29.4.16

Systema melancarkan kempen "Start Right Brush Right"

29.4.16,Friday, April 29, 2016
Semua orang mesti suka gigi yang cantik dan sihat. Kalau muka je cantik, tapi gigi rongak pun akan buat kita rasa kurang confident nak bercakap dan senyum kan?

Sempena Bulan Kesihatan mulut sedunia baru-baru ini, ada Roadshow "Start Right Brush Right" berus Gigi jenama Systema yang diadakan di One Utama.


Objektif utama kempen ni adalah memberi info serta cara penjagaan gigi melalui pemilihan berus gigi yang terbaik dan sesuai. Selain dari tu, pengunjung juga diajar cara-cara memberus gigi dengan betul


Ada banyak pilihan berus gigi dari Systema yang sesuai untuk seisi keluarga. Setiap satu berus gigi ni ada fungsi yang berbeza mengikut keadaan gigi kita.


Sebelum ni, eyza main beli je berus gigi. Asal boleh guna. Tak kisah pun jenama apa. Tapi selepas ni, memang akan setia dengan berus gigi Systema je sebab memang kita dapat rasa perbezaan berus gigi Systema dengan jenama lain.


Bulu berus gigi Systema lebih halus berbanding jenama lain.Bulu-bulu halus tu dapat memberus dan membersihkan ruang-ruang sempit diantara gigi 40% peratus lebih bersih berbanding jenama biasa. Selain itu, berusnya juga lebih lembut pada gusi dan dapat mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66%.Ianya dibuat dari PBT gred tinggi untuk tahan lebih lama dan dapat kering dengan lebih baik.



Sayangi gigi ye. lepas ni kena pastikan berus gigi kita sesuai dan mesra gusi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

No comments:

Post a Comment