19.5.16

Rangkaian Pembersih Wajah SAFi diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

19.5.16,Thursday, May 19, 2016

Jenama SAFI dah tak asing lagi dengan eyza. Dari muka banyak jerawat sampai lah pulih semuanya kerana pembersih SAFI. SAFI kini telah mengorak langkah dengan mengeluarkan pelbagai rangkaian pembersih wajah hasil dari sentuhan semulajadi.


SAFI telah mengeluarkan produk dari hasil alam seperti gamat, pokok lidah buaya dan mentimun yang telah diperakui ramai sejak zaman-berzaman bagi memberikan khasiat kepada kulit wajah.

Memahami keperluan wanita moden masa kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Rangkaian Produk Pembersih Muka SAFI

Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM10.80

Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri.Sel kulit mati juga akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda!

Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmat kelembapan kulit wajah berpanjangan!
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri semulajadi! Terkenal dengan gelaran "Ratu buah-buahan", rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering.

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

50gm - RM6.10 / 100gm - RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalaman rawatan tradusional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat disamping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela.

Rangkaian Produk Pelembap muka SAFI

Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kukit wajah anda!
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

80gm - RM8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat.

Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!

Pelembap Muka Sari  Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

80gm - RM8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit.

Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI



16gm - RM7.40

Rumusan khas kini dipertingkatkan dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semulajadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantu kulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan.

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hyper utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY , laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


4 comments:

  1. Tetiba rasa nak tukar pakai Safi... comel bekasnya, ena suka... rasa nak makan pun ada, tambah2 yang manggis tu.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan? K.eyza suka krim kecantikan tu. Tak yah pakai foundation dah.

      Delete
  2. Dulu, first time pakai pencuci muka SAFI ni masa blogger Kak Neena Anuar pernah tulis entry pasal review produk ni. Yani sampai sekarang masih pakai pencuci muka Pembersih Muka Sari Susu Manggis SAFI tu.....bau wangi sangat lepas cuci muka, rasa segar kulit muka....sekarang ni dah ada tambahan habbatussauda pula ye? Nanti nak try pencuci yang ni pulak la...tq eyza for reviewing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza dulu pakai Safi Balqis . memang berkesan.. hilang jerawat2 teruk kat muka. Bagus produk Safi ni.:)

      Delete