26.4.16

Mudahnya memasak dengan Makanan Dalam Tin TC Boy

26.4.16,Tuesday, April 26, 2016
Kadang-kadang datang mood malas masak dan nak mudah je mesti kita terfikir makanan dalam tin kan? Eyza pun sama, kalau malas nak pergi pasar beli makanan basah mesti akan masak cara simple dan senang dimakan dengan makanan dalam tin.

Itu yang bila dapat parcel dari TC Boy rasa happy tu. Yeay. Boleh la masak macam-macam. Kalau nak pergi travel pun senang sebab makanan dalam tin jenama TC Boy ni dipek dengan tin yang senang dibuka.


Sebenarnya Produk TC Boy adalah produk dari Malaysia tau. Ianya telah dikeluarkan dan dipasarkan sejak tahun 1991. Maknanya dah 25 tahun dipasaran. Lama tu.Jenama ni agak terkenal di Luar Negara seperti di Egypt, Asia Barat dan negara Asia seperti Thailand, Brunei dan semestinya Malaysia.

Produk TC Boy adalah produk sihat sebab tak ada MSG dan perisa tiruan tau. Dan ada banyak khasiat produk ni, antaranya:

  • Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik(HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
  • Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
  • Kalsium - sangat memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
  • Rendah lemak - boleh membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti

Sesuai sangat untuk sesapa yang berdiet sebab rendah lemak kan. Banyak rupanya produk TC Boy di pasaran. Di antaranya ialah:

TC Boy Tuna & Salmon :
~Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
~Red Salmon Salad
~Tuna Sandwich Delite
~Tuna Real Mayonnaise
~Tuna Mayonnaise Spread Style
~Solid Tuna in Spring Water
~Tuna with Chilli Padi
~Solid Tuna in Vegetable Oil
~Solid Tuna in Sunflower Oil
~Solid Tuna in Brine
~Solid Tuna in Virgin Olive Oil


TC Boy Sardines & Mackerel :
~Fried Mackerel In Chilli Sauce
~Mackerel in Tomato Sauce
~Sardines in Tomato Sauce

Ok, untuk semua produk ni eyza dah try beberapa resepi. Kat bawah ni eyza nak share cara eyza masak.


Untuk TC Boy Sardin eyza just buat Sambal Tumis Sardin.

SAMBAL TUMIS SARDIN TC BOY CAHAYA HATI

Bahan:
Setin Sardin jenama TC Boy, Minyak masak , Sebiji Bawang Besar, Segenggam cili kering, seulas bawang putih, air asam jawa dan garam secukup rasa.

Cara:
1.Rebus cili kering yang telah dipotong-potong kecil,
2.Kisar cili yang siap direbus, bawang besar, bawang putih dan air asam
3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar sampai pecah minyak. 
4. Masukkan sardin sekali dengan kuah, perisakan dengan garam.
5. dah siap dan boleh dimakan dengan nasi atau roti.


Selain tu, kalau sardin masih ada baki. Bolehlah buat Sandwich sardin.


SANDWICH SARDIN TC BOY HATI GEMBIRA 

Bahan:
Roti, Sambal tumis sardin, Mayonis

Cara:


1.Lenyekkan sardin beserta dengan kuah (kuah tak perlu banyak)


2.Masukkan Mayonis dalam sardin yang telah dilenyek


3. letak atas roti. Kalau nak letak salad dan timun pun boleh.
4. dah siap dan boleh dimakan .


NASI GORENG SEMARAK CINTA TUNA TC BOY

Bahan:
1 tin Tuna with Chili Padi jenama TC Boy, Minyak masak , Sebiji Bawang Besar, cili padi (ikut suka banyak mana), seulas bawang putih, nasi beras perang dan garam secukup rasa. Untuk hiasan: salad dan cili padi

Cara:
1.Potong Bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2.Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bahan potong, bila naik bau masukkanTuna TC Boy.
3. Masukkan Nasi dan garam.
4. Gaul hingga masak.
5. dah siap dan boleh dimakan.


Untuk Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun extra Virgin TC Boy pulak eyza just buat Salad. Maklumla, nak diet kan. hihihi

SALAD TUNA TC BOY KASIH SAYANG


Bahan:
1 tin Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun extra Virgin TC Boy, lemon, salad, cili padi dan mayonis (terlupa nak masukkan dalam gambar)

Cara:


1. koyak-koyakkan salad dalam mangkuk


2. Potong cili api kecil2 dan gaulkan bersama ketulan tuna.


3. Masukkan ketulan tuna dalam mangkuk salad.


4. Perahkan lemon


5. masukkan Mayonis


6. Siap untuk dimakan. Sedap dan berkhasiat ni.

Sesekali teringin nak makan PIZZA. tapi, malas nak keluar. apa kata kita buat sendiri je. Nasib baik ada Tuna Mayonis Sebenar TC Boy.

PIZZA TUNA TC BOY CINTA KASIH


Bahan:
1 tin Tuna Mayonis sebenar TC Boy,  mayonis , sos dan roti.


1. sapu roti dengan Tuna


2. Carik-carikkan cheese dan letak atas tu.


3. Letak sos dan mayonis. Bakar dalam oven.


4. Dah siap dan boleh dimakan

Last but not least, eyza nak makan simple je. So, kita buat Telur gulung berinti Tuna Mayonis Salad Spread.

TELUR GULUNG TUNA TC BOY GEMERSIK KALBU


Bahan:
1 tin Tuna with Mayonnaise salad Spread TC Boy, Minyak masak , sebiji telur, salad, oregano, sekeping cheese, garam secukup rasa dan lada sulah

Cara:



1. Pukul telur dan buat seperti telur dadar tapi nipis sahaja.



2. letakkan sekeping cheese diatas telur.


3. Susun salad di atas cheese


4. Letakkan Tuna TC Boy

5. Lipat dua. Sedap dimakan dengan sos dan mayonies











Mudah je kan resepi-resepi ni. Dah la menjimatkan masa. Yang penting perut pun kenyang. Produk TC BOY adalah halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website:  TC BOY
FB : TC BOY


No comments:

Post a Comment