5.2.16

Falling Angel dah kawen!

5.2.16,Friday, February 05, 2016
Alhamdulillah.. adik bongsu dalam Einaangel Network dah kawen.. Seronok tengok orang kawen.. tetiba terimbau balik kenangan 8 tahun dulu.. cewah..hihihi..

Aku, Emi, Zira ngan Shiqin diberi mandat jadi Bridesmaid. Jujur aku cakap, ni first time aku jadi Bridesmaid.. aku pun tak tau apa peranan Bridesmaid ni.. hahaha.. hentam je la Labu..

Memandangkan Eina kawen sehari sebelum Thaipusam.. maka banyaklah jalan tutup..aku guna PLUS Highway je.. senang.. tak jammed..

Eina nikah pkl 10.00 pg.. pkl 9.30 kami dah sampai.. Eina dah siap mekap pun.. cantik berseri-seri adik bongsu ni.



Sementara nak tunggu pengantin lelaki sampai, sempat la kami berphoto gediks dalam bilik.. 



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. Eina dah jadi yang halal untuk Ewan.. Best o kawen.. hahahah..





Selesai Eina nikah, dia terus tukar baju untuk bersanding pulak. Cantik baju songket Eina. lembut je kaler.


Kami geng Bridesmaid ni lepak kat luar susun apa yang patut.. Pastu, tulis la ucapan sikit kat pengantin. penat Emi buat Guest Book. Kalau sape berkenan dan nak order, bole contact Emi ye. Handmade. Takde dijual kat kedai tau design yang dia buat.



Selesai bagi ucapan apa yang patut, kita makan la. lauk pauk semua sedap. siap ada bubur jagung lagi.



Bila Eina dah siap, kami sambung photo gediks.



Punya la dok syok ambik gambar, sampai tak sedar pengantin lelaki dah sampai. kelam kabut semua keluar sampaikan pengantin lupa bawak bunga tangan. adoi la.



Ada kompang siap nyanyi lagi. Best.


Ramai geng-geng blogger datang. Antaranya Ina Ainaa , Ayue , Naomie, Julia, Nannie, Eazy, Ju, Ruby dan ramai lagi yang aku tak sempat jumpa. Meriah.











Untuk Eina, Selamat Menempuh alam Rumahtangga. Kena banyak sabar. Kena bertolak ansur. Moga bahagia till Jannah dan cepat-cepat dapat baby. Muah!



8 comments:

  1. Wow!!! Terima kasih kak Eyza sayangggg!!! Kak Long!! Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yong la..hihihi.. Congrats Eina..

      Delete
  2. Alhamdulilah!!! Seronok attend wedding adik amalina dengan bridesmaid yg lawa2...happy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bridesmaid Yang lain anak dara.. sorang tu mak dara.. hihihi..

      Delete
  3. Replies
    1. TQ Sally.. i jawab bagi pihak Eina..hihihi

      Delete