6.3.16

Renew Passport di UTC Keramat

6.3.16,Sunday, March 06, 2016

Dari sehari ke sehari aku dok tangguh nak buat passport. Tggl lagi 3 minggu nak pergi bercuti baru la aku kalut. Hahaha.. biasala la..aku ni mmg suka buat kerja last minit.

Mula-mula aku pergi UTC Pudu. Ya Allah, ramai giler org. Hubby turunkan aku dl sementara dia cari parking. Sampai je depan imegresen aku tengok dah ramai yg beratur.Panjang plak tu. Wasap hubby, dia bgtau xde parking. Ok. Jom la kita gi UTC Keramat sbb sana org kata x ramai. Gerak la kami ke sana.


Mula-mula sampai tgk x ramai. Alhamdulillah. Ambik no kat kaunter 1serve dl. 

Kalau baru first time nak buat kena bawak salinan kad pengenalan tapi kalau nak renew just bawak passport lama. Macam aku nak renew, bawak passport lama je la. Nasib aku simpan elok2 yang lama. Kalau hilang habis la.


Dah dapat no giliran.Rupanya ramai jugak orang. Tengok keadaan tenang kat situ macam x ramai.Maybe ada yg pegi makan dulu kut.


Kalau tengok dari nombor aku dapat tu, ada lebih kurang 100 lebih orang depan aku.


Aku jenguk dalam Imegresen tu. Ramai org. Ok fine. So, duduk la kat luar. Kat luar pun banyak kerusi. Siap ada tv , pastu ada jugak skrin utk kita tgk no giliran kita dah sampai blom.


Sekarang ni kita dah xde pilihan. Nak tak nak kena renew 5 tahun terus dengan kadar RM 200. So, kalau dah buat tu kena la plan pg oversea sekurang-kurangnya setahun sekali.hahaha.

Masa aku buat ni agak lama jugak tunggu sebab ramai family kan. Part nak ambik gambar baby dengan budak2 yg lama. Biasa la kena ikut mood diaorg. Ada yg menangis, ada yg malu tak nak pandang kamera dan ada plak yang lari tak nak duduk atas kerusi. Comel sangat telatah diaorg. Nasib akak2 Imegresen ni sabar je. Diaorg dah biasa kan handle situasi macam ni.

Dari pagi aku datang, urusan settle dekat pkl 6 petang. Hubby cakap dah macam kerja opis hari tu.Nak buat macam mana nak settlekan jugak hari yang sama. So, bertabah je la. 


Cara renew Passport di UTC Keramat:

1. Ambil no giliran di kaunter 1serve ( bagi passport lama utk dia buat semakan)
2. Tunggu sehingga no dipanggil
3. Bila no dipanggil pergi ke kaunter berkenaan, kat sana nnt pegawai tu akan tanya tinggi, alamat dan no telefon untuk dikemaskini.
4. Bersedia ambik gambar 
5. Dah ambik gambar, tunggu no giliran dipanggil untuk kita buat pembayaran di Kaunter Hasil.
6. Dah bayar, dapat resit tunggu utk collect passport.
7.Sejam lepas tu (aku hari tu dalam sejam setengah jugak la) diaorang akan panggil no giliran kita utk collect passport.
8.Siap dan dah bole pg holiday.

*UTC Keramat ni betul-betul depan LRT Damai. Kalau nak senang naik train je nak ke sini.


3 comments:

  1. Ena bila entah nak pergi renew.. Malas nak pergi renew sebenarnya ahaks.. Padahal nak dekat tamat dah

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...kalau Sally, g lepas office hour...sbb tak lama sgt nak tunggu..kahkah...untung laa nk pi bercutii ooooo

    ReplyDelete
  3. Haritu buat dkt sentul utc. Lama gak tunggu walau org xramai mana pon

    ReplyDelete