31.5.16

Berbuka Puasa di Alanna's Kitchen Pandan Indah

31.5.16,Tuesday, May 31, 2016
Alhamdulillah.. Hari ni dah selesai puasa ganti... So, boleh berpuasa Ramadhan dengan tenang dah. Banyak tau cabaran berpuasa time orang tak puasa. Nasib baik jiwa ahkak kental. Kalau x, mesti dah bukak puasa. Hahaha.

Asyik dok cerita Buffet Ramadhan je kan. Tapi kali ni eyza nak cerita tentang cafe yang menghidangkan makanan Arab, Western, Tomyam dan Desert.

Cafe yang diberi nama Alanna's Kitchen terletak di Pandan Indah. Eyza dah pernah makan kat sini 2 kali. Makanan dia ok, ada wifi, suasana cafe pun santai. Sesuai kalau nak buat assignment atau 'hang out' dengan kengkawan. 

Sebelum ni eyza lepak kat sini dengan Sally n Syifa. Tapi petang ni eyza bwk hubby teman eyza buka puasa kat sini.


Hubby order Chicken Chop


Ayam tu agak kecik bagi hubby tapi bagi eyza ok je sbb eyza jenis yang cepat kenyang. Sos sedap. Kentang rangup.


Eyza pulak order Nasi Arab Ayam Barbeque dengan Sos Garlic kalau tak silap la nama menu tu. Ahkak lupa sudah sebab banyak makan semut.hihihi.


Eyza suka menu yang eyza pilih ni. Ayam juicy penuh perisa. Nasi lembut dan dimasak sempurna dengan rempah ratus. Agak unik la jugak Nasi Arab makan dengan kentang goreng. Tapi eyza suka je.


Mula-mula eyza pilih wafer aiskrim untuk pencuci mulut.. Tapi, bila eyza jenguk dalam fridge nampak Creme Brulee.. terus berubah fikiran. Hahaha. Terus order Creme Brulee padahal menu ni akan dijual mulai esok. Madam baru je masukkan dalam peti ais, eyza sibuk nak. Sanggup tunggu sampai sejuk sikit. Nasib baik madam bagi juga untuk eyza.Thanks madam.

Rasa? Eyza rasa berbaloi eyza tunggu lama untuk Creme Brulee ni. Memang sedap. Cuma eyza tak berapa suka karamel yg tebal sangat. Lain semua perfect.

Dan, untuk pelanggan yang dapat whatsapp dari Alanna's Kitchen akan dapat desert. Untuk promosi kali ni dapat Coklat Muffin.


Selain menu-menu kat atas ni, eyza juga pernah makan Spagethi Carbonara dan Wafer with Rasberry Ice Cream kat sini.Dua2 menu ni eyza suka.Recommend untuk korang try.




Alanna's  Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D,
Pandan Indah, KL.

Ig : @Alannakitchen15
FB : Alanna's Kitchen

2 comments:

  1. untung la makan sedap kak..untung laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung sangat. hahahah..

      Delete