22.3.16

Cuti-cuti Cinta ~ Krabi ( Hari Pertama)

22.3.16,Tuesday, March 22, 2016

Assalammualaikum semua. Internet hotel ni super laju. Pagi ni bangun awal, so tak ada apa nak buat eyza rajin la update. Hihihi.

Kali ni eyza update live dr Krabi. Dah 3 hari kat sini, esok eyza dah balik KL.

Macam biasa la, eyza kalau pergi KLIA2 mesti akan parking kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan naik Jetbus ke KLIA2. Memandangkan flight kami pukul 7.10 pagi, pkl 3 pagi dah gerak ke TBS. Tak jauh pun dari rumah, tapi sengaja keluar awal sebab nak cari parking dan tak terkejar-kejar.  Sampai TBS, park kereta terus beli tiket bas pukul 4 pagi. Pukul 4.40 pagi dah sampai airport. Awal lagi. Tapi orang dah ramai time ni. Tak tahu la semua tu nak pergi mana.


Disebabkan eyza dah buat web check in, so bolehlah kitaorg berlenggang kangkung je. Masa banyak lagi.So, meh la kita melepak minum kopi kat Marrybrown. Makan eyza dh beli atas flight, so kita minum je la sementara tggu flight.

Pukul 5.30 pagi, kami terus ke kaunter imegresen untuk masuk ke balai berlepas.

Tapi, dari kaunter imegresen ke kaunter berlepas punyalah jauh. Kalau korang rasa x larat nak berjalan tak apa, sebab diaorang ada sediakan buggy. 


Eyza dapat gate Q19. Jauh nau nau. Tapi nasib baik dekat dgn surau. Masuk waktu, cepat2 gi solat subuh. Org pun tak ramai sangat kat surau time tu.

Alhamdulillah, flight kami on time. Atas flight nanti, pramugara atau pramugari akan edarkan borang imegresen utk kita isi. Jangan lupa bwk pen tau. 

Selesai isi borang tu, makanan pun sampai. Eyza makan Nasi Lemak Pak Nassier dan hubby makan Nasi Ayam Uncle Chin. Rasa macam dah tak sesedap dulu. Tapi, lapar punya pasal habis jugak kami bedal. Hihihi.

Disebabkan Thailand lewat sejam dr kita, kami sampai di Airport Krabi dalam pukul 7.15 pagi waktu Thailand. Airport dia kecik je ala2 Airport Langkawi. Tapi bersih.Sampai je, terus kena beratur untuk pemeriksaan imegresen. Borang yang dah diisi atas flight tu selitkan sekali dalam passport masa serahkan dekat kaunter imegresen.Diaorg kat sini sangat tegas, kalau kata x bole ambik gambar memang x bole. Nanti kena jerit. Jangan buat tau. Nasib baik eyza dh baca kat blog lain, so eyza dh tau peraturan kat sini.


Eyza ngan hubby tak ambil pakej pun. Redah sendiri. Keluar dari balai ketibaan. Nampak ada kaunter bas, teksi dan apa2 pakej di Krabi.

Eyza decide nak naik Bas sebab nak jugak rasa pengalaman naik bas sambil pusing2 Krabi. Lagipun kami tak rushing. Sempat la.

Ramai jugak yang naik bas. Lagipun harganya murah. 150 Baht je seorang. 



Sebelum nak keluar ada banyak kaunter jual simcard Thailand. Kami tak beli pun sebab decide nak guna wifi hotel. Lagipun hubby cakap, kita bercuti ni jangan selalu main handfon je. Orait bos. Hihihi.


Bila keluar dari Airport, ada org menunggu n tanya nama hotel. Nanti diaorang akan bagi senarai tu kat driver bas.Dalam 10 minit menunggu, bas pun sampai.


Walaupun bas kat sana dah nampak uzur tapi aircond still sejuk. Bagi aku tu dah puas hati.Semua bag akan dilonggokkan 1 tempat. Senang.


Untuk 2 malam ni, kami menginap dekat The Dream Garden. Mula2, eyza tempah Hotel Ancora Blue sbb tgk gambar semua cantik sebab hotel baru. Tapi last minit eyza tukar sbb hotel tu agak jauh dr pantai. Cari balik kat Agoda, nampak hotel The Dream Garden. Terus booking and bayar terus sebab tinggal 1 bilik je lagi. Nanti eyza review hotel ni ye.

Sampai di Aonang, driver bas akan berhenti berdekatan hotel kita.Kami sampai hotel dalam pukul 9 pg camtu. Pergi hotel, tapi tak boleh check in lg sbb hotel penuh. Tak ada yang dh check out.

Nasib baik hotel ni strategik, dekat dgn pantai n kedai souvenir. Simpan bag kat hotel. Kami pun jalan2 la dulu. Jalan kaki gi Pantai. Dekat je.


Banyak boat kat sini. Bot nelayan kut.Lepak2 tepi pantai dulu.


Dekat area situ, ada gerai jual Fruit Shake dan Pancake. So, bolehlah kita try First Pancake kat Krabi ni.



Eyza order Orange Shake dan Pancake Banana Cheese.Rasa oren diaorg lain tau, tak mcm kat Malaysia tapi sedap. Pancake Banana Cheese ni mmg sedap. Berebut eyza ngan hubby. Tak nak order banyak sebab masih kenyang.




Habis makan, kami pun terus jalan2 untuk cari selipar pulak. Tak bawa dari Malaysia.


Untuk selipar eyza ni, mula2 dia letak 200 Baht. Selipar Hubby 250 Baht. Lepas tawar menawar dia bagi 2 pasang 350 Baht. Ok la kan, sedap jugak pakai.

Dalam pukul 11 pagi, kami gerak ke hotel. Tunggu dalam 20 minit macam tu dah boleh check in. Alhamdulillah. Memang nak mandi sebab badan dah melekit.

Masuk hotel, mandi n rehat2 dulu. Petangnya kami keluar untuk cari pakej pulau dan ke Night Market.

Eyza ambik pakej kat kedai Krabi Tour Information. Banyak yang eyza survey tapi kat sini paling puas hati. Eyza ambik pakej Phi Phi Island sekali dengan Night Market kat sini.

Senang berurusan dengan diaorang. Lagipun akak tu pandai cakap melayu. Lagi la senang. Mula2 Eyza tanya dalam Bahasa Inggeris, sekali dia cakap melayu. Hahaha. Penat Eyza karang ayat nak tanya dia.

Untuk Pakej Phj Phi Island, tempat lain Eyza survey semua bagi 1000 Baht ke atas. Tapi dengan  akak ni, sekali dengan makanan halal cuma berharga 900 Baht seorang.  Pastu untuk Night Market cuma 200 Baht seorang.


Kedai ni tak jauh pun  dari The Dream Garden. Selang beberapa kedai je. Puas hati ambik kat sini. Macam2 kita boleh tanya. 


Nanti eyza sambung lagi. Dah panjang berjela plak ni. Hihihi.

Kira2 :
Jetbus dari TBS ke KLIA2-2 x RM 10.00 = RM 20.00
Bas dr Aiport ke Aonang-2x150 Baht = 300 Baht (RM 35.85)
Orange Shake & Pancake Cheese Banana = 90 Baht (RM 10.75)
Selipar (2 pasang) = 250 Baht (RM 29.88)
Air mineral & oren di 7e=35 Baht ( RM 4.18)
Phi Phi Island-2 x 900 Baht= 1800 Baht ( RM 215.10)
Night Market - 2x 200 Baht= 400 Baht ( RM 47.80)

Total : RM 353.56

Masa eyza tukar dapat 100 Baht = RM 11.95

6 comments:

  1. hamboiii sangat awak update belom sampai KL! kahkah...kat imigresen mmg tak boleh amik gambar la kak...mana-mana airport pun sama..huhuhu...mahal jugak eh currency dia skrg..aish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? mana la cheq tau. cheq baru 2 kali pi luaq negara. hihihi.

      Duit Thai lagi mahal dr kita, nak beli apa pun jenuh dok buat kira-kira dulu.

      Delete
  2. Seronoknya akak pi Krabi wahhhhhhhhh baru tau parking kereta kt TBS naik bas kt situ ye...selalu driver hantarkan...pas ni leh buat cm ni kalau ke oversea...Hatyai pernah pi...Krabi nak sgt pi..cpt update nak baca hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. Eyza mmg selalu parking kat TBS je. Senang. Harap2 mood update kita tak ke laut supaya boleh cepat habis entry ni.

      Delete
  3. Bestnyaaa krabi ... Have fun !!! :)

    ReplyDelete