17.6.16

Mr Steak House Bdr Sri Permaisuri

17.6.16,Friday, June 17, 2016
Sebelum Ramadhan hari tu eyza sempat la pergi makan dekat Mr Steak House di Bandar Sri Permaisuri. Kedai ni ada banyak Cawangan tapi rasanya yang di Bandar Sri Permaisuri ni baru je bukak.

Selalu lalu depan tu nampak macam meriah je memalam. Itu yang bila hubby tanya nak makan kat mana, cepat-cepat suggest tempat tu.


Malam tu agak ramai orang, tapi nasib baik masih ada tempat duduk untuk kami. Bila masuk, eyza tertarik dengan dekorasi dalam kedai. Kebanyakan dibuat dari kayu.



Rupa-rupanya kedai ni adalah pilihan Jalan-Jalan Cari Makan. Pengalaman eyza sebelum ni, asal pergi kedai yang JJCM suggest mesti macam tak kena dengan selera. Bukan nak kondem, tapi mostly mmg macam tu. Eyza ni dah la cepat terpengaruh kalau tengok tv.

Jadi, eyza harap sangat makanan kat sini menepati selera eyza.


Memula kita tengok menu dulu. Apa ye yang menarik kat sini?




 Dah order, eyza belek2 jugak menu. Rupa-rupanya kedai ni dah banyak kali masuk Suratkhabar. Kira pemes jugak la. 


Dalam 10 ke 15 minit, makanan sampai. Ok, servis not bad. Cepat. I like. 1 bintang dekat situ.

Ni la makanan yang kami berdua order.


Hubby order Sirap Bandung dan eyza order Sirap Bandung Cincau.

Komen:
Rasa ok. Cukup susu dan gula. Tak terlalu manis.Eyza suka.


Eyza order Lamb Chop (RM 16.90)

Komen :
Berbaloi dengan harga. Ada 2 slice, disamping itu ada hidangan sampingan yang lain seperti mash potato ,baked bean, coleslow dan roti. Rasa sedap sampaikan hubby asyik dok minta je. Last2 bagi hubby 1 slice. Recommed!


Hubby order Lamb Chop (RM 10.90)

Komen:
Rasa ok la. Bagi eyza biasa2 je. Tak tahulah maybe sebab etza dah makan Lamb Chop yang lagi sedap. 


Selain dari di Sr Permaisuri, ada juga Cawangan di tempat lain.

Overall :
Puas hati dan akan repeat lagi. Dan yang bestnya dekat sini, harga yang tertera di menu, harga tu aje yg kita bayar. Tak ada caj gst atau cukai2 lain. I like.


4 comments:

  1. sakan makan western bagai..hahahaha...eh, abg miel makan lamb ke chicken chop tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dia order chicken chop tapi pastu dia ajak tukar..

      Delete
  2. Western. dap dap.Klik tabung sis jugak untuk duit poket :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap.. Tq klik2 tabung kita. :)

      Delete