8.4.16

Ganas sangat bawak kereta sampai semuanya patah

8.4.16,Friday, April 08, 2016
Semalam KL jammed teruk. Maklunlah sebelum tu hujan. Kl kalau hujan memang macam tu la. Sesak sana sini. Nasib tak sesak napas je.

Kebetulan pulak smlm eyza ada hal kat medan Tuanku, dalam 5.40 ptg baru gerak balik. Erm.. apa lagi sangkut jammed la.

Takpe, sabor je. Macam biasa bila jammed kita masuk cilok2. Alhamdulillah berjaya jugak sampai kat flyover sblm Viva Home tu. Eyza bagi signal nak ke kiri, elok masuk sekerat dalam lane kiri tu eyza dengar bunyi macam benda jatuh.

Masa tu dok fikir bumper jatuh, xpun pancit sebab kereta tak boleh gerak walaupun enjin hidup. Adoi la. Dah la jammed, kereta pulak mati kat simpang. Terus bagi signal emergency. Duduk je dalam keta sambil call hubby. Nak dijadikan cerita, hubby pulak tak angkat. Eyza dah susah hati. Macam mana ni?

10 ke 15 minit jugak la eyza duduk tepi jalan tu. Masa tu keta lain semua dah hon sbb jalan betul2 sesak. Eyza dah jadi x keruan. Semua tgk je. X ada pun yang membantu.

Tak lama lepas tu, ada sorg abg naik motor berhenti depan kereta. Nasib baik kat tepi jalan tu ada kon DBKL, dia ambik kon tu trs letak blkg kereta. Pastu, baru eyza turun dr kereta.

Polis peronda pun sampai dalam 5 minit pastu. Diaorg tlg kawal lalulintas. Abg yg tolong mula2 td tu cakap ada lori towing DBKL dalam jammed tu. Dia suruh tahan. Segan nak tahan. Tapi nasib baik abg DBKL tu berenti.


Rupanya bukan bumper jatuh tapi tayar dah terkeluar macam ni. Patut la tak boleh gerak.


Nasib baik abg2 DBKL ni tolong alihkan kereta. Sebab keadaan dah makin sesak. Serba salah dibuatnya.


Diaorg nak balik ke Depoh. So, diaorg cuma boleh tolong alihkan kereta ke tempat yg tak jammed je. Kereta tu dibawa kat blkg VIVA home. Dekat dengan depoh DBKL. First time eyza naik lori towing.hihihi. pengalaman betul.

Rupanya polis2 tu semua ikut jugak blkg lori. Tq la. Takut eyza kena culik kut. 

Dalam pkl 7 lebih baru hubby sampai, dan bila hubby tengok rupanya Drive Shaft dgn Lower arm patah. Patut la. Polis tu siap cakap, nasib x laju kalau laju boleh terbabas tu. Ya Allah. Nasib baik Allah lindung eyza.



Ingat nak settlekan malam tu jugak, tapi x boleh sebab bengkel dah tutup..Terpaksa tinggal tepi jalan. Hari ni eyza el nak uruskan kereta dengan hubby. 

Dalam pukul 9.30 eyza call insuran minta towing datang tarik kereta bwk pergi bengkel. Hantar bengkel dekat Taman Midah je. Dah biasa kat situ.




Ahamdulillah. Kereta dah siap pun. Tak sangka jugak cepat betul Bengkel tu buat. Tak sampai sehari. Terbang jugak 800 ringgit untuk baiki kereta ni. Nak buat macam mana pasrah je la. Bak kata membe eyza, duit bole cari. Kalau nyawa? Sendiri mau ingat. Syukur Alhamdulillah.Tq jugak kat abg2 yang membantu. Kalau diaorg x tolong, duduk tepi jalan la sampai ke malam.hihihi.


4 comments:

  1. alhamdulillah, selamat dari bahaya :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...masih ramai lg org yg baik hati kat malaysia ni kan... :-) and syukur semua ok n selamat eyza...kalo i cuak jugak...ye lah...i mana tau pasal kereta ni...semuanya harap en. somi ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan eyza, selagi boleh gerak bwk je.hihihi

      Delete