24.4.16

Best ke Filem Redha?

24.4.16,Sunday, April 24, 2016

Filem Redha arahan Tunku Mona Riza telah menemui penonton di pawagam bermula 14 April. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. 

Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd 

Ramai yang cakap Filem Redha ni best. So, eyza memang dah plan nak pergi tengok minggu depan dengan hubby.

Dan, dalam dok plan tu dapat pulak jemputan dari Blogger Rasul untuk menonton filem ni. Wah.. ni best ni. Bincang ngan hubby, dia cakap ok sbb Ahad dia tak kerja. Yeay.

Movie Screaning ni dekat Cineplex e Curve. Start pukul 2, teruja punya psl Pkl 1 kami dah sampai. 


Awal-awal dah masukkan tisu dalam bag sbb Ju dah pesan.Takut menangis. Tapi, Memang berguna pun tisu tu. Ada scene yang betul2 menyentuh perasaan dan airmata laju je turun.


Lepas daftar, lepak dulu dalam Lounge sambil menunggu untuk masuk tengok wayang.



SINOPSIS FILEM REDHA
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Razlan (Namron) dan Alina (June Lojong) memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.


Sepanjang wayang start, eyza memang fokus je. Cuba selami apa tu penyakit Autisme. Sebelum ni eyza pun tak berapa tahu tentang penyakit ni. Tapi, lepas tonton filem ni banyak yang eyza dapat belajar.


Memang tak rugi tau tonton filem ni. Kita yang tak pernah ada pengalaman tentang anak-anak Autisme ni pun akan rs macam mana sakitnya hati bila masyarakat sekeliling yang tak faham apa tu Autisme.



Tabik la dengan setiap pelakon cerita ni. Semua memainkan peranan dengan baik sekali.


So, jangan tunggu lama-lama. Pergi la tonton filem ni. Gerenti tak menyesal. Banyak ilmu ttg Autisme yang dapat kita pelajari.

Thanks sekali lagi utk blogger Rasul dan D'kayangan Steamboat sebab sudi invite eyza. 

1 comment:

  1. cerita macam ni mmg perlu banyak pendedahan...lagi-lagi kepada mereka yg bergelar ibu bape kepada anak-anak macam ni...masyarakat pun sama perlu ambil kisah...

    ReplyDelete