1.2.16

JJCM IPOH ~ PATISSERIE BOUTIQUE CAFE

1.2.16,Monday, February 01, 2016

Ok. Selain dari kami ke Ipoh untuk menginap di The Haven, kami jugak ada misi kat sini. Apa misinya? Mesti la nak cari makanan sedap kat sini. Dan hasil dari cadangan di Mr Google kami buat keputusan untuk makan kat Patisserie Boutique Cafe.


Muka happy nak gi makan
 Cafe ni terletak Di Jalan Yusuff.. Tempat yang agak sesak dan agak happening kat sini. Kebetulan plak kami sampai waktu Lunch. So, apa lagi bertabah la cari parking. Berkat kesabaran dapat jugak kami parking tak jauh dari kedai tu.


Masuk je dalam kedai. Aku agak kagum dengan hiasan dan susunan dalam tu. walaupun kedainya agak kecil tapi deko dan pilihan makanan yang pelbagai yang buatkan pelanggan tak putus-putus datang.


Kat sini, makanan adalah berkonsepkan western dan simple je. Kalau nak makan nasi, sini bukan tempatnya ok. ;)





Ni pulak antara makanan yang kami pesan.








Overall, kami puas hati dan kalau datang lagi ke Ipoh mesti akan singgah sini lagi. Yang paling win bagi aku kat sini adalah desert dia.. Creme Brulee dia sedap. 

Ok, kalau korang datang Ipoh dan teringin nak rasa kelainan makanan western, boleh cuba kat sini.

Pâtisserie BoutiQue Cafe
Address:
103, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Phone:
+605-241 1385

Hours:
11:00 AM – 6:00 PM, Closed on Wednesday


2 comments: