21.2.16

Chiba Sweet Potato, Sedap dan Manis

21.2.16,Sunday, February 21, 2016

Aku suka sangat makan Sweet Potato. Selalunya aku akan beli dekat Aeon tu. Takpun bila aku gi cameron mesti cari sweet potato Cameron sebab manis.

Semalam, aku pergi Bangsar Village. Kat sana ada kiosk Chiba Sweet Potato. Apa lagi terus la aku try. Suapan pertama pun aku dah jatuh cinta. Manis, isi lembut dan kulitnya rangup.Lagi manis dari keledek Cameron.  Kulit rangup kat luar tu tak perlu buang. Makan je sekali. Chiba Sweet Potato ni boleh dimasak dengan macam-macam cara. Tapi, diaorang recommed bakar atau steam. Aku suka versi bakar sebab kulit dia rangup.



Keledek ni berasal dari kawasan di Jepun yang bernama Chiba. Sebab tu la namanya Chiba Sweet Potato. Kawasan Chiba ni kaya dengan sumber alam semulajadi.Aku baru tahu yang keledek manis dari Chiba ni, kalau makin lama kita simpan keledek ni akan jadi manis secara semulajadi. Patut la bila aku makan keledek tu manis betul. Manis asli tau bukan manis gula. Chiba sweet potato ni datang dari baka 'Beniharuka' yang merupakan baka keledek yang manis dan amat popular di Jepun. Tak hairan la kalau di Jepun diaorang ada anjurkan 'Sweet Potato Day' pada setiap 13 Oktober setiap tahun.


Semalam jugak, adalah Majlis Pelancaran untuk Chiba Sweet Potato ni. Banyak la aktiviti menarik yang ada. Majlis ini adalah untuk memperkenalkan keledek manis ni dan bermula bulan Februari ni, Chiba Sweet Potato akan dijual di sekitar pasaraya di Malaysia.


 Aku sempat join  pertandingan teka berapa berat Sweet Potato tu dan aku menang. Dapat hadiah Chopstick ekslusif dari Jepun tau. Cantik. 




Chiba Sweet Potato ni ada maskot yang sangat cute. Ianya bukannya anjing atau apa2 haiwan tapi sebenarnya maskot ni dibentuk dari Peta kawasan Chiba sendiri.


Sesapa yang suka makan Sweet Potato ni dan teringin nak rasa sendiri kemanisan dan kesedapannya, korang boleh pergi ke Bangsar Village hari ni (21 Februari 2016). Kiosk ni betul2 berhadapan dengan Village Grocers. Kat sana korang boleh rasa sebab ada sample dan kalau nak beli pun boleh sebab diaorang bakar panas-panas jugak kat situ untuk dijual.

Kalau tak nak yang dah dibakar, yang mentah pun ada kalau nak masak sendiri. Kalau aku, suka yang siap bakar. Senang. Makan je terus. Kalau nak, pergi je sana. macam2 bentuk keledek ada.



Jangan lupa tau, datang hari ni ke Bangsar Village untuk rasa sendiri keenakan Chiba sweet Potato ni. Ada pelbagai promosi menarik. Rugi tau lepaskan peluang ni sebab lepas ni tak tahu lagi diaorang bukak kat mana.

#ChibaSweetPotato
Video:



8 comments: