13.6.16

Buffet Ramadhan 2016: De Palma Hotel Ampang tawarkan diskaun sehingga 12%

13.6.16,Monday, June 13, 2016
Tahun lepas eyza pernah berbuka puasa di De Palma Shah Alam. Tapi De Palma Ampang blom pernah try. Pernah la cakap kat hubby tahun ni kalau boleh nak berbuka di De Palma Ampang. Dan tak sangka, impian menjadi nyata. Hihihi.

Syukur sangat bila dapat Jemputan untuk berbuka kat sini. Dekat je pun dengan rumah.Tema untuk hidangan kat sini ialah "Suasana Tradisi, Hidangan Variasi" dan dibawakan khas oleh Chef Azri Abdul Manaf dan Chef Hamzani Che Husain.


Melangkah masuk je dalam ruang makan ni buat eyza rasa lapar. Macam-macam makanan ada. De Palma Hotel ni pulak memang terkenal dengan kepakaran dalam masakan kampung seperti Nasi beriyani bersama Kismis, Ayam Masak Beriani Berempah, Kurma Saffron Daging Tetel Berkentang, Dalca Tulang Kambing Bersama Sayur-sayuran, Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang Galah Petai, Asam Tempoyak Ikan Patin, Ulam-ulaman serta pelbagai jenis Sambal Belacan serta Tempoyak.








Pelbagai Jenis Ikan Kering yang digoreng bersama bawang dan cili ni betul-betul buat eyza berselera. Pilih saja mana berkenan.


Ada juga kerabu Mangga, Kacang Botol,Jantung Pisang, Betik dan Tauge.


Menu wajib ada dah tentulah Kambing Golek. Eyza memang recommed kambing Golek kat sini. Dah la dihias cantik, sedap pulak tu. Cukup rasa rempah.


Selain dari menu masakan kampung yang buat eyza terliur, banyak lagi makanan lain yang eyza rasa rugi kalau tak cuba.

Ada rojak pasembor, char koay teow, mee goreng mamak, roti jalan bersama kuah kari atau kuah durian, pecal sayuran, bubur lambuk dan ayam gantung.





Selain menu diatas, bagi penggemar laksa atau mee jangan risau sebab kat sini ada juga hidangan ni. Ada laksa Johor, Laksa Nyonya, Laksa Kari, Mee Rebus, Soto, Mee Bandung atau Mee Celop.




Untuk sup pulak, ada disediakan Sup Kawah Berempah. Boleh pilih nak sup Kambing, lembu, perut, ayam atau hati ayam. Pilih je, janji jangan membazir.


Kebanyakan makanan kat sini, dimasak panas2. Gerai yang paling happening rasanya Gerai Kak Yah sbb kat sini ada Goreng Pisang, Keledek, Cempedak dan jemput-jemput. Goreng pisang plak ada disediakan cili kicap, memang best.


Ada pelbagai pilihan serunding, lemang, nasi impit dan pulut kuning.


Eyza teringin nak makan Pasta. Nasib kat De Palma ada. Terubat rindu nak makan Spagethi Carbonara. fefeling western sangat. hahaha.


Biskut Dalam tin pun ada kat sini. Bukan saja budak-budak suka. Eyza pun suka jugak. Betul-betul membangkitkan nostalgia zaman kecik2 dulu.


Ada Pengat Pisang, Ubi Kayu Rebus, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau dan Serawa Durian.




Desert Pun banyak pilihan.




Air Batu Campur ni ramai peminat. Dari budak kecil sampailah orang dewasa.


Pelbagai Jenis air


Air Panas pun ada


Penggemar jeruk mesti suka sebab ada juga jeruk buah dihidangkan kat sini.


Kurma dan buah-buahan kering.


Buah-buahan segar



Sambil menjamu selera, tetamu juga didendangkan lagu oleh Kumpulan "Ghazal Sri Kencana". Nak buat permintaan lagu pun boleh, tapi jangan la minta lagu yang diluar kemampuan diaorang pulak ye.


Satu lagi yang Istimewa kalau berbuka kat sini ialah tetamu takkan terlepas untuk menunaikan Solat Terawih kerana ada Imam yang akan mengimamkan Solat Terawih di Surau Jumaat Nurul Hikmah. Surau ini telah mendapat Anugerah "Surau Terbaik Dalam Hotel Industry" dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Surau ini dinamakan Surau Jumaaat sebab dah beberapa tahun Surau ni menjalankan Sembahyang Jumaat. 

De Palma Hotel Ampang juga menyediakan Pakej Khas untuk Anak Yatim jika anda ingin menjadi Tuan Rumah untuk "Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim" sempena Bulan Ramadhan ini.


Berikut adalah harga bagi Buffet Ramadan di semua Hotel De Palma. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut lokasi ye.

Diskaun!!!

Tapi kan... Eyza nak bagitau berita baik ni untuk semua pembaca blog eyza. Semasa buat tempahan, korang sebut  eyzamiel.com, korang akan dapat diskaun tau. Tak kisah sama ada di De Palma Ampang, Shah Alam atau di Kuala  Selangor.

Harga Buffet Ramadhan De Palma Hotel Ampang

Dewasa : RM75.00 nett
Kanak2 : RM45.00 nett

Harga Online
Dewasa : RM70.00 nett
Kanak2 : RM45.00 nett

Harga Eyza 
(dengan syarat mention eyzamiel.com waktu tempah)
Dewasa : RM68.00 nett
Kanak2 : RM45.00 nett

De Palma Hotel Ampang 
Jalan Selaman 1/2 
Palm Square, Ampang Point
68000 Ampang 
Kuala Lumpur

Untuk pelanggan yang berminat ingin berbuka puasa disini, boleh membuat tempahan terus di kaunter Ramadhan atau di talian :-

03-4270 7070 ext 1515 / 1516 

Harga Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Dewasa : RM68.00 nett
Kanak2 : RM34.00 nett

Harga Online
Dewasa : RM60.00 nett
Kanak2 : RM30.00 nett

Harga Eyza 
(dengan syarat mention eyzamiel.com waktu tempah)
Dewasa : RM58.00 nett
Kanak2 : RM30.00 nett

Harga Buffet Ramadhan De Palma Hotel Kuala Selangor

Dewasa : RM49.90 nett
Kanak2 : RM25.00 nett

Harga Online
Dewasa : RM45.00 nett
Kanak2 : RM25.00 nett

Harga Eyza 
(dengan syarat mention eyzamiel.com waktu tempah)
Dewasa : RM43.00 nett
Kanak2 : RM25.00 nett


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh juga melalui email reservation@depalmahotel.com dan boleh layari laman web www.depalmahotelonline.com untuk dapatkan lebih diskaun. 



8 comments:

  1. banyaknya lauk! harga murah pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Memang puas hati la sampai tak tahu nak makan apa.

      Delete
  2. Waduhhh waduhhh! Banyakkknyaaa juadah berbuka tempat ni. Harga boleh tahan tapi kalau puas hati makanannya, memang berbaloi

    ReplyDelete
  3. Memang puas hati Ina. Banyak pilihan. Suka dengan makanan kat sana.

    ReplyDelete
  4. betul ke dpt 12% klu mention blog ni: ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul. Masa booking tu mention je baca dekat eyzamiel.com. :)

      Delete
  5. Pisang goreng Kak Yah, MasyaAllah!

    ReplyDelete