17.1.16

Filem DILWALE , Best ke?

17.1.16,Sunday, January 17, 2016

Sape dah tengok Dilwale? Apa pendapat korang? Hari ni aku baru sempat gi tengok citer ni kat wayang. Ramai yang cakap best sampaikan tiket Sold Out. Betul ke best? 


Shah Rukh Khan - Raj Randhir Bakshi/Kaali
Kajol - Meera Dev Malik
Varun Dhawan - Veer Randhir Bakshi
Kriti Sanon - Ishita Dev Malik
Varun Sharma - Sidhu
Johnny Lever - Mani Bhai
Sanjay Mishra - Oscar Bhai
Mukesh Tiwari - Shakti
Pankaj Tripati - Anwar
Boman Irani -  King
Vinod Khana - Randhir Bakshi
Kabir Bedi -  Dev Malik
Nawab Shah -  Raghav
Chetna Pandey -  Jenny

Sinopsis Filem Dilwale


Permusuhan keluarga dua kumpulan gangstar antara Randhir dan Malik yang kemudiannya bertukar menjadi cinta antara anak mereka Kaali dan Meera. Namun Randhir yang akhirnya cuba berbaik dengan Malik demi anak mereka tetapi dikhianati oleh Malik sehingga kedua ketua gangstar ini terbunuh. Berlaku salah sangka dan penipuan yang mengakibatkan Meera menuduh Kaali yang menembak bapanya.

Lima belas tahun kemudian, di Bulgaria, Kaali mengubah identitinya sebagai Raj yang membesarkan adiknya Veer dengan penuh kasih sayang dan menyembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Pertemuan Veer dan Ishita dan berhasrat untuk berkahwin telah membongkar sejarah silam antara Raj dan Meera.

Apakah hubungan Ishita dan Meera, dan apakah akhirnya hubungan cinta Kaali dan Meera, kenalah saksikannya di pawagam yang menayangkan filem hebat ini.


Pendapat Aku:

Permulaan cerita agak boring bagi aku tapi lepas je Raj (Shah Rukh Khan) teringat balik kisah dia dengan Meera (Kajol) 15 tahun lepas terus aku rasa cerita ni best. Maybe sebab aku ternanti-nanti kemunculan Kajol. Lagi satu, aku rasa watak adik dia tak perlu ada pun tak pe.. dah cukup watak Kajol ngan Shah Rukh. hihihi.. tapi, bila tengok sampai habis, aku dah faham memang kena ada watak adik diaorang. kalau tak macam mana nak satukan Meera dan Raj ni kan.

Kajol cantik. Shah Rukh hensem. Lagu best. Pemandangan cantik. Serba serbi aku puas hati.Tak bosan la cerita ni. Cuma kalau endingnya diaorang kawin lagi best. So, far aku puas hati Aku bagi 4/5 bintang.




3 comments:

  1. for me, Dilwale best! Dah 3 kali pi tengok kat panggung wayang hehehe

    ReplyDelete
  2. best la gak..but i recommend filem bajraangi baijaan..filem tu lagi best...hihi

    ReplyDelete
  3. Nak tengok, tapi tak tengok-tengok

    ReplyDelete