14.6.16

Buffet Ramadhan 2016: Hotel Bangi-Putrajaya bertemakan "Citarasa Ramadhan"

14.6.16,Tuesday, June 14, 2016
Sabtu hari tu, eyza sempat berbuka puasa di Cafe Lavista, Hotel Bangi-Putrajaya.Buffet Ramadhan di Hotel ini bertemakan "Citarasa Ramadhan". Ini adalah pertama kali eyza sampai kat hotel ni. Sebenarnya hotel ni atas sikit je dari Bangi Golf Resort. Dekat sangat-sangat.

Sepatutnya Eyza Farza dah tersilap Eyza Fariza. Tapi no hal la.hihihi
Cantik Hotel ni.Ruang makan besar dan selesa. Makanan pulak banyak. Bukan sahaja di dalam cafe, kat luar pun masih banyak gerai makanan yang ada. Jenuh nak pilih. Rambang mata dibuatnya.

Eyza ni dah la penggemar Spagethi Carbonara. Bila tengok je ada kat sini, terus itu tempat pertama yang eyza tuju.



Lepas tu baru la eyza tinjau makanan lain. Bagi penggemar lauk-pauk kampung, ini memang tempat yang sesuai. Hubby orang yang paling happy sebab semua lauk kegemaran dia ada kat sana.


Sotong Masak Lemak ni memang sedap. rasa pedas, masin semua cukup. Dah la sotong lembut. 


Paru Berlada 


Ayam Masak Merah





Hubby paling suka dengan variasi sambal yang ada kat sini. Semuanya sedap. Yang paling dia suka dan menjadi pujaan ialah Sambal Tempoyak dan Sambal Totok. Boleh makan nasi bertambah-tambah dibuatnya.



Pilihan Kerabu pun banyak. Eyza memang dari rumah dok teringat nak makan Kerabu Perut dan Alhamdulillah ada kat sana. Puas hati la dapat makan.





Tak lengkap rasanya Buffet Ramadhan kalau tak ada Kambing Golek.Kambing kat sini lembut, sos Blacpepper pun sedap.



Selain itu, ada pelbagai jenis makanan yang eyza rasa rugi kalau tak cuba.










Aneka Sup pun ada. Hubby ambik Sup Tulang.




Kat sini juga ada Dim Sum tapi eyza lupa ambik gambar. Syok sangat dok makan.hihihi.


Paling best ialah Bahagian Desert. Ya Allah, ada macam-macam desert dan kuih muih yang buat eyza rambang mata. Semua nak ambil rasanya.




Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala.Untuk pengunjung yang hadir, anda dapat menyumbangkan sebanyak RM 3.50 untuk Islamic Relief Malaysia. Alhamdulillah. Mudahnya membuat pahala kan?

Kat sini ruang untuk berbuka luas dan ada juga Surau yang disediakan di tingkat atas. Kalau tak larat nak naik tangga pun tak apa, ada juga Surau Tambahan yang dibuka sederet dengan Cafe Lavista. 

Keseluruhannya Eyza puas hati Berbuka kat sini. Ada rezeki boleh ke sini lagi.

Harga: RM 90 nett (dewasa) / RM 45 nett (kanak2)
(6 hingga 9 Jun 2016 & 3 hingga 5 Julai 2016)

Harga: RM 100 nett (dewasa) / RM 50 nett (kanak2)
(10 Jun 2 hingga 4 Julai 2016)

Untuk tempahan boleh hubungi:

Tel: 03-82102222
Email: fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com



3 comments:

  1. Seronoknya akk makan tempat2 camni.. jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo.. takmo jeles.. Ina makan lagi tempat best2. :)

      Delete
  2. hehehe...sedap gila kan...aduh! teringat kat BBQ Mongolian style dia..itu kalau dapat makan dengan nasi putih...masyukkkk~

    ReplyDelete