25.1.16

Makanan sedap di Restoran Cuisines The Haven, Ipoh

25.1.16,Monday, January 25, 2016


Hari tu aku dah cerita tentang percutian kami kat The Haven kan? Kali ni aku nak cerita tentang makanan best yang kami makan kat sana.Lepas check in dan rehat kejap kat bilik, kami pun terus turun ke The Cuisines untuk Dinner. Perut dah lapar. 


Restoran Cuisines ni terletak bersebelahan Pool dan kita boleh menikmati pemandangan yang indah dari sini. Kat atas restoran pulak ada gym, lepas makan boleh la gi bersenam pulak. hihihi.

Malam ni kami makan makanan Mediterranean Delights ..  Wah. Best ni. 

Semua dah lapar
 Dekat Cuisines ni, semua makanan yang mereka masak bebas MSG sebab mereka mementingkan makanan sihat. Tak ada lah lain sangat pun rasa makanan tanpa MSG. Still sedap je aku rasa.

Untuk mulakan hidangan Mediterranean ni, kami dihidangkan dengan Hummus, Moutabal dan Lebanese Tabouleh Salad.

 Lebanese Tabouleh Salad.
Lebanese Tabouleh Salad ni best sebab campuran daun pudina, parsley dan masam lemon tu buat gabungan ni nampak sempurna dan sedap.

Moutabal 
Moutabal ni dibuat dari terung. Rasa kelainan dan boleh tahan sedap jugak.

Hummus
Hummus ni dibuat dari kacang kuda. Sedap. Aku suka yang ni. Bila cicah dengan roti lagi best.




Untu air, kami dihidangkan dengan Pineapple Juice. Sedap. Nenas ni tak gatalkan lidah langsung. aku siap minta tambah air lagi sebab satu tak cukup. hihihi.


Untuk hidangan utama, kami dihidangkan dengan Chicken Shawarma dan New Zealand Beef Shawarma.

Chicken shawarma
New Zealand Beef Shawarma
 Aku suka daging sebab lembut dan juicy. Tak cukup rasanya sepinggan tu. hahaha

Chicken Skewer atau sate ayam


Dan penutup untuk Dinner ni, kami makan Marble Cheese Cake. Sedap. Aku ni dah la penggemar Cheese Cake. Memang kena la ngan tekak aku. Untuk dinner ni, aku betul2 puas hati.

So, esoknya untuk breakfast pulak masih di The Cuisines. Breakfast dibuka seawal 7.30 pagi. Ada banyak pilihan makanan untuk breakfast kat sini sampaikan tak tahu nak makan apa.


 Suasana restoran yang kemas, bersih dan tersusun jugak buat kita mudah nak ambil makanan. Untuk breakfast, kat sini berkonsepkan buffet. Makan la sampai kenyang.















Ramai yang cakap kalau datang The Haven jangan lupa try Nasi Lemak kat sini. Ok. Dah orang recommed kita wajib la try kan?

 Sungguh aku tak menyesal try. Memang sedap. Sambal memang cukup pedas dan rasa.



Kelainan kat sini ialah telur dadar cheese. ni pun sedap. bila kita potong dah jadi macam pizza sebab cheese banyak.

Kalau menginap kat sini, korang tak perlu risau tentang makanan. Memang kenyang. Lepas ni kalau ada rezeki lagi. Nak lagi menginap kat sini. Dah la staff kat sini sangat ramah dan sangat membantu. Terasa layanan macam puteri. :)


3 comments:

  1. sangat menarik makanan dkt hotel ni, inshaAllah boleh stay dekat hotel ni bila datang ipoh nanti

    ReplyDelete
  2. Beef Shawarma diaa tuu yg buat teringat..hahahaha

    ReplyDelete
  3. dekat hotel kalau ada menu buffet memang blink2 mata.tak tahu nak makan apa. oh ya sebelum terlupa.salam perkenalan dari lea. masuk sini sebab tgh search pasal atkins. mcm mana perkembangannya ye?

    ReplyDelete