22.5.16

Pengalaman pertama masuk Aquaria KLCC

22.5.16,Sunday, May 22, 2016
Eyza tak pernah masuk Aquaria. Dah banyak kali ajak hubby pergi tapi asyik la dok tangguh2. 

Sebab tu la bila Eina ajak pergi eyza excited sangat. Mengalahkan budak2 pulak rasanya. Hahaha.


Sebelum ni eyza asyik tgk kat tv atau review dari blogger lain je tentang tempat ni. Kali ni eyza sendiri dapat rasa apa yang best dekat Aquaria KLCC ni.


Mula2 masuk kita akan nampak ikan ni dalam akuarium. Cuba korang teka ikan apa ni? Eyza masa mula2 pun tak tahu ikan apa ni. Ingatkan ikan biasa2 je. Tapi rupa2nya ni la ikan Piranha yang kita dok tengok kat movie omputih tu. Ikan yang makan orang tu. Bila dah tau ni ikan Piranha terua rasa ngeri pulak tgk gigi ikan ni yang kecik dan tajam.


Ha.. ni pulak belangkas. Patut la orang selalu cakap utk couple yabg asyik berkepit tu belangkas. Cuba korang tengok belabgkas tu, x berpisah pun. Asyik dok berkepit je. Loving sangat.


Ni adalah salah satu spesies shark tapi ianya tak bahaya. Nama shark ni ialah Brownbanded Bamboo shark. Kita boleh pegang shark ni. Eyza cuba nak pegang banyak kali. Tapi bila ikan ni dtg dekat, eyza plak takut. Sebab typical kita ingat shark ni menggigit. Tu yg jadi ngeri tu.


Dalam ni jugak pihak Aquaria ada buat riverbank jungle. So, kalau dah ada jungle mesti ada hidupan dalam tu. Ular hijau tu memula eyza ingatkan ular plastik sebab tak bergerak. Bila tengok lama2 nampak la dia jelirkan lidah. La.. ular betul rupanya.



Dalam Aquaria ni ada bahagian yang dibuat seolah-olah kita berada di dalam laut dan dapat melihat keadaan kapal karam di lautan. Ada pelbagai replika yang unik dan menarik kat sini.





Untuk sesiapa yang teringin sangat nak tengok keadaan hidupan dalam laut tapi takut nak diving atau snorkeling, korang boleh je tengok kat Aquaria ni. Spesies yang ada kat sini sama seperti yang ada di taman laut.






Eyza paling teruja bila dibawa masuk dalam terowong. Dekat sini ada escalator macam kat airport tu. Kalau kita malas nak berjalan, naik je atas tu nnt ia akan bergerak.


Kat terowong ni ada banyak spesies shark. Masa kat sini baru eyza tau yang ikan pari pun salah satu dari spesies shark. Patut la ikan pari besar.




Dalam ni, bukan setakat shark dan pari je, penyu dan ikan2 kecik yang lain pun ada. Memang harmoni betul diaorg tinggal dalam satu aquarium.


Dalam pukul 11.30 pagi, kami semua dah duduk berkumpul kat depan aquatheatre ni sebab nak tengok divers ni bagi ikan makan. Sebenarnya ikan makan pada pukul 12 tghr tapi kami kena duduk awal kat situ sebab nak duduk depan.Kalau lambat nanti tempat tu penuh. Memang tak nampak apa.




First time eyza tgk sotong kurita live. Sebelum ni dok tgk kat tv je. Pemalu tau sotong ni. Bila kita nak ambik gambar terus dia menyorok.


Ada juga bahagian yang terangkan secara terperinci tentang jaws ni. Tengok gigi pun dah takut. Sekali ngap boleh putus.


Kat sini, bukan setakat dapat tengok hidupan laut je. Ada jugak aktiviti yang agak fun untuk kita. Kami  dibawa ke satu bilik dan lepas tu kami kena berlakon. Bukan la berlakon drama. Kalau tengok gambar kat bawah ni macam biasa je kan? Tapi, sebenarnya nanti akan keluar macam2 binatang tapi dalam bentuk visual 3d. Nampak seolah2 binatang2 tu memang datang dekat kita. Ada dinosour, cheetah, badak n macam2 la binatang. Disebabkan ia nampak real, kita rs nak lari je. Tapi best tau main ni. Habis semua menjerit2.


Untuk masuk ke Station ni dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM20 dan RM 10 utk kanak2. Kalau ada yang nak gambar dan video dalam tu pun boleh, bayarannya cuma RM 40 sahaja. Boleh simpan untuk kenang-kenangan.


Kat sini juga kami ditunjukkan cara membiakkan obor-obor dan kuda laut.


Eyza baru tahu yang Kuda laut jantan yang mengandung, bukan yang betina. Wah best ni. Yang betina boleh rehat.


Sebelum balik, kami semua sempat tengok video kekejaman manusia. Demi kerana Shark Fin Soup, berjuta-juta Shark dibunuh. Sedih bila tengok video tu. Para nelayan akan menangkap shark, potong sirip dan lepaskan balik shark tu ke laut. Dah tentu la shark tu semua mati. Sambil berdarah shark tu pun tenggelam ke dasar laut. 

Sebenarnya benda ni bukan salah nelayan pun. Salah kita. Kenapa salah kita? Ye la, kalau kita tak buat permintaan untuk makan sup ni dah tentu la nelayan pun takkan tangkap. 
So, mulai hari ni marilah kita sama2 jayakan kempen "No to Shark Fin Soup".


Kami dihadiahkan Marimo yang didatangkan khas dari Jepun oleh pihak Aquaria. Wah. Pasni ada aktiviti nak buat. Nak bela Marimo ni senang je. Kena rajin tukar airnya aje. Tak sabar nak tunggu marimo besar.


Cuti sekolah pun tak lama je lagi. Kalau tak tahu nak bawak anak2 pergi mana, boleh la bwk ke sini. 

Harga tiket masuk:
Dewasa (mykad) RM 46.00
Kanak-kanak 3-12 thn (mykad) RM 35.00
Bwh 3 tahun percuma
Warga Emas (mycard) RM 35.00

Aquria KLCC
No. Tel : 03-23331888

Waktu Operasi:
10.30 pagi hingga 8.00 malam
Waktu akhir utk masuk:
7.00 malam




9 comments:

  1. Ena pun ritu baru first time masuk sini... Best! Paling best part masuk dalam terowong tu.. even panas tapi permandangannya sangat cantik... Kalau ada duit lebih nanti masa kahwin, nak photoshoot bersama shark dalam aquaria ni.. yeahhh berangan sokmo ena ni ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Best tu kalau ambik gambar ngan shark. jangan lupa kitaorang untuk jadi dayang menyibuk. hahahah

      Delete
  2. BEST BAWA ANAK-ANAK. TEMPAT SEJUK DAN SELESA. ANAK-ANAK SUKA MASUK AQURIA BILA ADA PENYELAM BUAT DEMO LAGI LA MACAM TAK NAK BALIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pun teruja. Inikan pulak diaorang. apapun memnag best kan pengalaman dalam Aquaria ni.

      Delete
  3. wah , dulu pernah masuk pun aktivitinya sama jugak macam ni lol . ingat lagi tayangan pasal jerung tu :') . haha . tapi serious 2hari lepas ada singgah pasar ikan , serious tterkejut bila nampak dalam tong tu ada ikan yu kecil banyak sangat T.T huhu , sedih je bila tengok yu tu semua T.T

    The Talking Diary

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. eyza pun perasan, kalau pergi pasar mesti ada jual anak2 ikan yu. tak patut tangkap sebenarnya.

      Delete
  4. anak2 suka bila masuk sini. Hari tu masuk aquaria..lepas 3 jam baru keluar..

    ReplyDelete