1.6.16

Bianco Mimosa memperkenalkan JUST MIMOSA, MIMOSA RAYA dan MIMOSA MEN

1.6.16,Wednesday, June 01, 2016
Butik Bianco Mimosa telah mengembangkan lagi sayap seni kreatif dengan menghasilkan tiga lagi koleksi baru buat si penggemar fesyen.


Eyza dan Sally sempat pergi ke Pertunjukan Fesyen Dimension By Bianco Mimosa yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Damansara.


Pada Majlis ini, Butik Bianco Mimosa memperkenalkan koleksi JUST MIMOSA, MIMOSA RAYA dan MIMOSA MEN.

Jenama Bianco Mimosa (BM) diasaskan oleh Datuk Ida Suraya Binti Mustapha. 


Ketiga-tiga koleksi ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pada majlis yang sama juga, ramai rakan artis dan media jemputan hadir sama bagi memberi sokongan.


JUST MIMOSA
~ Just Mimosa menyaksikan bagaimana BM bermain dengan kreativiti yang lebih segar dalam menghasilkan busana READY TO WEAR (RTW) khas untuk golongan wanita mengikut perkembangan yang lebih trendy namun sesuai dengan konsep yang dibawa oleh BM itu sendiri.

Semua fabrik yang digunakan diimport dari Eropah. Koleksi ini menggunakan Fabrik Chiffon, Shantung Silk serta Brocade.Sesuai dengan trend semasa, Just Mimosa juga dihasilkan dalam rona terang seperti merah, hitam, biru serta jingga.





MIMOSA RAYA
~ Mimosa Raya adalah koleksi untuk Syawal kali ini. Menariknya koleksi raya tahun ini, BM mengetengahkan tema Dimensi dalam penghasilan busananya yang menampilkan tema yang lebih segar dan unik dari segi rekaan serta potongan busana yang lebih berciri moden.

Menggunakan perincian manik ringkas, ianya menerapkan elemen mewah dan membuatkan pemakai bergaya anggun. Koleksi raya tahun ini ialah busana rekaan tradisi baju kurung serta jubah moden yang dihasilkan dalam rona warna terang dengan kombinasi warna lembut buat mereka yang menyukai warna yang tidak garang.











MIMOSA MEN
~ Selepas kejayaan dalam adibusana dan gaun perkahwinan selain RTW, BM juga menampilkan kelainan pada tahun ini dengan mengeluarkan rangkaian sulung koleksi busana lelaki.

Terdapat dalam rangkaian printed T-shirt, seluar jeans serta kemeja moden, Mimosa Men dihadirkan dengan nafas baru dengan identiti tersendiri di mana logo Mimosa Men dijadikan motif utama setiap rekaan.











*gambar credit: Sally

Bianco Mimosa Boutique 
48-G, Jln Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sg. Buloh, Selangor 
+603-61450029 / +6012-7555407



2 comments:

  1. Dia punya design ada gaya yang tersendiri.. unik dan cantik.. suka suka suka

    ReplyDelete
  2. baju semua cecantik...tgk rege nak menanges! hahahaha

    ReplyDelete