini....bole main cak cak..









Best o ada jacuzi.. berendam puas-puas... baru honeymoon namanya.. hahaha...






Dari bilik aku boleh nampak laut n water Park.. memang ohsem...


Dalam pakej besday ni dah include sekali dengan Dinner.. so, dah tak perlu susah payah nak kuar gi makan kat luar... Dinner start pukul 6 petang.. aku risau takut sesak.. pukul 6 aku dah ajak hubby gi makan.. 



Turun je kat Lobi.. singgah dulu kat Front Desk sebab nak redeem sijil dan hadiah besday... Tengok jam awal lagi... kami pun jalan-jalan la dulu kat sekitar Hotel..


Cantik view kat sini.. walaupun kat sini kita tak bole mandi laut sebab kotor.. aku tak kisah.. janji pantainya putih bersih.. xde sampah pun.. dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa.. memang best la.. hilang semua masalah rasanya...










Dalam pukul 6.30 baru kami gerak ke Kafe.. Dinner time.... awal kami dinner sebab dah lapar... tapi tak ramai pun.. selesa nak makan.. banyak meja kosong..

ini bukan kek aku... hahahah
Section yang buat aku teruja dah tentu la bahagian desert... banyak pilihan.. rambang mata dibuatnya...







Spageti n fish n chip ni sedap... rugi plak makan nasi dulu.. kalau tau aku makan ni je...


Last but not least.. mesti la makan aiskrim.. rugi tau kalau tak makan desert ni.. 

Overall.. aku puas hati dengan dinner.. ada nasi, ada western.. soup..buah ..semua lengkap la... rasa pun sedap... teringat-ingat Aglio Oglio dia.. 

Sebelum balik.. aku ambik kek.. malas nak celebrate kat cafe.. malu...kita celebrate dalam bilik je la...







Alhamdulillah... bertambah setahun lagi usia aku...


Kali ni aku dapat hadiah Aeroplane dr Morib Gold Coast sebagai hadiah besday.. hubby la orang paling happy sebab dia memang suka kumpul replika kapal terbang kecik ni... takpe la.. aku hadiahkan kat hubby je...


Disebabkan kami dinner awal.. malam tu lapar... nasib baik bawak bekalan roti n maggi.. lepak2 tengok tv sambil makan maggi... best.. santai je...

Apa aktiviti esoknya? tunggu... part 2 plak ye sebab ni dah panjang sangat.. hihihi...