20.5.16

LIPICE SHEER COLOR BAHARU MENYERIKAN BIBIR KUSAM

20.5.16,Friday, May 20, 2016
Eyza dari dulu lagi memang ada masalah bibir kering. Kalau salah pakai lipstik memang bibir akan jadi kering dan mengelupas dan paling eyza tak suka bila  tahap kering dan mengelupas sampai bibir berdarah.

Selalu orang kata, kalau bibir mengelupas better kita pakai Lip Balm untuk moist kan balik bibir.Eyza pernah beli satu jenama Lip Balm yang boleh tahan jugak jenama dan harganya tapi tetap tak boleh atasi masalah eyza.

Sampai la baru-baru ni eyza dapat peluang untuk cuba Lipice Sheer Color dari Mentholatum. 


LipIce, jenama pelembap bibir No.1 di Malaysia memperkenalkan LipIce Sheer Color yang dipertingkatkan dengan formula terbaharu. Direka khas untuk memberikan citarasa ajaib pada bibir anda, pelembap bibir Sheer Color mula-mulanya tidak berwarna. Tetapi selepas disapu pada bibir, ia akan bertukar ke warna merah jambu yang unik kepada setiap individu dan memberikan tampilan yang menyerlahkan seri wajah. Dirumuskan ramuan madu lilin lebah (beeswax) dan Minyak Argan, LipIce Sheer Color memberikan manfaat kelembapan selama 10jam dan membantu menyerikan bibir kusam untuk memberikan anda bibir yang lebih sihat dan berona pink. Kini dengan satu calitan, anda boleh memperolehi bibir yang lebih anjal dan penuh. Selain itu, LipIce juga dirumuskan dengan ekstrak herba Commiphora Mukul untuk membantu melicinkan garis-garis halus dan mengekalkan keanjalan bibir anda. 


Untuk mewakili rangkaian Lipice, Lipice telah melantik penyanyi dan pelakon Korea, Kim Jae-Kyung sebagai duta terbarunya. Kim Jae-Kyung, yang memulakan kerjaya pada tahun 2008, terkenal sebagai ketua kumpulan vokalis dan penari utama kumpulan K-Pop, Rainbow. Beliau juga mempunyai peranan dalam beberapa drama Korea termasuk peranan utama di dalam drama Monster pada tahun 2012. Peranan drama terbaru beliau adalah di dalam rancangan hiburan Always Cantare 2 di mana dia memainkan peranan pemain seruling.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia berbesar hati dengan adanya selebriti Korea sebagai wajah baru LipIce kerana “Kim Jae-Kyung mempunyai banyak persamaan dengan jenama LipIce. Dia memiliki kecantikan klasik Korea dengan seulas bibir yang cantik serta dia memancarkan keremajaan yang menarik untuk ditampilkan. Kami gembira dia menjadi wajah baru jenama ini.”


LipIce Sheer Color juga mengandungi ramuan pelembap semula jadi Shea Butter, Minyak Biji Macadamia Ternifolia, Minyak Biji Meadowfoam dan Ekstrak Aloe untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan bibir. Tambahan pula ia juga mengandungi Vitamin E yang kaya dengan anti-oksida yang berkesan untuk melindungi bibir daripada persekitaran yang hambar.


Eyza cuba pergi kerja tanpa pakai lipstik atau lip balm pun. Memang bibir rasa kering, dah la tu muka pucat je.


Eyza pun try la sapu Lipice Sheer Color perisa Strawberry.


Eyza suka sangat  sebab  Lipice Sheer Color ni akan buat kaler bibir kita berubah menjadi warna pink semulajadi. Bibir jadi lembap dan sepanjang hari kulit bibir tak kering walaupun seharian duduk dalam Aircond.


LipIce Sheer Color boleh didapati dalam tiga varian iaitu:

 Strawberry


Shimmer

Bebas Wangian

Berharga RM15.80 satu, Ia akan berada di semua farmasi dan pasaraya utama bermula Mac 2016.


No comments:

Post a Comment