17.5.16

Hafidz Roshdi dipilih sebagai duta Maria Miracle

17.5.16,Tuesday, May 17, 2016
Sape suka makan supplement untuk cantik? Ha.. Zaman sekarang ni bukan sahaja perempuan ye makan makanan tambahan, lelaki pun sama. Semua orang suka kulit yang bersih supaya confident sikit bila berhadapan dengan orang ramai.Lagipun kesibukan kerja, membuatkan ramai orang perlukan makanan tambahan untuk kekal bertenaga untuk melakukan rutin harian.


Satu Majlis Memorandum di antara Equal Herbs Sdn. Bhd. bersama Duta Maria Miracle iaitu Hafidz Roshdi telahpun ditandatangani pada 14 mei lepas di Garage KL, Ulu Kelang yang bertemakan Hipster.Siapa kata lelaki tak boleh jadi Duta Produk Kecantikan? Hafidz Roshdi dah buktikan bahawa bukan sahaja perempuan tau nak cantik zaman sekarang ni.



Maria Miracle iaitu makanan tambahan untuk kecantikan yang sedang mula berada di pasaran sejak September tahun lalu terus mendapat kepercayaan pengguna seluruh negara sampai ke Singapura. Atas kepercayaan itu la, Equal Herbs Sdn Bhd mengumumkan dutanya, iaitu pelakon popular yang membintangi Tundukkan Playboy itu, Hafidz Roshdi. 



Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd, Maria Hasmin Marzuki yang juga merupakan pengasas Maria Miracle berkata pemilihan Hafidz  sesuai dengan personaliti yang dimiliki selari dengan namanya yang semakin hangat diperkatakan termasuk bakatnya yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Untuk sedikit kelainan juga, Maria Miracle memilih selebriti lelaki kali ini untuk menjadi duta mereka kerana mahu lari dari tipikal pemilihan selebriti wanita sebagai duta produk kecantikan di pasaran sekarang. Hafidz Roshdi juga diharap dapat menjadi ikon atau role model yang baik buat anak muda dan juga menjadi duta Maria Miracle dengan penuh amanah. 


Menerusi pelantikan Hafidz Roshdi sebagai duta Maria Miracle, pihak Equal Herbs Sdn Bhd menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM 3 Juta dalam tempoh tiga bulan, menerusi rangka promosi yang dibuat termasuklah jelajah dalam Karnival Peace Yall FM di Kuantan, dan dalam masa terdekat ke Kedah pula pada Julai nanti. Selepas itu dilanjutkan pula jelajah Maria Miracle ke seluruh negeri di Malaysia. Murah rezeki Hafidz lepas kahwin ni kan? 


Sejak beroperasi selama lapan bulan ini, Maria Miracle sudah mempunyai lebih 20 stokis di seluruh negara dan ingin menambah lagi stokis baru mereka sebanyak yang mungkin dalam masa terdekat. Equal Herbs Sdn Bhd juga merancang untuk memasuki pasaran tiga lagi negara iaitu Indonesia, Vietnam dan Brunei dalam tempoh dua tahun dengan modal sebanyak RM500,000 memandangkan produk Maria Miracle ini tiada bahan-bahan terlarang mahupun sebarang keraguan kerana telah mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Produk Maria Miracle ni adalah serbuk kolagen berperasa strawberi. Dan kandungan L-Cysteine,Asthaxanthin, Asid Askorbik, L-Arginine akan membuatkan wajah anda cerah, warna kulit sekata, liang roma mengecil serta mengatasi masalah jerawat dengan berkesan.

Satu lagi fakta menarik, kandungan antioksidan yang tinggi dalam estrak stawberi. Rupanya kandungan vitamin C dalam strawberi lebih banyak daripada 1 jeruk orange. Untuk makluman, antioksidan tinggi penting untuk kita dalam mencegah kanser, melindungi hati dan anti inflamasi.



Di Majlis itu juga kami dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan NICO G. Dulu zaman sekolah eyza minat betul dengan group ni. Hari ni tak sangka dapat tengok Live Perfomance diaorang.



Dan tak sangka juga dapat jumpa dengan IKON Usahawan berjaya iaitu Safiey Ilias.





Berminat menjadi Ejen & Stokis? Bole contact no kat bawah ni ye.

Maria Miracle 
Tel: 03-41629590 
Fax: 03-41629591 
Hotline: 010-5226202 

Facebook: Maria Miracle 

5 comments:

  1. Wow!! Bestnya bergambar dengan Safi Ilias.... Adore him tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kak Yong pun sama. Salute dengan perubahan dia. lagipun suka sbb muda2 dah jd jutawan. Bole ambik aura berbisness dgn dia.

      Delete
  2. Dah rasa ke Maria Miracle? Akak dah rasa dah..sedap jugak ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum. Asyik lupa je nak makan sbb bwk kat opis. hahaha

      Delete
  3. Nak jadi agent/dropship or nak order Maria Miracle - boleh contact kami Stokis Shah Alam - Rina 012 3383081 / IG - Maria Miracle Shah Alam..Jom jadi WOW dgn Maria Miracle..Keberkesanannya sudah terbukti..:-)

    ReplyDelete