17.1.16

Pretzel dan Kopi Sedap di Cafe Pretz n' Beanz

17.1.16,Sunday, January 17, 2016
Aku memang suka cuba makanan kat kafe yang tampilkan kelainan dan sedap.Baru-baru ni aku gi lepak ngan member-member kat satu cafe ni. Kat Cafe ni, ianya memperkenalkan Pretzel dan Kopi sebagai menu utama. Pretzel dan Kopi memang gandingan yang serasi. Tak kisah la pagi, petang atau malam pun kita boleh nikmati hidangan ni.Cafe yang dimaksudkan ialah Cafe Pretz n' Beanz yang terletak di Solaris, Mont Kiara.



Mula-mula sampai kat cafe ni, aku ingatkan Pretzel kat sini sama je dengan pretzel lain yang aku pernah try. Tapi, bila tengok je menu, aku dah tau kat sini memang ada kelainannya. Tengok gambar kat menu memang buat aku rasa nak order semua. Tapi, fikir balik, jangan tamak. Kang kalau tak habis, kan membazir.hihihi..

So, jom tengok apa yang aku n geng order.

Pretzel Basil Cheese
Pretzel Cinnamon Sugar
Memandangkan kat sini menu utama adalah pretzel, rugi la kalau tak cuba kan? Aku order Pretzel Cinnamon Sugar dan Pretzel Basil Cheese. Untuk penggemar Cheese macam aku, mesti suka Pretzel Basil Cheese sebab rasa kemasinan dan lemak cheese tu. Ditambah pulak dengan kelembutan Pretzel. Erm.. yummy. Tapi, Pretzel Cinnamon Sugar pun sedap jugak. Rasa serbuk kayu manis yang serasi bila dimakan dengan Pretzel. Buat rasa tak cukup satu.

Kalau nak lagi best, korang boleh order extra dip selection yang ada macam Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream with Onion.

Pizza Hot Pepper Chili Chicken
Pizza Hawaian Chicken
Bagi penggemar Pizza pulak, kat sini pun ada Pizza jugak tau. Apa yang menariknya Pizza kat sini ialah Doh Pizza dibuat dari Doh yang sama dengan Pretzel. Memang lembut dan gebu. Dah sejuk pun masih lembut.Untuk pizza, aku order 2 jenis iaitu Hawaiian Chicken  & Hot Pepper Chilli Chicken. Boleh pilih nak saiz 7 inci atau 10 inci. Memandangkan kami Cuma berlima, baiklah pilih 7 inci je. Kang tak habis. Sebab banyak lagi makanan lain. Harga pulak berbeza mengikut topping. Tapi jangan risau, harga sangat la berpatutan sesuai dengan rasa dan kualiti.

Sebelum datang sini, aku sempat baca review pelanggan. Diaorang cakap, kat sini ada hidangan Pretzel dimakan dengan Stew. First time dengar ni. Ramai yang suggest suruh try Green  Curry Chicken. Dah alang-alang datang, baik kita try kan. Betul ke sedap?

Pretzel, Butter Rice and Green Curry
Bila dah try, memang betul sedap. Rasa lemak, masin, pedas semua cukup rasa. Tak berhenti-henti aku dok makan Green Curry ni. Kalau tak nak cicah ngan Pretzel, korang boleh jugak order Butter Rice. Sedap jugak bila digandingkan bersama. Untuk sesiapa yang tak suka kari, jangan risau tau sebab korang boleh pilih Beef Goulash atau Cheesy Chicken.

Champignon Baked Egg
Kat sini juga, diaorang ada sediakan menu Breakfast untuk sepanjang hari. Kalau datang malam, dan teringin nak makan menu Breakfast. Order saja. Untuk ‘All Day Breakfast’ ni, aku try Champignon Baked Egg. Aku suka sangat menu ni sebab ada campuran telur, Cheese dan Cendawan yang banyak. Rasa macam tak cukup semangkuk. Hahahah. Tak muak walaupun cheese banyak. Memang puas hati.

Volcano Chocolate Cake With Ice cream
Triple Chocolate Cake
Untuk desert pulak, aku try Triple Chocolate Cake dan Volcano Chocolate Cake With Ice Cream. Dua-dua sedap. Cuma, kalau tanya aku antara dua ni mana lebih sedap. Dah tentu-tentu aku akan pilih Volcano chocolate Cake With Ice Cream. Kek yang rangup kat luar, cair kat dalam pastu makan pulak dengan aiskrim. Memang Melting. Aku sorang je boleh hadap sepiring kek ni.

Green Tea Ice Blended & Florentino Cookies
Lemon Breeze (Green Apple , lemon and Honey)
Green Mint Chocolate
Alamak, asyik cerita pasal makan je kan? Aku lupa nak cerita pasal air. Aku order air 2 jenis. Masa mula-mula aku order Green tea Ais Blended. Green Tea kat sini lain tau dengan Green Tea Thailand. Rasa lebih pekat dan tak ada rasa jasmine yang kuat. Air kedua yang aku order, adalah Jus Sihat Lemon Breeze. Campuran Epal Hijau, Madu dan lemon yang sesuai untuk detox semula selepas makan macam-macam. Hihihi..





Dekorasi dalam kedai jugak simple dan menarik. Kalau sukakan ruang yang berhawa dingin boleh duduk di dalan cafe dan kalau suka ruang yang lepak santai dan untuk merokok bolehlah lepak di meja yang disediakan di luar kedai. Dua-dua best. Pilih je yang mana suka.


Ok, kalau korang masih tercari-cari tempat yang santai dan untuk lepak dengan kawan-kawan bole la try kat sini. Macam-macam makanan sedap ada.

Pretz n’ Beanz Café
22, Jalan Solaris 4, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-62049733
Facebook : pretznbeanz

Opening Hours:
Monday – Thursday (7.30 am – 12.00 am)
Friday – Sunday (7.30 am-1.00 am)


6 comments:

  1. memang menarik nampak tu..rasa macam pernah nampak kat the curve. kalau tak salah la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe ni ada jugak kat IPC. tapi yang kat sana eyza x pernah try.

      Delete
  2. wahh.... tempat lepak baru dan menarik ni!!!
    nanti nak p cuba ngan anak-anak laa..

    kolin zainal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sgt cafe ni untuk lepak satu family. santai je

      Delete
  3. Pretzel Cinnamon Sugar dia yang best gilaaa...adoiii!

    ReplyDelete