19.3.16

Jatuh Cinta dengan Rangkaian Mekap dari Golden Rose

19.3.16,Saturday, March 19, 2016
Sape suka mekap? Aku memang suka sangat mekap dan kalau bole nak je belajar mekap2 terkini. 

Dan bila aku dapat jemputan untuk join Beauty Blogger Makeup Workshop ni. Macam pucuk dicita ulam mendatang. Happy sangat. Dah la dapat belajar dengan Mekap Artis. Banyak benda2 baru yg aku boleh belajar.


Bertempat di Butik Golden Rose yang terletak di Lot 4-8 Sunway Putra Mall KL, Beauty Workshop ni diajar oleh MUA Eiman Stella dengan menggunakan produk Golden Rose. Sebelum ni aku pernah dengar tentang produk ni cuma belum pernah try.

Sementara menunggu rakan2 blogger yang lain sampai, aku sempat la ushar produk2 dari Golden Rose ni. 













Ni sebahagian dari produk yang terdapat di Golden Rose ni. Aku rasa produk dari GR ni memang lebih murah berbanding jenama lain. Memang mampu milik. Pelajar pun boleh beli.

Ada yang cakap, ala.. kalau mekap murah mesti hasilnya tak cantik. Eh.. eh.. salah tu. MUA Eiman Stella dah tunjuk kat kami cara mekap dengan menggunakan produk Golden Rose ni. Memang meletops hasilnya.



Ha.. ni la hasilnya.. Cantik kan?


Produk Golden Rose ni berasal dari Turki dan telah berada di pasaran lebih dari 30 tahun.

Kami juga diberi peluang untuk cuba sendiri barang-barang mekap di Golden Rose.





Kat sini juga ada tempat utk kita try mekap. Bole ajak kawan2 datang untuk main mekap2. Bole test dulu baru beli.

Aku datang tak bermekap, balik bukan main lagi mekapnya. Tapi aku suka sebab eiman ajar mekap sweet2 je. Tak tebal macam opera cina.




Terima Kasih Golden Rose dan Eiman Stella atas jemputan dan tips n trick serta tunjuk ajar yang diberikan. Banyak ilmu yang dapat kami sedut. Lepas ni kalau mekap habis, memang kat sini la tempat terbaik nak cari.

Web : http://www.goldenrose.com.my
Email : enquiry@goldenrose.com.my
FB : goldenroseMY
Instagram : @GOLDENROSEMALAYSIA

4 comments:

  1. pergh kaler2 lipsetik dia lawa lawa gak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik lipstik dia. nanti nak gi ushar lagi.

      Delete
  2. Ena kalau pergi, mau rambang mata tgok barang mekup ni.. Huaaaaa cantik akk bermekup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kak eyza ngan Emi pun sama. hihihi

      Delete